Showing posts with label .pelangi kehidupan.. Show all posts
Showing posts with label .pelangi kehidupan.. Show all posts

Monday, January 12, 2009

.kisah tentang bunga.


salam

sejak duduk kat rumah selepas habis li ni, saya sedar betapa rindunya saya dengan suasana masa kat u dan li. huhu. walaupun tak kerja, saya bangun awal tau. pukul 7 selalu. haha.

then, kena pergi kedai [tiap-tiap hari]. lepas tolong mak apa-apa yang patut, saya akan duduk depan tv. ada banyak cerita yang best. korea dan taiwan. hehe. jepun pun ada. tapi yang tak bestnya dia dah alih bahasa. tapi layankan je la. hehe.

petang selalu saya layan cita laila majnun. haha. mak saya pun suka. [saya tak berebut tau] haha. cerita ni boleh tahan best la. tapi betul ke wujud orang yang tak berhati perut macam ni di malaysia? dah terpengaruh dengan telenovela dari luar la ni. huhu. [kekejaman dan kejahatan yang agak berlebihan] huhu.

mak sekarang sibuk membaiki taman bunga dia. jadi saya adalah pekerja yang membantunya. hehe. siram pokok la, angkat pasu pindah sana sini. tapi saya suka gak, sebab adalah gak peluh yang keluar. mak saya sangat suka tanam-tanam pkok bunga ni. sejak saya rajin tolong ni, saya pun rasa menanam pokok ni memang best. lagi pun saya memang sukakan tumbuh-tumbuhan. hehe.

lain dari tu, saya suka kacau kucing-kucing saya. tengok ikan-ikan. tengok anak ayam yang baru menetas berlari-lari kejar mak dia. haha. best duduk kat kampung ni. hehe. selalu mesej-mesej dengan kawan-kawan yang belum dapat kerja lagi macam saya. ada rezeki nanti. InsyaAllah. =)

ok la. undur diri dulu. =]

* kat kampung malam sangat sejuk. matahari dah naik pun masih sejuk lagi. macam ada salji. hehe.

Monday, January 5, 2009

.kisah tentang tv.


salam

lama gak saya tak update blog ni. malas pula. hehe. ok. oleh kerana sekarang saya ada di rumah. tv adalah medium paling saya suka. hehe. [selain laptop]. saya teringat dulu, masa sekolah saya selalu berebut dengan abang saya. hehe.

dia akan kata dia yang buka tv tu si dialah yang berhak untuk tengok mana-mana channel yang dia suka. masa tu memang rasa geram sangat. apa saya buat? saya tutup tv tu dan on kan semula. saya pun kata kat dia saya yang on so sayalah yang berhak. haha.

abang saya memang bengang je. dia pun buat perkara yang sama macam saya tu. sampaikan kami buat benteng pertahanan supaya masing-masing tak dapat nak on kan tv tu. adeh. penat. lawan dengan orang besar. hehe.

lastly, dia akan buka channel dia suka tu dan dia tukar ke channel yang saya nak tengok tu. hehe. [tu tanda dia mengalah. hehe] tengoklah sama-sama. tapi kadang-kadang dia buat tak tau dia buka je channel yang dia suka tu. terpaksalah saya tengok. huhu.

tapi sekarang, saya just berebut dengan mak saya. hehe. sayalah akan mengalah. anak yang baikkan. hehe. then, mesti tak sabar nak tunggu iklan. hehe. lagi satu, selalunya kalau tengok tv mak akan tertidur, so saya akan pergi ke channel yang saya nak tengok pastu slowkan volume. haha.

* tadi saya semula tengok hasil-hasil kerja projek kawan-kawan masa kat u. huhu. rindu kawan-kawan. =]

Monday, December 15, 2008

.kisah tentang tiang.


salam

tempat: smk dato onn
masa: waktu rehat yang ramai sangat student


saya dan kawan-kawan pergi rehat pukul 1010 pagi. mungkin, saya tak ingat [sudah terlalu lama saya tinggalkan alam persekolahan]. sebelum masuk kelas, singgah kat koop [koperasi]. belilah apa-apa yang patut. gula-gula, jajan-jajan, polo [gula-gula yang bulat macam tayar yang warna putih tu] wajib. sebab kami akan berlumba makan gula-gula polo siapa akan jadi paling nipis. haha. saya pernah menang beberapa kali. hehe.

jom. dah lambat ni. nanti cikgu dah masuk plak. kami pun bergerak ke bangunan munshi abdullah [yeke? ah! saya terlupa. huhu]. sambil jalan kami sembang-sembang dan gelak-gelak. saya jalan sambil tengok-tengok student-student yang ada kat sebelah bengkel. dan saya jalan terus.

bummmmm!

saya rasa pening. ada burung dan rama-rama yang main kejar-kejar kat kepala saya. huh. saya terlanggar tiang! pening. ada orang perasan ke? buat takde apa-apa yang berlaku.

* lain kali jalan tengok depan ok. haha.

Thursday, December 11, 2008

.kisah tentang 'kakak dan adik'.


ok. abang saya bawa balik 2 ekor kucing dari office dia. kembar. sama sangat. muka, warna cuma yang beza satu ekor panjang satu ekor pendek. hehe. then, semakin lama kucing-kucing ni semakin besar. mereka akan berdua kemana saja. sifat agak berbeza. seekor agak bertanggungjawab [mungkin sebab dia kakak. haha] dan yang seekor lagi kurang sikit nak dengar kata. hehe. sebab tu saya selalu main dengan si kakak. dia sweet, lemah lembut dan dengar kata. hehe.


satu hari mak call. kata kucing kena langgar. saya tanya siapa yang langgar. pakcik. dia tak perasan. then kucing yang mana 1?. huhu. si kakak. waa. masa tu saya kat mitc. [tengah kursus kahwin]. hehe. masa tu rasa nak nangis je. tapi tahan. rasa nak balik kg je. dah la minggu tu tak balik rumah.

bila kat rumah, saya tengok si adik akan pusing sana pusing sini. dia macam mencari sesuatu. [pada saya mesti dia terfikir mana pergi kembar dia]. huhu. sejak dari tu, saya mencurahkan segala kasih sayang saya pada dia. hehe. sebab saya taknak dia rasa terabai. hehe. sebab dulu saya memang asyik main dengan kakak dia saja.

sekarang dia dah ada 3 ekor anak. dan serius, anak dia yang seekor tu sama perangai macam kakak kembar dia. cuma anak dia warna kelabu. lemah lembut, dengar kata? bolehlah. haha. tak banyak buat hal. hehe. tak macam adik dia. hehe.


* sebenarnya saya rindu dengan mereka. hehe.

* hmm. kucing ada kembar ke? bukan ke mereka adik beradik akan lahir sekali. haha.

* eeka mesti suka entry ni. haha.

Tuesday, November 18, 2008

.kisah tentang cinta.


Saya dapat tag ini dari Syu..
Demi dia, saya buat sehabis baik walaupun saya ada banyak kerja.

1.What is the relationship of you and him?
- cinta tengok dari jauh (secret admire) hehe

2.Your 5 impressions towards him
- sweet
- comel
- sedap mata memandang
- muka nampak tulus
- suka bercerita? mungkin untuk tarik perhatian saya. hehe

3.The most memorable things he had done for you
- bercerita tentang bandar melaka pada kali pertama bersembang. haha

4.The most memorable things he have said to you?
-"nanti jumpa kat melaka jangan lupa tegur eh"

5.If he becomes your enemy, you will
- diamkan diri

6.If he becomes your enemy, the reason is
- dia kata saya peminat fanatik dia dan dia sebarkan ke seluruh dunia. haha.

7.The most desirable thing to do on him is?
- jika ada rezeki pasti kami akan bertemu lagi. hehe.

8.The overall impression of him is
- dia baik. pada pandangan mata saya

9.How do you think the people around you will feel about you?
- lemah lembut dan sopan santun. (saya tak tipu.. rata-rata memang cakap macam tu)
- pendiam (sebenarnya saya banyak cakap kalau kamu betul-betul kenal saya)
- baik. mungkin

10.The character of you for yourself is?
- klasik dan unik

11.On contrary, the character you hate of yourself is?
- terlalu banyak berfikir dan terlalu cepat membuat kesimpulan

12.The most ideal person that you want to be is?
- diri saya sendiri

13.For the people who care about and like you, say something about them.
- terima kasih semua. saya hargainya

14. 10 people to tag
- TIADA. saya baik hati

>>Is no. 3 a male or a female?
- mestilah tiada. sebab saya tidak tag sesiapa pun

>>If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
- sama macam jawapan di atas

>> How about no. 5 and 8?
- samalah!

>> What is no. 1 studying about?
- sama. sama juga!

>>Is no. 4 single?
- samalah

>> Say something about no. 6?
- aduh.. samalah juga. inilah akibatnya kalau kita tidak tag sesiapa pun

* Penat juga otak saya berfikir untuk menjawab semua ini

.kisah tentang asap atau jelaga.


Dulu-dulu semasa saya di zaman kanak-kanak riang ria, saya selalu bermain dengan abang saya, sepupu-sepupu saya dan jiran-jiran saya. Untuk pengetahuan semua, mereka semua lelaki dan saya seorang saja perempuan. Haha. Percaya tak? Betul, tak tipu ni. Hehe.

Satu hari, kami (saya dan sepupu saya) nak tidur di rumah Nyai (panggilan untuk nenek). Seingat saya masa tu hujung minggu sebab ahli keluarga yang lain pun ada juga.

Kami decide nak tidur di bilik arwah Yaie (panggilan untuk datuk). Bilik Yaie ni sangatlah terserlah tradisional dan klasiknya. Kamu tahu katil besi besar yang ada palang dan selalu akan diletak kelambu? Klasik bukan. Kemudian, ada sarang lebah di belakang almari yang bersebelahan tingkap. Percaya tak? Percaya, betul ni. Hehe. Selalu juga la saya kene sengat dengan lebah ni sebab terpijak lebah ketika dia sedang berjalan-jalan di lantai. Sakit dan akan rasa gatal. Haha. Yaie memag memelihara lebah dan mereka menjalani kehidupan lebah dengan selesanya di situ. Orang kata kalau ada lebah tinggal di dalam rumah, tandanya murah rezeki. Betul ke? Tolong jangan percaya.

Ok, kembali ke cerita asal.

Jadi ada yang nak tidur atas katil dan bentang tikar di lantai. Saya awal-awal dah chop nak tidur atas katil. Set! Tiada masalah. Kemudian, nak tidur tak boleh buka lampu sebab nanti lebah-lebah tu akan keluar dari sarangnya. Lebah-lebah ni pantang kalau ada lampi terbuka, nanti mulalah mereka nak berterbangan dan bermain-main di sekitar lampu tu. Mungkin pada mereka itu pelangi atau matahari. Mungkinlah.

Jadi, kami pun pasanglah lampu dulu-dulu yang menggunakan minyak tanah tu. Tahu tak? Lampu pelita.

Kemudian, selamat malam semua. Senyap. Tidur. Ayam berkokok. Keesokan harinya.

Saya terus pandang muka sepupu saya. Dan.... hahahaha.. saya gelak. Terus lari dan bagi tahu kat semua orang. Muka dia penuh dengan asap a.k.a jelaga dari lampu pelita. Apa lagi semualah gelak. Kemudian, baru saya perasan rupa-rupanya saya pun ada juga. Haha. Tengok la muka di depan cermin. Tidak di sangka, sampai macam tu sekali penangan jelaga dari pelita. Hehe.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pasang lampu pelita kalau nak tidur. Serik! Tetapi memang comel semua masa tu. Hehe.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors