Showing posts with label .saya dan kerja.. Show all posts
Showing posts with label .saya dan kerja.. Show all posts

Sunday, December 6, 2009

salam

datang bekerja pada hari ahad sangatlah sunyi. oh ya, panas pun ya gak. hu hu.

ok. sudah penat bekerja. mahu balik. sambung nanti! :)

Thursday, December 3, 2009

salam

degup jantung makin laju....
pagi teringat....
petang bermain-main di fikiran....
malam termimpi-mimpi....

071209 tarikhnya....

kelahiran yang penuh debaran....
doakan yang terbaik untuk kami semua....

* oh ya, hari ini hari lahir eeka. selamat hari lahir ke 23 untuk eeka. semoga berjaya didunia dan akhirat. semoga hidupmu penuh dengan warna warni pelangi kegembiraan. :)

Thursday, October 29, 2009

.kisah tentang geram tahap maksimum.

salam


huhu. hati saya sangat sakit. sakitnya hati! huh. ccs ni memang menyenangkan tapi kadang dia boleh buat saya rasa nak karate dia, pastu tumbuk-tumbuk, baling kat dinding macam main squash, pastu campak kat selat melaka! nasib baik dia software. nak lempang pun tak boleh. kalau tak, dah lama saya cubit ke sepak ke. baru puas hati. rasakan!

bila preview elok je style dia, tapi bila run jadi style entah apa-apa. huhu. dari pukul 6 petang tadi sampai sekarang ni [8.45 malam] tak dapat-dapat. hanya untuk tukar warna interface. sakit hati sampai rasa nak nangis.

huhu. apalah saya mengarut ni. ni tanda litar-litar dalam otak dah hank. ok. patut saya balik sekarang. tapi banyak lagi nak kena buat ni. :( haih.


* budak pandai koding dengan kawan baikknya tengah main game sekarang ni. huh! tabahkanlah hati saya. huhu.
*update.. akhirnya saya berjaya. banner tu style lain. so dia jejaskan yang lain. sabar je la. terima kasih pada cik nora yang bagi macam-macam idea. :)

Thursday, October 22, 2009

.kisah tentang banyaknya biskut nak kena angkat.

salam

jarang saya post 2 entry dalam masa 1 hari. kecuali keadaan darurat. he he. kali ini memang genting. kerja saya ada lagi 40% nak siap. tiba-tiba si pandai koding tu datang bilik saya, mintak tolong saya buatkan bahagian dia sikit. haih, nak kata saya punya sendiri pun tak siap lagi, tapi dia dah kata bahagian dia lagi kritikal dulu pula. oklah. saya tolong. pagi-pagi ni dia sempat pesan, buat bahagian dia dulu. dalam hati saya kata, tengoklah nanti kalau aku rajin. ha ha. syhhh. diam-diam. ;p

saya kan insan yang sangat baik hati, saya tolonglah dia. sambil-sambil tu saya siapkan bahagian saya. sebenarnya, saya berani nak tolong si budak pandai koding, kerana nanti saya juga nak minta tolong dia. ha ha. dia kan pandai, apa salahnya saya minta tolong sikit nanti. hi hi. :)

tadi, puan ketua minta saya tolong tengok [istilah lain bagi siapkan. huhu] bahagian admin dan segala laporan. ok, saya juga kena buat. [dulu, si budak pandai koding yang nak buat]. hu hu. tiba-tiba hari ini rasa sibuknya saya. meeting esok. haih, entah sempat siap entah tidak.

wanita berkerjaya wanita yang sibukkan? hu hu. kalau nanti si budak pandai koding tanya bahagian dia macam mana, saya nak karate dia. he he. baiklah. mari buat kerja sekarang. :|
* siapa nak ikut saya lari sembunyikan diri esok? :p dan siapa rela hati nak jadi pembantu saya. saya belanja makan kfc. nak? hihi :p

Wednesday, October 14, 2009

.kisah tentang tuan hakim dan hukuman.

salam

rombongan hulubalang dari jajahan ilp pedas tak jadi datang. tak dapat nak jumpa tun hakim [ketua hulubalang. :p] hakim, beta nak jatuhkan hukuman menjadi tukang kebun istana beta. tapi beta batalkan selepas kamu buat entry memohon maaf. ;p bagus. pandai kamu pujuk beta. ha ha.

hari ni pergi ambil blazer. dah lambat. dekat seminggu ke 2 minggu gak lah notis dah keluar. terlupa bukan sengaja. si budak pandai koding cemburu je tengok blazer saya. dia punya kena hantar kedai semula. ye la. dia lelaki, tiba-tiba blazer dia ada cutting blazer perempuan. ha ha. nasib dialah.

pasni bolehlah contohi kakak comel, pakai bila office sejuk macam kat kutub. ;p

saya baru perasan, kat bilik ni takda tempat nak gantung. sudahnya, letak je kat tombol pintu. apalah punya perangai. esok-esok saya belilah. he he.

* gambar hiasan je. tak muatlah kalau saya nak pakai saiz macam kat atas ni. he he.

Wednesday, September 9, 2009

.kisah tentang hari yang indah.

salam

malam tadi saya tidur lewat, kawan yang bakal jadi ibu telefon nak teman sembang. dia begitu excited dapat kerja ptm kat putrajaya, lapor diri akhir bulan ni. tahniah! =) jadi secara rasminya, geng hise dah berjaya keluar dari kne. bagus kawan-kawan. Alhamdulillah! =) walaupun penat tapi demi kawan yang seorang ni saya gagahkan mata ni gak. he he. hari ini, pagi-pagi masuk office, puan ketua dah panggil masuk bilik meeting. hasilnya, saya kena siapkan 1 modul sebelum cuti raya! hari ini, rabu, esok, lusa, minggu depan. jadi saya ada lebih kurang 7 hari! 7 hari?? hu hu. tekanan. tekanan. ha ha.

jadi, tadi saya plan, pagi masuk ke office 7.45 saya kena terus serius buat. pastu sambung keseriusan kerja tu sampai petang. pastu balik, sambung fikir pula kerja untuk esoknya. so kita rotate plan ni sampai khamis minggu depan! ok?

jangan sampai tak dapat cuti raya sudah. dan paling seram kalau tak dapat cuti konvo! oh. tidak. di jauhkan. tolong. beri saya kerajinan dan kefokusan untuk siapkan semua ini. hu hu.

dah. dah. cukup, jom, mula sekarang.

come on! u can do it. can do it. ha ha.


* terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan semalam. =) meningkat setahun lagi. he he.

Wednesday, August 26, 2009

.kisah tentang hari wanita.


salam

selamat berpuasa. =) hari yang ke lima, dah semakin boleh sesuaikan diri. tapi mula-mula bangun sahur, pedih gak la nak buka mata tu. he he.

semalam patut saya pergi buka puasa kat klcc. ada sambutan hari wanita kebangsaan. tuan pm rasmikan. tapi lepas fikir semasak-masaknya, campur faktor-faktor yang berkaitan, saya tak jadi nak pergi. kerja agak banyak dan menyahut seruan kerajaan. kurangkan berada di tempat tumpuan umum. he he. lagi pun pergi petang balik malam. penat tu. hu hu.

sekarang macam-macam ada dalam kepala. kerja. puasa. raya. cuti raya. konvo. cuti konvo. adeh. pening. smar kata semua tu benda kecil. tak perlu besarkan sesuatu yang kecil. nanti kita yang terasa berat. [ya. saya semakin berat. ha ha]

polisi kat sini, selepas cuti raya, setiap unit perlu sekurang-kurangnya ada seorang staf yang bertugas. [dari rabu, khamis dan jumaat] dan seperti biasa, kami anggota-anggota baru ni kenalah berkorban. he he. bagi staf senior cuti lebih. sebenarnya, hormat ke mereka. kita baru ni mestilah berkorban sikit. kan. cuti tak apply lagi. untuk konvo pula pun sama.

baru saya teringat kata-kata abang no 3. dulu saya selalu bising kat dia sebab susah sangat nak cuti. asyik kerja je. pastu dia kata, nanti saya dah kerja saya rasalah. sekarang, hah! saya pulak dapat rasa macam mana dilemanya. he he. takpelah, jangan fikir banyak-banyak. buat pening je. positif sikit. benda kecil je semua tu. he he. ok la. jom kita enjoy! enjoy buat kerja. ha ha.


Monday, August 17, 2009

.kisah tentang output.

salam


penatnya fikir..
letihnya nak fikir..





memang letih dan sakit hati bila output tak seperti yang kita mahukan.. =(
rasa nak baling komputer ni pun ada! =p


* saya dah boleh ketawa sikit tadi, si penjaga buku memang pandai nak ceriakan orang. he he. dia bagi teka-teki. mee apa paling berat. hah! memang tergelak dengar jawapan dia. he he.

Sunday, August 16, 2009

.kisah tentang hujung minggu.

salam

wah. indahnya hari minggu ini. dapat rehat, tidur, tengok tv sepanjang hari. sambil makan-makan kat rumah....

.
.
.
.
.
.
.

ohh.. saya mengalamun td. ok. sambung buat kerja.

.

* sunyinya ofis hari ni.. hu hu

Monday, August 3, 2009

.kisah tentang sakit kepala.

salam

hari ni mungkin saya jadi antara yang datang paling awal. 0715. he he. awal tu. kemudian pergi perhimpunan bulanan. paling suprise tiba-tiba di jemput pergi depan. pengenalan staf baru. baru? 3 bulan dah. kira baru ke? habis perhimpunan, pergi Unit Keselamatan, nak ambil sticker kereta untuk sesi ni, dan perasan. ha ha. lesen saya tamat hari ni. hu hu. macam mana boleh tak perasan ni. tak boleh la nak bawa kereta. hu hu. =(

kepala pula sakit hari ni. tak tau sama ada sebab saya salah makan, atau saya tak dapat nak create view dari pagi tadi lagi atau darah tinggi. darah tinggi?? oh. di jauhkan. tadi google, sakit kepala juga salah satu tanda h1n1. hu hu. tolong, di jauhkan juga.

masa lunch singgah kedai jap, ingat nak beli panadol. sampai office, nak makan. actal? alahai, saya kata kat pekedai tu panadol. ni jenama baru ke? haih.. nak makan takut pula. tak pernah dengar lagi ni. hu hu. sabar je la. moralnya, selepas beli sebelum keluar kedai, tengok betul ke tak barang tu.

hari sabtu, saya pergi picc. dijemput hadir ke majlis konvokesyen. hmm, biasa je. lama pula tu kena duduk dalam dewan. sejuk dan bosan. hu hu. paling tak best, toilet kat situ. kesian makcik-makcik merungut macam mana nak guna toilet tu. tak mesra pengguna. [kalau nak tau macam mana, pergilah picc. takpun kat alamanda. sama je. 2x 5. mungkin style zaman sekarang kot]

ada yang kelakar, sebelah paginya, saya kelam kabut nak masuk dewan. kakitangan dan ibu bapa duduk katne la, itu la ini la. then, jumpa seorang pensyarah, dia ajak pergi sarapan dulu. ok. saya pun tak makan lagi. duduk join dengan dia. tengah makan, saya perasan saya duduk di kalangan para pensyarah perubatan. ha ha. seorang doktor tu sempat gurau. 'this table only for the doctors.. no lah, saya gurau je' ha ha. saya? he he. senyum je la. =)

then, smar nak datang dengan alif, nak pergi makan sate kajang after majlis tu. tapi kak iza pula tak dapat ikut. kawan dia masuk icu. accident [dan meninggal petang sabtu tu. Al-Fatihah..]

saya tak jadi ikut smar sebab kak an ajak pergi alamanda. cari hadiah. dan rasa bersalah sikit. hu hu. rasa macam dia marah. he he. tapi yela. kita manusia merancang, Tuhan yang menentukan. takpe, next time kita pergi ok! =)

semalam plan nak pergi office buat kerja. tapi ha ha. tak jadi. lepak je kat rumah. layan tv, sampai ke malam. he he.

aduh. dah siap taip entry ni kepala saya masih sakit. macam mana nak buat kerja ni. hu hu.


Tuesday, July 21, 2009

.kisah tentang 3 bulan. hehe.


salam


bertemu kembali semua. lamakan saya tak update. 3 bulan rasanya. banyak perkara yang gembira dan tak gembira, yang saya suka dan tak suka terjadi. ok. sekarang saya ada kat ofis. [kali pertama saya update blog masa bekerja. huhu]

secara umumnya, kerja sekarang berjalan dengan lancar. walaupun mula-mula dulu saya agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri. dulu, masa mula kerja, saya rasa sangat stress. huhu. selalu fikir, macam mana saya nak kerja ni. sebab rasa kerja ni sangat susah. masa hari pertama saya datang kerja, ketua dah bagi briefing kerja-kerja yang saya kena buat. huhu. hari pertama ya! otak dah fikir, macam mana nak buat, macama mana kalau tak dapat buat, boleh ke saya buat.. macam-macam.

seminggu lepas saya lapor diri, ada lagi seorang masuk. so kerja ni buat dengan dialah. syukur, dia memamg bagus untuk buat kerja-kerja macam ni. lagipun dia ada master, dah kerja lama dalam bidang ni, jadi tak mustahillah dia baguskan? saya baru je nak kerja dalam bidang ni, jadi tak mustahillah kan saya tak sebagus dia? kan. kan. jadi saya ambil peluang ni belajar dengan dia. dan selalu la juga dulu saya kena 'marah', 'perli'. huhu. takpe, buat tak tahu je sudah, janji saya belajar benda baru. =] dan menariknya, dia abang kepada kawan baik saya masa kat KMM dulu. dan selalu lepas, dia 'marah' dan 'perli' dia akan minta maaf. tapi takpe la kan, normal cikgu marah pada anak muridnya kan?

dulu,[awal-awal kerja] pukul 6 ptg saya dah ada kat rumah mengadu kat mak, kerja ni agak susah. sekarang pukul 9 malam saya masih kat ofis lagi. huhu. kadang-kadang pukul 11 malam. mana taknye, kerja banyak sangat! huhu. saya selalu dengar orang kata kerja kat kerajaan ni boleh rehat-rehat, goyang kaki, pergi sembang-sembang kat cafe pukul 9 baru masuk buat kerja, pukul 5 tepat dah balik. siapa kata? orang kata. tapi saya tak rasa macam tu pun. pelik. pelik. hehe.

sekarang dah hampir 3 bulan kat sini, saya dah semakin dapat mengadaptasikan diri. Alhamdulillah. =] setiap hari mak saya tanya boleh ke kerja, setiap hari mak saya bagi motivasi supaya saya kuat dan sentiasa bersemangat nak kerja. mak saya adalah insan yang paling gembira bila saya dapat kerja kat sini. mak memang berharap ada salah seorang anaknya yang boleh kerja kat tempat kerja ni. begitu juga dengan eeka. tq sayang! =] juga smar.

walaupun saya tak dapat rasa macam mana yang orang kata kerja gov ni boleh rehat-rehat, saya suka masa meeting. hehe. sebab ada makanan. jadi kalau ada meeting pagi dan petang, jimat la sarapan dan lunch saya. hehe.

apa pun, pada saya, kerja semua sama. bezanya, hati kita, diri kita sendiri, nak kerja ke tak. mungkin kita tak suka tetapi kita tak sedar, kerja yang kita tak suka tu la kerja yang sesuai dengan kita. =] Allah itu Maha Mengetahui. kita kena beryukur. =]

* sejak 2 minggu kebelakangan ini, saya balik awal. huhu. kesihatan kurang memuaskan. =( dan, tiba-tiba ofis ni semakin sejuk! aircond dah di baiki. mungkin. hehe.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors