Tuesday, November 3, 2009

.kisah tentang gelincir, sungai dan tanah runtuh.

salam


selamat bertemu kembali. [gaya pembaca berita] :p

kisah ini berlaku hari sabtu yang lepas. bangun pagi dan lepas solat tu terasa nak sambung tidur. tapi niat tu padam cepat-cepat bila fikir nak naik bas awal pagi ke melaka. dan pagi tu, hujan. nak kata lebat tak juga. nak kata gerimis je pun tak juga. kira macam gerimis yang lebatlah. hihi. tiket pun tak ambil lagi. mak dah bagi ceramah free. terima dengan hati terbuka. hehe. mintak kakak kelisa hantar pergi ktm. turun je kereta, terasa semua mata memandang saya yang sememangnya sweet ni. hak hak hak. serius, tak tipu ni. manalah dia orang tu tak tengok, saya bawa hadiah kahwin kakak along. kotak tu agak besar, dan hmm, ye memang besar. mesti mereka tu semua fikir, apalah isi dalam kotak tu, kalau aku yang dapat best gak ni, manalah budak comel ni dapat hadiah besar ni, hari ni besday budak cun ni ke. haa, itulah kiranya mungkin yang difikirkan mereka. :p

oleh kerana perasaan segan menguasai diri sebab mata-mata yang memandang, saya pun berdirilah hujung sikit tepi tiang. sembunyikan diri disebalik tiang. :p otak memang dah set, nak naik bas pukul 9 pagi. sempat lagi ni, baru pukul 8 pagi. tunggu punya tunggu train pun sampai. dengan pantasnya cepat-cepat masuk. motifnya 1 je, nak dapat tempat duduk. lenguhlah kaki pinggang semua kalau berdiri. dengan hadiah yang berat ni lagi. dalam hati bersyukur sangat sebab semua plan jalan dengan baik. dapatlah masuk majlis kahwin pukul 1230. dapat makan sekali dengan vip. hihi.

train ni mula-mula gerak laju. memang bestlah. cepat sampai la macam ni. tapi tengah-tengah perjalanan tu, jadi slow. slow sangat. jenguk ke luar jap, rupanya ada tanah runtuh. boleh tahan teruklah sebab habis pokok-pokok pun tergelincir. terikut sekali dengan air. dan yang paling terkejut tu, bawah landasan tu dah jadi macam sungai. jambatan dah runtuh. tinggal landasan je. seram tengok air mengalir kat bawah tu. teringat pula kat tragedi jambatan gantung tu. huhu. bila dah lepas train laju semula.

tapi impian tu bertahan selama lebih kurang 15 minit. tiba-tiba train tu berhenti tak bergerak. haih, apa kes pula ni. dan masa tu petugas-petugas ktm mundar mandir dari gerabak depan ke belakang, belakang ke depan. rosak ke train ni. di landasan sebelah ada sebuah train kosong yang tak bergerak. masa tu impian nak naik bas pukul 9 mula terbang tinggi. macam tak sempat je ni. huhu. train kat landasan sebelah tu tergelincir dari landasan. [mengikut cerita budak sekolah yang dipindahkan dari train sebelah]. budak tu siap rakam masa dia terjun dari train tu. nak jeling tengok tapi tak nampak pula. :p

perjalanan diteruskan. sampai kat terminal 1, kena pula naik bas pergi terminal 2. nak naik bas pukul 9 berkubur. sambil nak tunggu sampai terminal 2, call mak cerita kisah sedih tadi. mak over terkejut. rupanyanya dia ingat train yang saya naik ni macam komuter ke monorel ke yang kat kl tu. yang landasan ke atas tu. huh. kalau gaya itu yang tergelincir, memang parahlah. turun je bas, cepat-cepat berlari naik tingkat 2 ambil tiket, dapat pukul 10. ok la, sampai melaka nanti dalam 1130. ok la ni. masa tengah tunggu bas tu, jalan-jalan kat terminal 2. kemudian masuk kedai kasut. scan semua kasut. hihi. dan 1 kasut jadi mangsa. haha. lepas je beli, baru fikir gaji lambat lagi. :p

sekarang dah pukul 1030. ok. bas ada depan mata. tapi driver takde. penumpang lain dah tarik muka 100 kali masam. saya? cool je. ha ha. bebel dalam hati sudah. lagi sakit hati, bas 1030 dah sampai. dengan muka bengang semua serbu naik bas 1030. bila semua dah naik, seat pun tak cukuplah. dalam bas tu la mulanya drama perang mulut antara makcik chayanunalif dengan.. hmm, dia sorang je. dia bebel sorang-sorang. serius memang sakit hati bas lambat, tapi dengar dia bebel lagi buat sakit hati+sakit kepala. rasa nak tampal mulut dia je. kemudian staf syarikat bas t*a*a*i*n*l tu boleh pula cakap tiket pukul 10 turun. apa lagi, masa tu juga dia kena tengking dan hamburan kemarahan penumpang yang tak dapat menahan kemarahan seperti aku ni. hihi. sabar tu sebahaian dari iman kawan-kawan. ;) bila dah naik bas tu, makcik chayanunalif tu duduk depan, tiba-tiba dia pindah duduk sebalah saya sebab nak sambung leteran tak puas hati dia tu pada orang sama chayanunalif macam dia. habis semua keluar, 1 malaysia lah, parti tu parti ni. sakit kepala dengar. cerita sendiri sudah, jangan kacau 1 bas. pastu saya nak tengok dia nak bebel sampai bila. nak tengok dia akan bebel dari seremban sampai melaka ke tak. geram wey. huhu. sampai tertidur saya dengar dia berleter. bila saya sedar dia pun dah tidur. bazir tenaga betul dia tadi. cuba kalau dia tidur dari bebel tadi. dia senang, yang lain pun senang.

tapi hati saya memang tak puas hati lah dengan syarikat bas tu. syarikat ni kira antara paling menjadi pilihan orang ramai. selama ini saya pun kira suka gunakan perkhidmatan mereka. tapi insiden hari ni memang bagi macam tawar hati sikit. apa pun saya selamat sampai melaka. turun dari bas muka masam sikit. haha. turun protes sikit. :p

baiklah. sekian sahaja berita untuk kali ini. jumpa lagi. :p



* saya tengok berita kat tv, 100 pemandu bas syarikat ni mogok kat kelantan. staf sendiri pun tunjuk perasaan kat syarikat, macam mana nak jaga pelanggan ni. haih.

0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors