Showing posts with label .luahan.. Show all posts
Showing posts with label .luahan.. Show all posts

Monday, February 9, 2009

.kisah tentang 1 minggu.


salam

Alhamdulillah. seminggu saya bertahan. pencapaian yang ok. jadi, lepas ni tambah lagi seminggu demi seminggu. walaupun saya perlu banyak berdikari dengan penat lelah, takpelah, saya juangkan juga. terima kasih kepada mak, keluarga saya, sahabat-sahabat seperti shahid, nadiah, kak naz, tie, syikin, suzie, iza, banu dan niza. banyak kata-kata semangat dari mereka supaya saya terus bertahan. =]

saya meluahkan rasa risau kerana kalau kat sini banyak kerja nanti susahlah saya nak balik kampung jumpa mak. huhu. dan abang ada kata nanti kalau saya susah nak balik, dia akan bawa mak datang sini sebulan sekali. macam best je bunyikan.

mereka kata inilah yang dinamakan sebagai 'kerja'.

ya. walaupun banyak sangat dugaan dan cabaran kat sini [masalah manusia yang tiada rasa perasaan bertimbang-rasa, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi] saya akan cuba sehabis baik. yeah! usaha! usaha!

* semalam sebelum tidur suzie kata, walau sebesar mana nombor tu, kalau diganda dengan 0 hasilnya akan jadi 1 juga. betulkan. walaupun kita ni kecil atau berpangkat besar, akhirnya kita tetap akan kembali dan berserah pada Yang Maha Esa. [suzie mengajar subjek matematik]

* students suka pergi jj sebab kolej dekat dengan jj. jadi kalau saya pergi jj, nampak ada orang senyum-senyum tu tahulah, student saya. haha. [kalau nak dating ke, jangan dating kat jj. haha]

Wednesday, February 4, 2009

.kisah tentang keluhan.


salam

huh.
satu keluhan?
ya.
sejak td, bukan sejak kelmarin entah berapa banyak kali saya mengeluh.
kenapa?
kerana ragam manusia.
sejak mula bekerja beberapa hari yang lepas, saya telah menghadapi dengan sendirinya karenah-karenah manusia yang ingin kehendak mereka di penuhi.
kalau sebelum ini saya hanya mendengar dari mereka yang telah bekerja dan kini saya sendiri merasakannya.
salahkah saya sebagai seorang yang baru kali pertama bekerja minta di tunjuk ajar?
jangan mengharap saya dapat berlari mendaki gunung kalau saya tak di ajar untuk bertatih.

kesudahannya?
tak perlulah saya ceritakan. [faham-faham je la]
agak-agak ada tak 'hujan' yang turun? [haha. lu pikir la sendiri]

dan ada banyak perkara dan ragam-ragam manusia yang saya tak fahami.
jadi mungkin sebab itulah namanya memang ragam.
tak mengapa.
bersabar adalah penawarnya.

adeh.
ada banyak yang saya tak faham.
mungkin saya baru lagi dan belum dapat terima sepenuhnya keadaan semasa ini.
moga-moga saya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan.

ALLAH memberikan ujian kepada hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu mampu untuk menghadapi ujian yang di beri.
yeah!
jangan berputus asa!
terus usaha.

* sekarang di luar hujan dengan lebatnya. sama seperti hati saya. =(


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors