Tuesday, March 31, 2009

kisah tentang earth hour.


salam


ya. ya saya tahu. sudah basi kisah ni. tapi better late than never right? =]

ok. saya rasa excited masa dengar semua orang bersemangat nak sama-sama padamkan lampu. then, sabtu lepas saya balik kg, so saya fikir mungkin saya akan on saja lampu memandangkan nenek saya ada.

8.30 p.m

syasya : nenek! nanti tutup lampu. [dia anak sedara saya. sangat excited dia ni]

mak saya: yeke? semua kene tutup ke?

saya: tutup lampu je la mak.

mak saya: cuba tengok rumah cik mah, gelap ke tak?

saya pergi jenguk kat tingkap. macam gelap je tu.

saya: hmm, tak pun. [sebenarnya saya malas nak tutup lampu. nak tengok tv mana boleh gelap. saya ni rabun. huhu]

mak: kita tutuplah. nanti kena macam-macam plak. semua orang tutup lampu ni.

saya: hah? tv buka eh mak. kita tutup lampu je.

mak: tak. tutup semua. tv. laptop pun.

saya: ......

* semua bergelap. dengar bunyi kipas je. abang sangat teruja sebab mak begitu bersemangat suruh tutup semua. haha.

* saya dan makcik pula bersemangat msg dan call orang kat tempat lain, tanya tutup lampu ke tak. haha.

Friday, March 27, 2009

.kisah tentang debaran.


salam


3 hari lagi. saya berdebar. hari yang dinantikan, setelah sekian lama menunggu.

bercampur-baur. gembira, berdebar, teruja dan macam-macam lagi.

huhu. doakan semuanya berjalan dengan lancar ya! =]

* hari ini, seorang student saya kehilangan ibunya. Al-Fatihah. Semoga dia tabah menghadapi dugaan. [jujurnya, dia seorang student yang sangat baik]

Thursday, March 19, 2009

.kisah tentang kawan saya. [edisi khas]


salam


post ni saya tuju khas untuk semua kawan2 saya. sejak li julai 08 lepas, hampir 8 bulan kita tidak ketemukan. rindu kamu semua! =( semalam saya dapat mesej dari aimi. huhu. sorry aimi, lama tak mesej aimi. but remember, even though i've not msg u, i'll always remembering u. not only u, but all my friends. seriously! =]

  • saya rindu rakan sekelas BITD saya seperti kak shah, marsilla, eeka, aisyah, izzah, nas, ina, kak yati, baang, pokcik, ikmal, keri dan ramai lagi. walaupun saya tak sempat nak taip semua, korang kena tahu juga yang saya tetap maksudkan korang. ok! huhu.
  • saya juga rindu pada rakan serumah saya seperti kakshah, nadiah, syu, mazni, ana, fieza dan dayah. hopefully, korang gembira dan sejahtera selalu.
  • untuk bekas rakan serumah saya, kamu memang kawan paling setia dan jujur pernah di miliki. susah senang korang sentiasa ada. berkongsi tawa dan tangisan. serius, memang happenning masa muda-muda dulu. huhu. tie, syikin, aina, eya, diela dan nora. untuk emmy, ada and fairuz, rindu korang juga! =]
dan paling di rindui....

  • arwah azimah abdul aziz. arwah kawan paling baik [super baik] pernah saya ada. 2 tahun sudah berlalu, tapi rasa macam semalam je peristiwa tu. perginya tanpa pesan, hanya kenangan dan jasa yang di tinggalkan. pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. saban hari memujuk diri agar menerima kenyataan yang memang telah terjadi. =( jangan di persoalkan lagi. hanya yang mampu adalah, iringan doa untuknya moga arwah bahagia dan tenang di sana. amin.
sekian, kepada semua rakan-rakan [sama ada namanya sempat saya taip atau tidak], saya gembira mengenali kamu semua. =] dan saya berada di office ketika ini, jadi koleksi gambar juga terhad. harap maaf. =]

Thursday, March 12, 2009

.kisah tentang perhimpunan.


pagi-pagi kene pergi beratur kat perhimpunan. tapi rasa rasa tak sedap hati. kenapa eh? berdegup-degup je jantung saya ni. aduh. apa yang tak kena ni?


dan.. alamak! hari ini ada pendidikan jasmani. saya tak bawa baju pj. macam mana ni. saya dah terbayangkan muka cikgu fatimah yang garang. dia memang cikgu yang garang. aduh. jujur, masa saya darjah 1 saya memang bawa semua buku-buku sebab saya tak tengok pun jadual. sebab tu lah, tak perasan hari ini ada pj.

rasa nak nangis dah ni. malulah kalau jadi macam minggu lepas. [hehe. saya kena lari keliling padang dengan kawan baik saya, maya. masa ni la juga abang-abang darjah 6 nak lari. lari sambil nangis. haha]. kena bagi alasan apa ni. aduh. berat macam ni.

saya : nanti awak cakap kat cikgu, kita tak pergi padang. kita sakit perut.

kawan : sakit perut? hmm. ok.

semua kawan kelas pergi padang. saya duduk dalam kelas.seorang je. takde siapa-siapa. then, cikgu kelas saya masuk. cikgu istiwat.

cikgu istiwat : nape awak tak pergi pj ni?

saya : sakit perut cikgu. [doa dalam hati janganlah pecah tembelang. maaf cikgu saya tipu] hehe

cikgu istiwat : awak sakit perut ke awak tak bawa baju pj. taknak pj.

adeh cikgu ni. banyak pulak tanyanya. selalu takdelah pulak macam ni. nampak sangat ke muka yang suci saya ni menipu.

saya : sakit perut cikgu. sebab tu terlupa nak bawa. [haha. apa da punya jawapan]

huhu. minggu depan memang tekad, kena ingat bawa baju pj ni. taknak tipu-tipu lagi. haha.

* dulu saya pengawas masa sekolah rendah. tugas saya baca ikrar masa perhimpunan. ada sekali saya jd blank dan blur, berterabur saya baca. yang saya perasan, cikgu pengawas terus tengok saya dari perpustakaan kat tingkat 2. haha.

Wednesday, March 11, 2009

.kisah tentang kahwin!.=p


salam.

rasa sudah lama tidak di tag. [atau mungkin saya buat-buat tak perasan. haha]
tag ni datang dari syu, mazni dan syikin. demi mereka saya buatlah. hehe.

1. How old are you?
>> 23. coming soon

2.Are you single?
>> of course! not married yet

3.At what age do you think you’ll get married?
>> 25 would be nice. hurm. 26? 27? 28? haha. i dont know. =p

4.Do you think you’ll marrying the person you are with now?
>> now? i have? huhu. i dont know. no comment. next plez. =p

5.If not, who do you want to marry?
>> my best friend. <-- haha. kalau dia baca mesti dia gelak. agak-agak gf dia pancung saya tak? =p

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
>> my best friend or my cousin. <-- cousin saya boleh diharap dan dia suke kerja macam ni for bestman, maybe my future husband's bestfriend or his relatives 7.Do you want a garden/beach or traditional wedding? >> garden. sound good right?

8.Where do you plan to go on honeymoon?
>> tioman kot. cantikkan
[ada seorang kawan saya tanya, antara gunung, pantai dan tasik mana saya pilih, saya pilih gunung. why? saya takut air a.k.a hydrophobia. haha]

9.How many guests do you think you’ll invite?
>> i dont know. im the youngest and the only one daughter. so what do u think?? =p

10.Will that include your exes?
>> agak-agak kalau ajak ki bum atau yunho atau lee sung kee. agaknya mereka datang tak? haha. =p

11.How many layers of cake do you want?
>> 3

12.When do you want to get married, morning or evening?
>> friday morning =]

13.Name the song/tune you’d like to plat at your weedding
>> erti cinta

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
>> haha. dont mind. im universal. =]

15.Champagne or red wine?
>> oh. haram ni. sirap limau? yummy! sedapnya.

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
>> after the wedding. haha.

17.Money or household items?
>> up to u. im universal. hehe

18.How many kids would you like to have?
>> it would be nice if i have 4 kids. kalau lebih pun takpe. rezeki dari Allah =]

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
>> huhu. yup!

20. Whose wedding plan would you like to know next?
no one. can?

Monday, March 2, 2009

.kisah tentang avril.


salam


hari ini jadual saya tak penuh tapi berderet kerja perlu di selesaikan. tiba-tiba bila on je laptop ni saya rasa nak muat turun lagu avril. hmm, dulu saya ada lagu-lagu dia, mana ntah saya simpan. lupa.

dulu masa kat u, kalau tension or sakit hati saya suka dengar lagu avril ni. kenapa eh? ntah. tp saya akan duduk diam-diam, pakai headphone, dengar lagu dia. pastu habis semua list lagu dia, saya ok. pelik plakkan.

sometime, kalau arwah azimah datang bilik saya, dia nampak saya tengah dengar lagu avril ni, dia cakap 'tengah tension eh' then, apa lagi, luahlah segalanya pada dia.

sekarang ni saya tengah dengar lagu avril. saya tengah tension ke? taklah sangat. saya saja je nak dengar. tak salahkan?

hmm,pasni nak muat turun lagu apa plak eh? =]

* untuk syu: jap eh, tag tengah buat. hehe.



Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors