Monday, November 30, 2009


salam

selamat hari isnin. :) hari ni mood masih sejuk untuk bekerja. mungkin faktor kesihatan yang tak berapa nak ok. tadi pagi saya nak pakai baju baru yang mak belikan. tapi, masa iron, saya dan lubangkan kain tu. huhu. tak sampai hati nak bagi tau mak. haih, cuai betul saya ni. :( hari raya aidiladha biasa saja, sebab saya tak berapa nak sihat. si gastrik datang. sampai hari ni tak baik lagi. saya kena jaga sikit pemakanan. ubat pun dah makan. bersabar sajalah kan?

semalam, saya ikut smar pergi kenduri kahwin kawan dia. dia janji nak balik pukul 2, sebab kami ada kenduri kahwin kat kuala pilah pula. tapi bila dah jumpa kawan-kawan lama, saya dibiarkan berdiri tepi dinding seorang diri. nampak macam kejam je kan? nak ajak balik macam tak sampai hati. tapi hati sudah panas sebab saya pun nak juga jumpa kawan-kawan kat pilah. mereka tunggu saya. lama sangat kami tak jumpa.

dalam kereta mula-mula memanglah mood panas menggelagak. muka rasanya tu tak tahulah ph dia berapa. masam tu alkali ke asid? saya sudah lupa. tapi bila berfikir secara manusia yang matang dan bertolak ansur, warna-warna ceria mula bersinar. ha ha. kemudian, pergi ambil adik smar, jamie kat rumah dan gerak ke pilah sama-sama.

hari ahad, selepas cuti umum selalu apa akan terjadi? ya. kesesakan jalan raya. kami ambil jalan lama. ayer keroh - alor gajah - tampin - kuala pilah. rasa macam pergi genting highland. ha ha. mengikut sumber yang dipercayai, ke kuala pilah dari tampin adalah lagi dekat. so kami pun ikutlah. angan-angan nak makan nasi kenduri kat dewan dah tinggal angan-angan yang dah terbang entah kemana-mana. sebab kami dah lambat sangat. pukul 5 kot. ha ha. jalan dari tampin ke kuala pilah dah macam naik roller coaster. bengkang bengkok macam ular kena palu. serius pening. nasib tak muntah dan kena cium tayar kereta. ha ha. dulu ada baca novel, watak cikgu yang kena mengajar di kuala pilah. sebuah sekolah di pedalaman. saya pelik, kuala pilah itu dikira pedalaman? kini saya baru faham. memang jauh ke dalamlah. [otak saya sterotaip, mengatakan pedalaman itu hanya terdapat di sabah atau sarawak].

akhirnya, pukul 6 petang kami sampai. tak ke dewan tapi terus ke rumah pengantin. pengantin tunggu kami didepan rumah dengan baju pengantin yang belum bertukar lagi. istimewakan? orang lain tunggu pengantin kat dewan. kami, pengantin tunggu depan rumah lagi. :p bila dah masuk rumah, kami tersekat dalam tu. sebab nak balik awal. tapi kena tahan sebab kena makan dulu. oklah, masing-masing ambil sikit je nasi. saya lagilah, gastrik diperut masih ada so nak makan lebih pun rasa tak best. hu hu. masa dalam kereta jamie dan smar kata, sedap sangat lauk dia. rasa nak tambah. tapi segan. ha ha. mereka berdua sangat suka rebung. hu hu.

dari kuala pilah ke seremban, memang sesaklah. lampu isyarat tu entah berapa kali tukar hijau, merah, kuning, tapi kereta tak gerak pun. huhu. oleh kerana sesak kami singgah masjid dulu. tapi air takde. huhu. niat untuk melaburkan sisa buangan terbatal. kita tunaikan dulu yang lebih wajib. :)

sesampai kami disenawang, mahu terus ke seremban melalui jalan dalam, tapi kami mengubah keputusan dan lalu highway. oh, silap keputusan tu. highway lagi sesak. huhu. smar kata lain kali dah buat keputusan jangan tukar. satu sikap pengguna jalan raya, bila sesak je suka sangat guna lorong kecemasan. mula-mula keluar dari tol, kami pun lalu gak sebab takde ruang nak masuk line tepi tu. berderet kereta lalu kat laluan kecemasan tu. sampai kat satu tempat tu. semua kereta tadi tu bagi signal ke kanan. nak masuk lorong yang betul. kelam kabut. sebab apa? ada polis kat depan tu. ha, baru tau takut. ikutkan hati taknak bagi masuk. tapi toleransi tu penting. pukul 11 baru sampai rumah. campur tolak jumlah perjalanan adalah dalam 12 jam. macam pergi pantai timur je. huhu.

ok, sampai sini dahulu cerita saya. jumpa lagi dilain masa. he he. :)

* selamat pengantin baru kak yanti dan suami! semoga bahagia ke akhir hayat. rancangan ke kenduri cik aina, eh.. puan nor mas aina tak jadi. hu hu. tahniahlah kepada semua yang melangsungkan perkahwinan. semoga bahagia. :)

0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors