Thursday, October 29, 2009

.kisah tentang geram tahap maksimum.

salam


huhu. hati saya sangat sakit. sakitnya hati! huh. ccs ni memang menyenangkan tapi kadang dia boleh buat saya rasa nak karate dia, pastu tumbuk-tumbuk, baling kat dinding macam main squash, pastu campak kat selat melaka! nasib baik dia software. nak lempang pun tak boleh. kalau tak, dah lama saya cubit ke sepak ke. baru puas hati. rasakan!

bila preview elok je style dia, tapi bila run jadi style entah apa-apa. huhu. dari pukul 6 petang tadi sampai sekarang ni [8.45 malam] tak dapat-dapat. hanya untuk tukar warna interface. sakit hati sampai rasa nak nangis.

huhu. apalah saya mengarut ni. ni tanda litar-litar dalam otak dah hank. ok. patut saya balik sekarang. tapi banyak lagi nak kena buat ni. :( haih.


* budak pandai koding dengan kawan baikknya tengah main game sekarang ni. huh! tabahkanlah hati saya. huhu.
*update.. akhirnya saya berjaya. banner tu style lain. so dia jejaskan yang lain. sabar je la. terima kasih pada cik nora yang bagi macam-macam idea. :)

Wednesday, October 28, 2009

.kisah tentang sedekad.

salam

tahniah
selamat ulang tahun ke 10 universiti
semoga universiti terus maju ke hadapan
cemerlang akademik dan pentadbirannya

semoga universiti terus berjaya
menjadi universiti terulung
menjadi sebutan kerana kecemerlangan warganya

semoga universiti terus diberkati Yang Maha Esa
dilimpahi rezeki yang luas kepada kami
diberikan keberkatan dalam setiap usaha kerja
sedekad kecemerlangan menuju kepada kecemerlangan seabad
1999-2009


* saya rasa bertuah kerana dapat sama-sama meraikan ulang tahun ke 10 universiti. :)
* hulubalang-hulubalang pedas akan datang hari ini. yeay!! ;p

Thursday, October 22, 2009

.kisah tentang banyaknya biskut nak kena angkat.

salam

jarang saya post 2 entry dalam masa 1 hari. kecuali keadaan darurat. he he. kali ini memang genting. kerja saya ada lagi 40% nak siap. tiba-tiba si pandai koding tu datang bilik saya, mintak tolong saya buatkan bahagian dia sikit. haih, nak kata saya punya sendiri pun tak siap lagi, tapi dia dah kata bahagian dia lagi kritikal dulu pula. oklah. saya tolong. pagi-pagi ni dia sempat pesan, buat bahagian dia dulu. dalam hati saya kata, tengoklah nanti kalau aku rajin. ha ha. syhhh. diam-diam. ;p

saya kan insan yang sangat baik hati, saya tolonglah dia. sambil-sambil tu saya siapkan bahagian saya. sebenarnya, saya berani nak tolong si budak pandai koding, kerana nanti saya juga nak minta tolong dia. ha ha. dia kan pandai, apa salahnya saya minta tolong sikit nanti. hi hi. :)

tadi, puan ketua minta saya tolong tengok [istilah lain bagi siapkan. huhu] bahagian admin dan segala laporan. ok, saya juga kena buat. [dulu, si budak pandai koding yang nak buat]. hu hu. tiba-tiba hari ini rasa sibuknya saya. meeting esok. haih, entah sempat siap entah tidak.

wanita berkerjaya wanita yang sibukkan? hu hu. kalau nanti si budak pandai koding tanya bahagian dia macam mana, saya nak karate dia. he he. baiklah. mari buat kerja sekarang. :|
* siapa nak ikut saya lari sembunyikan diri esok? :p dan siapa rela hati nak jadi pembantu saya. saya belanja makan kfc. nak? hihi :p

.kisah matahari dan hari lahirmu.

salam

matahari menyinar cerah pagi ini. dan angin pagi sangat sejuk dan nyaman. suka. :)

selamat hari lahir

semoga kamu panjang umur, dimurahkan rezeki,
sihat sejahtera sentiasa, berjaya di dunia dan akhirat

semoga impian dan cita-citamu menjadi realiti. :)
jangan selalu masam. :p (pinjam ayat adik lelakimu) hihi

* hari ini juga hari lahir amir khalid [bitd], selamat hari lahir amir. :)
* kamu pasti tarik muka masam kalau lihat gambar ini. :p

Tuesday, October 20, 2009

.kisah tentang tentatif.

salam

operasi dan kegiatan beberapa minggu akan datang. insyaAllah jika tiada aral melintang.

makan kek. yummy.. ;p

warna tema: emas dan krim
sangat teruja dan berdebar. :p

sudah lama tak jejak kaki di sini. hu hu.

tingkatkan kemahiran pemanduan semula
sebelum mimpi boleh bawa kereta ini.

cepatlah hari jumaat. mahu balik kampung. sudah rindu mereka semua. :) mahu bercuti-cuti. he he.

Monday, October 19, 2009

.kisah tentang macam-macam ada dihujung minggu.

salam

plan hujung minggu lepas untuk berehat-rehat sambil tengok csi, makan keropok, tidur rehatkan diri tak menjadi. hi hi. cik kakak kelisa ajak pergi lowyat nak cari recorder. cik kakak syabas pun ikut. naik ktm pergi kl sangat seksa kalau tak dapat duduk. huhu. penat tu berdiri, dengan ramai orang, dah macam sardin dalam tin sardin. he he. naik monorel dari kl central ke imbi sangat kelakar. saya dan cik kakak syabas tak sempat naik. kalau ktm mesti ada button untuk buka semua pintu. cik kakak kelisa pergi dulu sambil lambai-lambai dari dalam. hi hi.

masa nak beli, orang yang jual tu asyik sibuk tanya kami belajar manalah, wartawan ke. kesian, sebab kami tak layan pun. ha ha. dan lawak sekali sebab mereka ingat kami dari seremban. ha ha. biar, diam-diam sudah.

lepas beli ingat nak terus balik, tapi singgah sekejap berjaya times square, nak solat dulu. tapi, lepas solat cik kakak kelisa ajak masuk theme park kat situ. yang ada roller coster dan segalanya tu. saya ok je. cik kakak syabas takut jadi dia pergi refleksologikan kaki dia. hi hi. naik roller coster sangat best. menjerit sakan semua orang. kemudian kami cuba yang macam buayan tu. pusing 360 darjah. yang ni serius seram. rasa nak terjatuh je. dah lah saya buka mata pada masa yang salah. buka-buka mata tengok, eh napa semua macam terbalik ni. ha ha. terus tutup mata balik, dan doa selamatkanlah kami. hu hu. turun je saya tengok cik kakak kelisa nangis. he he. comel je. macam-macam kami cuba. memang berbaloi. paling tak best, tak dapat baling ring untuk dapat hadiah. he he. takde rezeki. [tak tahu nak baling sebenarnya. ha ha]

sampai rumah dah malam. melepaslah nak pergi rumah terbuka tuan pengarah. hu hu.

ahad pula pergi makan sate kajang haji samuri. boleh tahan sedaplah. tengah syok makan, macam pelik je tengok smar asyik belek-belek je sate tu. rupanya dia asyik kira sate tu sebab sate yang dapat tu tak cukup. macam-macam. bila dah kenyang, pergi jalan-jalan putrajaya pula.panas putrajaya ni. cik cookie sila pakai sunblock banyak sikit. ha ha. nak ajak cik cookie sekali, tapi dia lebih rela duduk rumah dari jumpa saya. ha ha. nak jumpa ieza dia pula sibuk kat office. sibuk memanjang kakak seorang ni.

kemudian, pergi nilai 3 sebab teringat mak dan makcik asyik tanya bila nak belikan tikar. popular tikar buloh tu sekarang ni. he he. beli mak punya 1, makcik 1, nenek 1. saya? ha ha. gaji bulan depanlah nampaknya. :p

ingat nak terus cari hadiah kakak smar yang nak nikah hujung bulan ni. tapi nanti-nantilah. nak cari sendiri. bila tanya smar nak beli apa, angkat bahu je dia. entah apa-apa. tak menyumbang idea langsung. hu hu. smar punya hari jadi pun dah dekat. haih, susah-susah bagi gula-gula je la. senang nak beli, murah, pastu boleh makan, kenyang. he he.

* malamnya smar bagi tahu, mak ayah dia ajak pergi makan sate kajang. ha ha. makan sate sajalah dia hari ni. ;p

Friday, October 16, 2009

.kisah tentang jurufoto.

salam


selamat hari jumaat. :) puan ketua tak masuk lagi. jadi apalagi, semua orang buat kerja dengan gaya bebas, sambil sembang gelak, bila bosan tengok error pergi buat lawatan ke unit lain. hi hi. hari ni, puan ketua balik cuti, apalah agaknya cenderahati yang saya akan dapatkan. [sure je akan dapat. ;p]

semalam office sangatlah sunyi sebab masing-masing nak pergi open house ibm di marriot kl. mentang-mentang puan ketua takde, beranilah semua nak ikut. :p

buka email, tengok ada email dari si budak pandai koding. kalau dia email ni selalunya takde benda lainlah, kerja. ya kerja saja. dia sangat kedekut dan malas nak forward email-email yang best ke saya. ceh.

tapi bila buka je email, ni la plak yang dia bagi. klik. mentang-mentanglah dah nak kahwin. :p yang bestnya, jurufoto ni orang kampung saya. ha ha. dengarnya kalau shoot di area sana, percuma . bagus-bagus. :) macam tak percaya je semua lokasi tu adalah kampung halaman saya. cantik. :) eh, batu pahat memang cantiklah. hi hi. ingat tioman je ke cantik. ha ha.

sudahnya, berejam jugalah saya tangguh kerja sebab nak tengok semua gambar. budak pandai koding tak tahu, yang saya ni sangatlah suka tengok gambar-gambar. hu hu. budak pandai koding dah mula berazam nak simpan duit, nak tempah mereka ni. ha ha.

hari ni, makan free sepanjang hari. syoknya. ada 2 jamuan raya. 1 di unit dan 1 lagi di rumah encik ptmt. makan. makan. esok open house rumah en pengarah. hi hi. mesti pergi punya. he he.

oklah, cukup dulu kisah untuk kali ini. nak kena tutup firefox, saya tengah buat ccleaner. hi hi. esok nak pergi jalan kl dengan si kakak-kakak serumah. shopping? ha ha. ;p
* oh, ini entry yang ke 100. ;) ish, banyak gak rupanya saya dah mengarutkan. ha ha. bila nak sampai 1000 ni. setahun 100 lah macam ni. :p

update..
hehe. saya dapat cenderahati dari puan ketua. cantik. ha ha. semua orang-orang dewasa di office berebut macam budak nak rebut gula-gula. ha ha.

Wednesday, October 14, 2009

.kisah tentang tuan hakim dan hukuman.

salam

rombongan hulubalang dari jajahan ilp pedas tak jadi datang. tak dapat nak jumpa tun hakim [ketua hulubalang. :p] hakim, beta nak jatuhkan hukuman menjadi tukang kebun istana beta. tapi beta batalkan selepas kamu buat entry memohon maaf. ;p bagus. pandai kamu pujuk beta. ha ha.

hari ni pergi ambil blazer. dah lambat. dekat seminggu ke 2 minggu gak lah notis dah keluar. terlupa bukan sengaja. si budak pandai koding cemburu je tengok blazer saya. dia punya kena hantar kedai semula. ye la. dia lelaki, tiba-tiba blazer dia ada cutting blazer perempuan. ha ha. nasib dialah.

pasni bolehlah contohi kakak comel, pakai bila office sejuk macam kat kutub. ;p

saya baru perasan, kat bilik ni takda tempat nak gantung. sudahnya, letak je kat tombol pintu. apalah punya perangai. esok-esok saya belilah. he he.

* gambar hiasan je. tak muatlah kalau saya nak pakai saiz macam kat atas ni. he he.

Tuesday, October 13, 2009

.kisah tentang rombongan peminangan.

salam


hari ni azam saya untuk kerja dengan sepenuh hati tak berjalan dengan lancar. haih.. 2, 3 hari ni batuk dah semakin elok. tapi tiba-tiba hari ni macam makin teruk plak. adeh. leceh. nak buat kerja pun susah. pastu rasa risau akan ganggu orang lain. :(

mak dah ada kata makan madu. ok. tadi tengah hari smar pergi belikan madu lebah. masuk office saya terus makan. dan batuk semakin menjadi-jadi. macam mana ni? cepatlah baik. susahlah nak cakap kalau batuk-batuk ni. hu hu.

banyak cara saya dah cuba. minum air suam entah dah berapa gelen saya minum, air asam, ubat batuk, dan terbaru ni madu. tolong, siapa ada petua untuk sembuhkan batuk dengan berkesan.

dan sekarang saya batuk dan selesema. saya memang jarang selesema, macam mana boleh kena ni. hu hu. cepat. cepatlah sembuh. kerja banyak nak kena siapkan ni.

* esok rombongan jejaka-jejaka ilp yang suka bersukan nak datang istana beta. ha ha. hakim, jangan lupa mengadap beta ya! :p kalau boleh bawa dayang-dayang sekali. [p.a, cikgu eng dan cikgu matematik tu. ;p]
* rombongan meminang? mana ada. ha ha.

Friday, October 9, 2009

.kisah tentang tak nak, dah kata tak nak, tak naklah!.

salam

setiap hari berapa banyak tinggi kita terdedah dengan bahaya rokok? walaupun kita di golongan yang tak merokok, tapi si perokok tetap bagi kita sikit saham yang merugikan tu pada kita. alhamdulillah saya bukan seorang perokok. saya selalu tertanya-tanya apa hebatnya dan bagusnya rokok ni. saya rasa semua orang tahu, merokok tu tabiat yang buruk. 1 kebaikan pun takde. kesan buruk lagilah banyak. tapi ada segolongan manusia ni, jadikan merokok tu satu amalan harian.

mungkin saya bukan perokok, jadi saya tak faham apa yang si perokok ni cari. saya selalu tertanya, perokok ni tak sayang diri dia ke, perokok tak sayang mak ayah, isteri / suami, anak, keluarga, tunang, kekasih dia ke. sebab merokok tu beri kesan bukan pada dia saja, tapi orang sekeliling dia juga.

saya pernah tanya seorang kawan yang dulunya seorang perokok. kenapa dia merokok. jawapannya, dia nak rasa hebat, orang akan pandang dia, atau pun nampak macho. ha ha. serius, jujurnya saya tak pernah rasa orang yang merokok tu hebat atau macho. hu hu. maaf kepada perokok sekalian. =) selalu kat kedai makan, nak merokok pun agak-agaklah, orang lain nak makan, asap rokok si perokok tu boleh menganggu orang lain. tambahan lagi asap tu bahaya, bukan pada perokok saja, tapi pada orang lain juga.

ada tu kata untuk tenangkan hati. hu hu. pada saya ada banyak cara lagi nak tenangkan hati. kalau orang lain boleh tenangkan hati, hilangkan stress tanpa rokok, kenapa kita tak boleh buat. kalau nak nafsu kata nak merokok, maka merokok jugalah kita. dan ada juga gunakan alasan mengantuk ketika memandu. nak hilangkan mengantuk ada banyak cara. kenapa merokok juga yang dipilih? hu hu.

memang sikap atau habit kita, kita sendiri urus, tak perlu masuk campur, tapi sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir, kita perlulah jauhi dan jangan buat sesuatu yang kita tau benda tu akan memudaratkan kita.

kadang-kadang rasa meluat juga, macam-macam kempen dah buat, tapi hasilnya sama je. hanya perokok je la faham kenapa mereka terus nak membunuh diri mereka secara perlahan-lahan. tak terkesan langsung gambar yang ngeri kat depan kotak rokok tu. kita yang tak merokok ni pula takut nak tengok.


untuk perokok di luar sana, mulakanlah dari sekarang. bukan untuk orang lain. tapi untuk diri kita sendiri juga. jantung, paru-paru, hati semua tu susah nak cari ganti. nak tunggu orang derma duit pun susah, inikan pula nak tunggu penderma jantung, hati dan sebagainya. sama-samalah kita saling nasihat menasihati.

hargailah diri kita..

kerana..

diriku begitu berharga! :p

Thursday, October 8, 2009

.kisah klasik untuk masa depan.

salam

tahniah!
untuk semua sahabat tahniah.
untuk saya juga!
kita berjaya lakukannya.
semoga berjumpa di lain masa. =)

TAHNIAH!

SELAMAT BERGRADUASI!!


SELAMAT BERJAYA!!

Wednesday, October 7, 2009

.eeka yang baik hati dan comel.


dear eeka,


be strong!

you are beautiful,
you are so sweet,
you are kind,
you are gorgeous

always remember you have me at anytime
be happy and full your days with smile


take care eeka

with love,
aku yang comel.. ;p


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors