Friday, November 13, 2009

.kisah kiri kanan.

salam


minggu ini kadar prestasi kerja biasa-biasa saja..
bebanan kerja yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum betul-betul menyesakkan jiwa. haih..
kepala dah terlalu berat dek kerana memikirkan logik-logik yang ada dalam urutan sistem..
kalau itu nanti jadi ini, kalau ini nanti pergi sana, kalau dah di sana nanti jadi itu pula..
rasa macam otak dah tepu.. tapi paksa juga untuk berfikir.. arhg!!

[inilah kesan dari dah lama tak balik kampung. sejak dari dulu, kalau tak balik dalam masa 3 minggu je ke, mulalah, semua kerja jadi berterabur, itu tak kena, ini tak betul. hu hu. moralnya, balik kampung untuk rehatkan badan, jumpa keluarga. :p. ini juga kesan dari tension dengan kerja seharian]

menurut buku rujukan mc glogoolle edisi yang ke XV, otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan,
logik, angka, analisis, dan lain-lainnya.
[maksudnya selama kerja ni, memang otak kiri je la kerja kuat.. kesiannya.. huhu..]

menurut buku rujukan ini lagi, otak kiri diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur atau tersusun.

biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang
penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis. Individu yang banyak menggunakan otak kiri dipanggil IQ (Intelligence Quotient).

menurut mc glogoolle edisi yang ke XVI pula mengatakan otak kanan menguruskan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian.

cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. [ohh, patutlah saya karang sajak ke puisi ke pelik je bunyinya. ha ha.] Individu yang banyak menggunakan otak kanan dipanggil EQ (Emotional Ouotient).

dan tambahan lagi, sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”. [ha ha. memang ya pun. nampak terlalu mengikut peraturan. yes or no sahaja pilihannya.]

dan sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. [haa, ni gaya-gaya slumberlah kononnya, rambut panjang sikit, duduk minum kopi sambil melukis tepi sungai.. he he]

saya 90% yakin saya adalah manusia kategori otak kiri. tp bila ada masa, saya rasa saya manusia otak kanan. suka puisi, lukisan, imaginasi dan lain-lain. hmm, macam mana tu? gunakanlah otak secara adil dan saksama. ha ha.

ok, baiklah semua. cukup saja kelas kita pada hari ini ya. sambung dilain masa. membaca amalan mulia. :)

2 apa kata anda?:

CoOkiE MoNSter said...

kanan dan kiri dah tak tau dah guna yang mana satu. rasenye dua-dua pon sama2 bekerja keras menyiapkan coding. hehe...

shaz haza said...

cookie

ye la. dua2 keje keras. hehe.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors