salam
semalam satu berita yang agak mengejutkan dan tidak disangka.
seorang sahabat ketika sama-sama bekerja di kne telah kembali kepada PenciptaNYA.
Al-Fatihah untuk din.
semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNYA yang beriman.
Amin.
* sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi tolong marking paper exam yg banyak tu. =(* myMetro
salam
semalam kami buka nasi goreng, ayam goreng, cendawan goreng. goreng semua? ha ha. ye. sebab tu je yang ada dalam peti ais. masak je la apa yang ada. sempat gak beli mertabak dan kuih kat pasar depan taman.
tengah-tengah syok buka tu, mereka cerita fasal ikan keli. huh. saya tak makan ikan keli ok. tak lalu nak makan. bila tahu saya tak makan, lagi galak diaorang bercerita. saja je nak mengenakan orang. hu hu.
housemate 1 : kak, esok kita masak ikan keli nak?
sambil cakap tu dia jeling kat saya. eleh, tak heran. saya cakap dalam hati.
housemate 2 : haah. ok gak. untuk orang tu kita masak sardin.
gelak sakan mereka. sabar je la. then, housemate 2 sambung.
housemate 2 : akak suka makan pipi dia tu. lagi sedap kalau goreng rangup-rangup.
saya+housemate 1 : hah? ikan ada pipi ke kak?? ha ha ha ha.
housemate 1 : ha ha. adalah. yang pipi tu. bawah kepala tu.
housemate 2: ohh.. bahagian bahu dia tu eh.
saya+housemate 1: ha ha. bahu?? ikan ada bahu ke.
ha ha ha ha. serius, lawak sungguh.
haousemate 1 dapat cubitan dari haousemate 2.
saya? ha ha. gelak tak sudah.
adeh. kelakar. =)
