Saturday, February 14, 2009

.kisah tentang terjemahan.


salam.

adeh. tiba-tiba pening plak kepala ni. dahi dah berkerut-kerut. [menunjukkan saya sedang berfikir dengan bersungguh-sungguh]

saya teruskan fikir. banyak lagi ni. separuh lagi nak siap.

memang otak saya sedang bekerja dengan rajin, kuat dan bersungguh-sungguh.

susah ni. apa ni. alamak. kalau dah tak tau buat je la tulisan ni italic. habis cerita.
kesian plak kat student. nanti mereka tak faham plak.

**********beberapa jam kemudian**********

siap. pergh. memang susah nak terjemah soalan untuk subjek IT dari bahasa inggeris kepasa bahasa melayu. berpeluh. adeh. kepala saya sakit. lapar plak tu. huhu.

* saya kena buat soalan ujian 1. senang bangat. tapi saya tetap risau mereka tak dapat nak buat.
please. harap-harap mereka berjaya! =]

Monday, February 9, 2009

.kisah tentang 1 minggu.


salam

Alhamdulillah. seminggu saya bertahan. pencapaian yang ok. jadi, lepas ni tambah lagi seminggu demi seminggu. walaupun saya perlu banyak berdikari dengan penat lelah, takpelah, saya juangkan juga. terima kasih kepada mak, keluarga saya, sahabat-sahabat seperti shahid, nadiah, kak naz, tie, syikin, suzie, iza, banu dan niza. banyak kata-kata semangat dari mereka supaya saya terus bertahan. =]

saya meluahkan rasa risau kerana kalau kat sini banyak kerja nanti susahlah saya nak balik kampung jumpa mak. huhu. dan abang ada kata nanti kalau saya susah nak balik, dia akan bawa mak datang sini sebulan sekali. macam best je bunyikan.

mereka kata inilah yang dinamakan sebagai 'kerja'.

ya. walaupun banyak sangat dugaan dan cabaran kat sini [masalah manusia yang tiada rasa perasaan bertimbang-rasa, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi] saya akan cuba sehabis baik. yeah! usaha! usaha!

* semalam sebelum tidur suzie kata, walau sebesar mana nombor tu, kalau diganda dengan 0 hasilnya akan jadi 1 juga. betulkan. walaupun kita ni kecil atau berpangkat besar, akhirnya kita tetap akan kembali dan berserah pada Yang Maha Esa. [suzie mengajar subjek matematik]

* students suka pergi jj sebab kolej dekat dengan jj. jadi kalau saya pergi jj, nampak ada orang senyum-senyum tu tahulah, student saya. haha. [kalau nak dating ke, jangan dating kat jj. haha]


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors