Tuesday, January 20, 2009

.kisah tentang puaka.


salam


tahun: awal 90 an
masa: malam - lepas waktu isyak

saya dan sepupu pergi mengaji. mengaji kat rumah cikgu ajar ngaji. sekarang dah meninggal dunia, dah lama gak lah.

selalu kami pergi naik basikal. tapi oleh sebab basikal tak cukup ada gak yang jalan kaki. masa ni lah nak tengok kekuatan orang yang berjalan nak jalan sama laju dengan orang naik basikal. haha. sebab takut kena tinggal kat belakang. kami pun relax je la jalan. sebelum rumah nyai [nenek] kena lalu rumah wak ton [kakak mak saya] <-- saja bagi kamu fikir sikit. hehe.

lepas rumah wak ton, kebun. takde orang duduk situ. yang ada cuma bangsal untuk salai kelapa. tahu tak? [semalam saya baru perasan, bangsal tu dah takde] dia macam rumah tapi bukan rumah. dua tingkat buat daripada kayu. nanti kelapa tu kita kopek pastu letak kat bahagian atas, dan kita bakar sabut kelapa kat bahagian bawah. bila dah kering, kita cungkil tempurung kelapa tu dari isi dia, barulah jual. faham tak? tak faham takpelah, bukan itu yang saya nak ceria sebenarnya. hehe.

kat kebun ni memang puaka sikit. dengar-dengar kata dulu masa zaman jepun dan seangkatan dengannya, kat sinilah tempat berlaku pertumpahan darah tu. huhu. bila sampai sini, memang selalu pecut lajulah. naik motor pun sama. hehe.

tengah syok-syok jalan. tiba-tiba. muncul lembaga putih dari kebun tu. hah????
hantu!!!!!!! semua bertempiaran lari. yang lari berlanggar dengan yang naik basikal, yang naik basikal dah terjatuh. nak bangun jatuh lagi. sakit jangan cakap. jerit nak tercabut anak tekak. sakit-sakit pun larilah laju tak toleh belakang sampai rumah. habis luka-luka semua. nak demam pun ada.

mak tanya kenapa luka ni. jawab je la jatuh. muka dah pucat. huhu. tapi rasa macam kena tipu je. sebab tu sepupu saya. entah apa-apa je. dia pinjam telekung nenek. pakai bedak sikit kat muka. dia tunggu kami balik ngaji. kononnya plan bagus la tu. sabar je la. dah la, malaslah nak cerita lagi.

Wednesday, January 14, 2009

.kisah tentang jumper.


salam

belum mula taip saya dah nak gelak. haha. tiba-tiba saya teringat peristiwa kira-kira 3 bulan lepas. [tentulah masa kat ilp]. saya terinngat ni pun sebab komen yang encik alip bagi tu. huhu. [saya tahu semua orang takkan lupakan sampai bila-bila pun]. haha.

komputer kak yanti ade problem. dan kak yanti mulalah panggil encik badri lah, hakim lah, rasanya encik rahmat pun dia nak panggil suruh tolong. hehe. <-- harap-harap dia tak baca blog ni. hehe. saya pun pergilah tengok-tengok. [sebab sedar diri saya ni bukanlah pandai sangat repair komputer] <-- tapi saya sangat minat nak belajar. hehe. then, si penjaga buku yang banyak mulut tu suruh saya buka cpu. saya pun bukalah. then operatelah semua dalam tu. si penjaga buku tu suruh saya tengok hard disk tu. saya pun tengoklah. hehe. dia kata pasang jumper ni. hah? alamak nak pasang macam mana ni. dulu kat u operate cpu takdelah plak sentuh-sentuh jumper ni. terlepas silibus ke? ke saya ada ponteng kelas? haha. adeh. saya bacalah petunjuk tu. dan.. nah! saya tunjuk kat si penjaga buku.

then.....

dia tak cakap apa tapi gelak sampai kalau duduk kat dewan makan ilp pun boleh dengar. dia tunjuk kat encik badri, apa lagi, lagi bertambah riuh. adeh. tension betul. tak sampai 3 saat, encik alip datang. kenapa? kenapa? huhu. bila dia dapat tahu, habis memang pecah pusat sumber tu. huhu.

saya salah pasang jumper. hahahaha. adeh. sampai ke sudah bila pasang cpu je, bila pasang jumper je semua tengok saya. haha. takut saya salah pasang lagi. hehe.

eh, saya dah tau la sekarang eh. hehe. dah pandailah kiranya ni. hehe.

* si niza marajuk sebab nama dia tak banyak dalam blog ni. haha. takpe nanti ingat nak masukkan cerita fasal dia 2 kali dia datang lambat pergi office. haha. <-- agak-agak dia bagi tak? hehe.

* baang kata result li dah ada. agak-agak encik alip bagi markah berapalah ek? =]

Monday, January 12, 2009

.kisah tentang bunga.


salam

sejak duduk kat rumah selepas habis li ni, saya sedar betapa rindunya saya dengan suasana masa kat u dan li. huhu. walaupun tak kerja, saya bangun awal tau. pukul 7 selalu. haha.

then, kena pergi kedai [tiap-tiap hari]. lepas tolong mak apa-apa yang patut, saya akan duduk depan tv. ada banyak cerita yang best. korea dan taiwan. hehe. jepun pun ada. tapi yang tak bestnya dia dah alih bahasa. tapi layankan je la. hehe.

petang selalu saya layan cita laila majnun. haha. mak saya pun suka. [saya tak berebut tau] haha. cerita ni boleh tahan best la. tapi betul ke wujud orang yang tak berhati perut macam ni di malaysia? dah terpengaruh dengan telenovela dari luar la ni. huhu. [kekejaman dan kejahatan yang agak berlebihan] huhu.

mak sekarang sibuk membaiki taman bunga dia. jadi saya adalah pekerja yang membantunya. hehe. siram pokok la, angkat pasu pindah sana sini. tapi saya suka gak, sebab adalah gak peluh yang keluar. mak saya sangat suka tanam-tanam pkok bunga ni. sejak saya rajin tolong ni, saya pun rasa menanam pokok ni memang best. lagi pun saya memang sukakan tumbuh-tumbuhan. hehe.

lain dari tu, saya suka kacau kucing-kucing saya. tengok ikan-ikan. tengok anak ayam yang baru menetas berlari-lari kejar mak dia. haha. best duduk kat kampung ni. hehe. selalu mesej-mesej dengan kawan-kawan yang belum dapat kerja lagi macam saya. ada rezeki nanti. InsyaAllah. =)

ok la. undur diri dulu. =]

* kat kampung malam sangat sejuk. matahari dah naik pun masih sejuk lagi. macam ada salji. hehe.

Monday, January 5, 2009

.kisah tentang tv.


salam

lama gak saya tak update blog ni. malas pula. hehe. ok. oleh kerana sekarang saya ada di rumah. tv adalah medium paling saya suka. hehe. [selain laptop]. saya teringat dulu, masa sekolah saya selalu berebut dengan abang saya. hehe.

dia akan kata dia yang buka tv tu si dialah yang berhak untuk tengok mana-mana channel yang dia suka. masa tu memang rasa geram sangat. apa saya buat? saya tutup tv tu dan on kan semula. saya pun kata kat dia saya yang on so sayalah yang berhak. haha.

abang saya memang bengang je. dia pun buat perkara yang sama macam saya tu. sampaikan kami buat benteng pertahanan supaya masing-masing tak dapat nak on kan tv tu. adeh. penat. lawan dengan orang besar. hehe.

lastly, dia akan buka channel dia suka tu dan dia tukar ke channel yang saya nak tengok tu. hehe. [tu tanda dia mengalah. hehe] tengoklah sama-sama. tapi kadang-kadang dia buat tak tau dia buka je channel yang dia suka tu. terpaksalah saya tengok. huhu.

tapi sekarang, saya just berebut dengan mak saya. hehe. sayalah akan mengalah. anak yang baikkan. hehe. then, mesti tak sabar nak tunggu iklan. hehe. lagi satu, selalunya kalau tengok tv mak akan tertidur, so saya akan pergi ke channel yang saya nak tengok pastu slowkan volume. haha.

* tadi saya semula tengok hasil-hasil kerja projek kawan-kawan masa kat u. huhu. rindu kawan-kawan. =]


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors