Wednesday, December 24, 2008

.kisah tentang tamat li.


salam


huhu. hari ni last day kat ilp pedas. huhu. lambatkan. saya extend 2 hari. ada kerja last minit. sepanjang 6 bulan li ni, saya rasa sangat seronok. saya dapat officemate yang baik dan best, housemate yang best gak. thanks semua. semakin nak habis ni, semakin banyak aktiviti kami buat bersama. seronok. macam kat u dulu. hehe.

ahad lepas, kami [golongan muda mudi] haha, pergi picnic kat pd. menu spegeti, makaroni [macam cerita rona roni makaroni tu], koktail, dan macam-macam lagilah. serius semua perangai macam buadak sekolah [padahal semua dah agak tua kecuali saya. haha]. main kayak masa matahari tegak kat atas kepala. panas. huhu. pastu si fairuz sibuk pula tolong tolak sampai tengah. rasa macam kat tengah laut je, tapi sebenarnya paras pinggang je air laut tu. haha. kak yanti takut. hehe. [kalau saya ni takut air, dia lagi takut air] <-- sorry kak. haha. oleh sebab fairuz terlebih rajin tolong masa kayak tu, so orang lain ingat dia pengusaha kayak tu. haha. "bang, kayak ni bape ringgit". haha. banu paling excited dapat belajar naik kayak. kalaulah ditakdirkan ada sungai dari pedas ke kota damansara tu, mesti dia tak kisah balik naik kayak. hehe. pastu kami bina istana ilp kat sana. haha. tak cantik langsung. hehe. tapi ok apa. hehe.

then, hari isnin, kak yanti kata nak sambut besday adik dia. tapi rupanya diaorang buat suprise kat saya. hehe. ladies nite. hehe. terkejutlah gak tapi dah rasa sikit sebelum tu. hehe.[biasalah, saya ni ada six sense]haha. apapun, rasa happy! =] pizza, kek, air.. wah.. kenyang. hehe.

then kak mek [admin] belanja saya makan kat rembau ria. saya tolong dia ikhlas, tapi dia nak belanja gak, so rezeki jangan di tolak. hehe. malamnya ada dinner untuk staff ilp. niza harap sangat dia dapat dvd player [dia dapat minyak wangi. haha. pastu dia bagi kat saya]. banu pula dapat kipas angin. [padahal dia harap sangat nak dapat cerek] haha. kak yanti paling best, dapat hamper sebab teka kacang. [dia yang isi kot kacang tu. sebab tu dia tahu. haha]<-- gurau je kak, jangan marah.hehe.

balik tu banu dan niza bagi hadiah. apa hadiahnya? hehe. malulah. hehe. kami bersembang sampai tertidur. hehe. rasa macam masa kanak-kanak plak tidur ramai-ramai. hehe.

hmm. pasni tak dapatlah nak join lagi mereka main boling, karok [bahasa mereka. hehe], makan-makan.

saya harap mereka takkan lupakan saya. sebab saya akan ingat mereka sampai bila-bila. =]
terima kasih semua. =] maaf salah dan silap. jumpa lagi. doakan kita semua dapat capai impian masing-masing eh. =]


* terima kasih pada semua yang terlibat sepanjang li saya. [keluarga, staff ilp, jtm, lec, kawan]

* mereka dah dapat link bolg saya. haha. malunya. hehe. kepada mereka, selamat membaca. hehe.

Friday, December 19, 2008

.kisah tentang pertanyaan.


sebagai manusia biasa saya tak dapat lari dari beberapa soalan atau pun teka teki? atau persoalan atau rasa ingin tahu.. apa saja asalkan sama maksud atau lebih kurang la kan. saya tak tahu adakah perkara-perkara berikut juga melanda fikiran kamu. saya tak faham. otak saya asyik berfikir.

1. apa kita buat kalau orang mengatakan sesuatu yang kita sendiri tak lakukan?

2. apa kita patut lakukan kalau kita menjadi orang tengah bagi kedua-dua pihak yang bergaduh dan akhirnya mereka berdua menyalahkann kita? [memang tak patut] <-- saya paling tak suka

3. apa kita patut lakukan kalau kita rasa dia tu kawan baik kita tapi dia tak anggap pun macam tu? [kecil hati? mungkin]

4. mengapa ada orang suka menyebarkan berita yang tidak di ketahui kebenarannya?

5. mengapa ada orang yang menyalah anggap niat baik kita untuk menolong?

6. mengapa ada orang yang hipokrit?

7. mengapa saya ambil pusing semua ni? hah? apa ni. huhu. adeh.

saya tetap tak dapat jawapannya walaupun hal-hal di atas berlaku di mana-mana sahaja. penatnya otak saya. hati pun sakit. hmm, tak kot. entah.

Thursday, December 18, 2008

.kisah tentang program: barisan.


ketika beratur untuk mendaftar di satu program untuk pelajar pmr


pagi pukul 8 kena datang sini daftar. si gadis di hantar oleh abang-abangnya. hati dia memang terpaksa join program ni. huhu. kerana di paksa oleh mereka. [ikutkan je la. demi kebaikan diri sendiri].
tiba-tiba..

gadis: eh, tadi bukan ke kat depan aku ni perempuan. nape boleh tukar jadi lelaki ni. [bisik dia dalam hati]

teruna: ya? ada masalah ke awak tengok saya macam tu. [tau la aku kacak] <-- dia saja yang perasan

gadis: hmm, saya rasa awak dah potong barisan. siapa datang dulu dialah daftar dulu.

teruna: ye ke? tak tahu pula saya. awak siapa nak cakap macam ni? awak ingat awak dah bagus sangat? awak tak tahu ke saya ni siapa?

gadis: apa kes mamat ni nak marah-marah. dia yang salah apa kes aku yang kene marah [cakap dalam hati saja]. eh, saya bayar tau nak masuk program ni. apa ingat saya ada pinjam duit awak? saya ada hantar borang nak masuk ni ke awak ke? mana pergi awak punya nilai-nilai murni. rasa hormat pada orang lain.

[hah! rasakan. aku dah lah penat, malas nak join program, kau cari fasal dengan aku. free-free dapat syarahan aku]

muka teruna itu tukar jadi merah. haha. nampak macam kelakar masa tu. haha. serius nak gelak tapi tahan. hehe.

teruna: isk! saya akan ingat hal ni! [muka tak puas hati]. suka-suka dia nak sound aku. tercabar sungguh. tengoklah nanti.

kawan teruna: eh, dah la. tadi kau yang potong barisan ni kan. memang kau yang salah. dah-dah, kita daftar pasnilah. mintak maaf la awak, kawan saya ni memang macam ni. dia mengigau kot. tidur berjalan. hehe.

teruna lagi la marah. kawan dia membela gadis yang tak di kenali ni.

gadis: takpe. lain kali kejutkan kawan awak ni. [hati gadis jadi sejuk tak marah sebab kawan teruna yang sangat gentleman. hehe] senyum. hehe.

dan.. sudahnya. kebetulan atau takdir, gadis dan teruna dapat kumpulan yang sama! ah! tidak. sejak dari itu, mereka saling tak menyenangi antara satu sama lain. aduh.

bila program ni nak habis. lambatnya. setiap hari gadis menjadi sasaran teruna. ada saja yang tak kena. itu tak betul ini tak betul. memang sabar tahap gear 6. [eh. ada ke gear 6?]

* kisah ini telah diringkaskan dan di edit untuk kemudahan bersama. haha.

* dan.. teruna adalah ahli keluarga kepada pengarah syarikat yang menganjurkan program ni. ayah dan abangnya orang kuat syarikat. ah! haha.

* adakah teruna dan rakan-rakan akan baca kisah ni? tak. ya. tak mungkin. hmm.

Monday, December 15, 2008

.kisah tentang tiang.


salam

tempat: smk dato onn
masa: waktu rehat yang ramai sangat student


saya dan kawan-kawan pergi rehat pukul 1010 pagi. mungkin, saya tak ingat [sudah terlalu lama saya tinggalkan alam persekolahan]. sebelum masuk kelas, singgah kat koop [koperasi]. belilah apa-apa yang patut. gula-gula, jajan-jajan, polo [gula-gula yang bulat macam tayar yang warna putih tu] wajib. sebab kami akan berlumba makan gula-gula polo siapa akan jadi paling nipis. haha. saya pernah menang beberapa kali. hehe.

jom. dah lambat ni. nanti cikgu dah masuk plak. kami pun bergerak ke bangunan munshi abdullah [yeke? ah! saya terlupa. huhu]. sambil jalan kami sembang-sembang dan gelak-gelak. saya jalan sambil tengok-tengok student-student yang ada kat sebelah bengkel. dan saya jalan terus.

bummmmm!

saya rasa pening. ada burung dan rama-rama yang main kejar-kejar kat kepala saya. huh. saya terlanggar tiang! pening. ada orang perasan ke? buat takde apa-apa yang berlaku.

* lain kali jalan tengok depan ok. haha.

.kisah tentang tag: saya ke ni?.


eeka menyuruh saya update blog ini tapi saya kata takde idea. dan tiba-tiba saya dapat tag ni dari nora. kira dapat bahan percuma? haha. apa-apa saja. hehe.


Rules:
1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 non-important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you're finish.

1. suka termenung [sebenarnya berfikir] hehe
2. ada lesen kereta sejak 2004 tapi bawa kereta adalah dalam 5, 6 kali [tak termasuk masa nak ambil lesen]
3. suka tengok kucing makan dan ikan berenang dalam akuarium [betapa bestnya perasaan masa ni] haha
4. sangat berimaginasi [kesan banyak sangat membaca dan menonton kartun dan juga csi] <-- niza yang cakap
5. suka memasak tapi tak pandai pun sangat memasak
6. pecinta yang setia? haha!

And I'm tagging :
1. eeka
2. aisyah
3. syu

maaf, saya nak tag 3 orang ni saja. haha. kena denda ke kalau tak ikut arahan? hehe.

Friday, December 12, 2008

.kisah di hari jumaat.


dua perkara penting tercatat dalam sejarah hidup saya hari ini. hehe. mungkin pada kamu ianya perkara biasa tetapi dua-dua perkara ini pertama kali terjadi dalam hidup saya. =]

perkara 1: temuduga

saya pagi-pagi dah gerak ke melaka. [saya cuti hari ini]. abang saya dari batu pahat datang untuk hantar saya. [baik tak dia? nanti saya ada pendapatan sendiri saya nak belanja dia. ikhlas ni. hehe]
saya orang pertama sampai. dan orang kedua dan ketiga pun tiba. dan orang-orang seterusnya. haha. serius, kebetulan, saya, orang kedua dan ketiga pakai baju kurung hijau dan tudung putih [krim pun kira putihlah eh]. aiyao! tak bestkan bila ada orang sama dengan kita. haha.

1st sekali kena buat ujian bertulis. pening. penat otak saya fikir. memang boleh tahan susah. [ke sebab saya yang tak berapa bagus nak fikir?] haha. memang ada yang main jawab je sebab tak cukup masa. huhu.

saya jadi orang pertama di temuduga. relax. saya buat muka tenang dan yakin. otak ingat balik tips menghadiri temuduga. haha. macam biasalah kena kenalkan diri. sekolah. kolej. universiti. sekarang buat apa. [saya rasa sedikit terkilan tak cerita banyak fasal universiti. huhu]. ada 1 soalan yang agak mencabar saya.

apa kaedah awak nak tarik minat warga emas belajar teknologi maklumat? [temuduga dalam bahasa melayu dan malam semalam saya dah karang dalam english]

saya jawab apa? hehe. rahsia. mana boleh bagi tahu. [saya pun rasa boleh pakai ke idea saya tu]. haha.

jadi, tunggu sajalah apa keputusannya. =]


perkara 2: majlis perpisahan

ok. semalam saya minta cuti dengan pn rohaizah. dia terkejut. macam-macam dia tanya. last sekali dia kata.

ok lah, there is no other option, kena bagi tahu juga. esok kami nak buat suprise kat kamu. majlis perpisahan.

saya?. haha. dah tak suprise. mereka kata lepas temuduga terus balik pedas. tak kira macam mana. then, kami makan di 'bilik rahsia' kami. hehe. ada kek, nasi impit, rendang, buahan+salad+mayonis [saya tak ingat nama dia apa. hehe. saya tolong banu buat semalam. niza pun.hehe], fresh oren. dapat hadiah. seronok. rasa sangat disayangi dan dihargai. terima kasih semua. =]

saya makan banyak juga sebab saya tak makan dari pagi. huhu. memang lapar. ada gambar tapi tak sempat nak tranfers. nanti eh. hehe. macam biasa kami makan sambil bersembang dan bergelak sama-sama. hehe. saya akan kenang dan ingat mereka sampai bila-bila. =]

* tak sabar nak buka hadiah kat rumah. hehe.

* saya dapat pengalaman yang baru hari ini. =]

Thursday, December 11, 2008

.kisah tentang 'kakak dan adik'.


ok. abang saya bawa balik 2 ekor kucing dari office dia. kembar. sama sangat. muka, warna cuma yang beza satu ekor panjang satu ekor pendek. hehe. then, semakin lama kucing-kucing ni semakin besar. mereka akan berdua kemana saja. sifat agak berbeza. seekor agak bertanggungjawab [mungkin sebab dia kakak. haha] dan yang seekor lagi kurang sikit nak dengar kata. hehe. sebab tu saya selalu main dengan si kakak. dia sweet, lemah lembut dan dengar kata. hehe.


satu hari mak call. kata kucing kena langgar. saya tanya siapa yang langgar. pakcik. dia tak perasan. then kucing yang mana 1?. huhu. si kakak. waa. masa tu saya kat mitc. [tengah kursus kahwin]. hehe. masa tu rasa nak nangis je. tapi tahan. rasa nak balik kg je. dah la minggu tu tak balik rumah.

bila kat rumah, saya tengok si adik akan pusing sana pusing sini. dia macam mencari sesuatu. [pada saya mesti dia terfikir mana pergi kembar dia]. huhu. sejak dari tu, saya mencurahkan segala kasih sayang saya pada dia. hehe. sebab saya taknak dia rasa terabai. hehe. sebab dulu saya memang asyik main dengan kakak dia saja.

sekarang dia dah ada 3 ekor anak. dan serius, anak dia yang seekor tu sama perangai macam kakak kembar dia. cuma anak dia warna kelabu. lemah lembut, dengar kata? bolehlah. haha. tak banyak buat hal. hehe. tak macam adik dia. hehe.


* sebenarnya saya rindu dengan mereka. hehe.

* hmm. kucing ada kembar ke? bukan ke mereka adik beradik akan lahir sekali. haha.

* eeka mesti suka entry ni. haha.

.kisah tentang tag: senyum.


Three Things That Scare Me:


1. Allah

2. dosa-dosa yang telah dilakukan

3. cinta [haha. serius!]


Three People Who Make Me Laugh:

1. jejaka di Pusat Sumber [hakim, encik alip, encik badri, fairuz, mohd nor]

2. wanita jelita di office [banu, kak yanti, pn rohaizah, niza]

3. eeka [hehe. saya rindu dia]

opps.. sorry. dah lebih 3 orang. takpe. suka sayalah nak letak berapa. haha.


Three Things I love:

1. nyawa saya

2. keluarga saya [saya sangat sayang mak saya. saya rindu mak saya setiap hari. hehe]

3. kawan-kawan


Three Things I Hate:

1. menunggu [siapa yang suka?. takdekan.]

2. kene marah

3. cerita hantu [huhu. memang tak berani. hehe]


Three Things I Don't Understand:

1. macam mana manusia boleh berikan istilah kepada sesuatu [contohnya macam mana perkataan meja boleh wujud] <-- masa saya sekolah menengah

2. kenapa saya sangat pemalu [haha. aduh, susah macam ni]

3. kenapa saya takut nak lintas jalan, longkang dan sewaktu dengannya


Three Things I'm Doing Right Now:

1. post blog

2. tengok we got married

3. ym [dengan eeka, rd dan ikmal]


Three Things I Want To Do Before I Die:

1. bertaubat

2. bahagiakan mak saya

3. kahwin? [dengan siapa? haha]


Three things I can do:

1. baca buku

2. makan [paling bagus]

3. kemas rumah. haha


Three Ways To Describe My Personality:

1. pemalu

2. mudah rasa simpati

3. skema. haha


Three Things I Can't Do:

1. bawa kapal terbang

2. berenang merentasi selat melaka

3. bawa kereta f1

Wednesday, December 10, 2008

.kisah tentang tag: memori.


1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

cermin mata

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
a4 paper [seingat saya] <-- mak bank in kan. hehe.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
wah.. hehe. dihalaman rumah saya. didekorasi menjadi seperti dalam taman yang ada pokok-pokok menghijau, bunga-bunga yang berwarna -warni. hehe.

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
ikutkan hati memang nak selamanya. kan. [saya taknak kehilangan kawan]

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
hmm. saya rasa tidak.

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
tak ingat nama restoran tu tapi kat simpang 5. kami makan ketika hujan lebat, kilat dan guruh. huhu.

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
disebalik rahsia [hehe. lebih kurang nilah tajuk dia. saya tak ingat]

8. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
mak. ayah saya sudah kembali kepadaNYA.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
putera yang akan duduk dalam hati saya. haha.

11. Christina atau Britney?
haha. britney mungkin. [satu ketika dulu]

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
ya! [rumah sekarang tiada mesin basuh] huhu.

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
hmm. kota cinta. haha.

14. Pelukan atau ciuman?
pelukan. hehe.

15. Butirkan 4 perkara tentang orang yang tag anda
kelakar. banyak cakap. sangat slumber. setiap hari yang dilaluinya sangat memberi erti kepadanya.

16. 4 perkara yang amat saya gilai
1- novel
2- buku
3- bookstore
4- korea dan jepun [drama, movie and show]

17. 4 perkataan yang sering di ucapkan
1- ya?
2- eh?
3- boleh ke?
4- opps.. sorry..

18. 4 buah buku yang paling terbaru di baca
1- kamus dwibahasa oxford fajar
2- ramaja [ni majalah. kira ke? hehe]
3- buku log book latihan industri
4- fokus pelangi fizik

19. 4 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
1- laskar pelangi
2- sahabat
3- matahari
4- lagu kita

20. 4 perkara saya pelajari tahun lalu
1- melupakan insan yang kita taknak lupakan [tak lupa pun sampai sekarang. hehe]
2- belajar di dalam kelas tanpa sahabat baik yang telah tiada
3- terus terang. kalau suka katakan suka.
4- simpan semua rasa dalam hati [paling sakit. huhu]

Friday, December 5, 2008

.kisah tentang presentation saya.


dup dap dup dap.. saya akan present petang ni.
tadi pagi ada ceramah sempena hari raya aidiladha, saya bawa nota untuk study.
2.30 ptg saya dah pergi office. awal. selalu pukul 3. hehe
sampai saya set up mana-mana yang patut.
dan.. sebelum present..
macam-macam perkara terjadi. tapi saya bersyukur.
semua berjalan lancar walaupun ada masalah yang tak dapat di elakkan. Alhamdulillah.

1- puan rohaizah operate jari dia. tiba-tiba saja. tadi pagi dia bagi tahu nak jumpa pakar. petang ni baru tahu dia tak dapat datang. dan encik alip akan ganti. [saya bertambah cemas. present depan encik alip]. huhu.

2- log book puan rohaizah tak habis checked. [sebenarnya saya yang tak hantar]. hehe. jadi encik alip la yang checked time tu. hehe

3- projektor tak boleh nak on. huhu. semua staff [encik badri dan hakim] bertungkus lumus. terharu. encik alip pun sama. lastly, there is no other option. present kat komputer saya saja dalam office. takpe. lagi senang. hehe. cuma ada staff lain la dalam tu. belasahlah. haha.

4- gambar pasport takde. haha. time tu juga amik. [office saya meneyediakan perkhidmatan mengambil gambar] hehe.

encik alip dan hakim memang puji saya depan lecturer. hehe. suka. suka. hehe. saya pun puji mereka. mereka memang baik.
puan kata report saya dah ok. lega.

* walaupun mereka selalu takut-takutkan saya untuk present sebelum ni, tapi mereka sebenarnya main-main saja.

* mereka betul-betul bantu saya masa nak present. terima kasih semua.

* saya nak balik kampung. 2 minggu tak balik. haha.

* selamat menyambut hari raya aidiladha. semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita.

.kisah tentang kerisauan.


petang ni saya ada presentation. tapi sempat lagi menaip di blog ni. huhu. report, slide, semua dah siap. saya? entah.. huhu.. semalam, dengan baik hatinya encik alip tolong bindingkan report.. hehe.. dia sempat lagi tu betulkan ayat-ayat dalam report tu.. (dia sangat excellent english. dia belajar kat london dulu).

bila dah siap, semua pakat-pakat nak tengok report tu, padahal biasa saja. macam-macamlah mereka keluarkan pendapat. english ke? tebalnya. macam tesis saja. buat degree memang macam ni ke? dan macam-macam lagi.

siapa yang ada masa presentation nanti?

saya, lecturer and puan rohaizah.

why? kami nak dengar dan tengok juga.

no! you cant.

why? i dont care, i want too.

saya terdiam. kenapa tiba-tiba hal ni berbangkit. dan.. semua beria-ia nak ikut dengar.

takda. kita orang nak tengok gak.

haah. nanti kita orang request nak buat kat audi
. [dewan kuliah yang besar]

nanti kita jemput pengarah sekali eh.

huhu. saya tak dapat gambarkan situasinya nanti macam mana.
saya harap mereka hanya main-main saja.
serius kalau mereka ada mesti saya tak boleh nak present dengan baik.
saya tahu perangai mereka. huhu. tidak. saya tidak akan sekali-kali membenarkan mereka masuk.
saya nak kunci pintu. haha. mangga besar.

selamat berjaya untuk saya.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors