Wednesday, April 29, 2009

.kisah tentang hari terakhir kne.


salam

hari ini. hari last saya kerja kat kne. huhu. tapi banyak betul dugaan sejak semalam dan hari ini. huhu.

ok. semalam saya pergi bank nak tengok cek dah clear ke belum. huhu. BELUM. sedih betul. takpe la, bukan nak pakai duit sangat pun sekarang ni.

then, pergi teman iza ambil duit kat cimb. pastu pergi makan. pastu baru sedar. hp saya tertinggal kat bank. huhuhu. =( baru lima minit tertinggal dah lesap. waaaaa. dugaan betul. takde rezeki. tapi memang sedih. banyak kenangan. dah la beli hp tu dengan duit sendiri. kumpul sikit-sikit. huhu. sangat tinggi sentimental value dia. huhu. menangis gak la kat kedai tu. mesti orang ingat saya baru putus cinta. hehe. saya rasa nak je pergi cek dengan cctv kat bank nak tengok manusia mana yang ambil hp tu. huhu.

pagi ini. tiba-tiba ada parents pelajar nak jumpa. serius. punyalah berlagak. anak dia buat masalah, punyalah bangga dengan anak dia. dan paling menyampah, tunang dia yang over. actually, dua-dua tu student saya. isk, serius geram betul dengan dia. tak datang kelas pastu nak kecoh-kecoh tambah markah la. adat la kan kehadiran tak cukup tak boleh amik final. malaslah nak cerita panjang, dah lepas pun.

ok. yang pasti semua dah selesai. lepas ni, biar parents dia, tunang dia dan dia sendiri fikir sebaik-baiknya. selamat berjaya saya ucapkan pada mereka.

malam ini, nak pergi jalan-jalan dengan suzi, iza dan students kesayangan saya. haha. sedihnya. saya rasa walaupun kat sini ada beberapa perkara yang saya tak berkenan tapi ada banyak juga kebaikkannya. so, kesimpulannya, jangan hanya pandang sesuatu dari satu sudut sahaja, tapi pandang juga dari sudut yang bertentangan dengannya. hehe.

last sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada pengarah eksekutif hea, encik asyraf. sorrry lah en, sistem tak sempat siap semua. pada iza, suzi, lin, kak nisa, izzah, remi, taufik, din, imran, elly, abib, miera, aini, ee, linda, dayah, jamal, syafiq, khairi, kak ema, ida dan semualah. huhu. nanti ada masa kita jumpa lagi ok.

untuk pelajar-pelajar saya, ddz, ddg dan ddw. selamat berjaya kepada kamu semua. final nanti jangan cuai, baca soalan tu betul-betul. then, untuk dmr dan dte, walau tak mengajar kamu, selamat berjaya juga. hehe. kita jumpa lagi nanti eh. pastikan kamu semua habiskan diploma ni dan sambung ijazah. janji ok! =]

hmm, pendek kata, selamat berjaya untuk semua. untuk saya juga. =]

* kepada kawan-kawan sila emailkan no fon korang ya. huhu.
* nama-nama di atas adalah nama samaran a.k.a bukan nama sebenar. haha.


Wednesday, April 22, 2009

.kisah tentang kerja baru.


salam


bulan depan [bulan 5].. sesuatu yang baru akan terjadi dalam hidup saya. huhu. InsyaAllah saya akan bekerja di tempat baru. cita-cita saya? berkemungkinan besar. hehe.

tapi saya tau, kerja tu memang mencabar. bagi saya yang insan biasa ni. hehe.

so, sekarang kerja saya sangat banyak. kena siapkan sebelum saya letak jawatan. usaha! huhu.

* kalau tak siap, gaji kena tahan. huhu. taknak!!
* doakan semuanya berjalan dengan lancarnya. =]

Wednesday, April 15, 2009

.kisah tentang apa?.


salam


tag ni dari aisyah. saya layankan je. hehe.

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 7 people:

1. I am..


simple, sweet [haha], talk active [i guess], caring [huhu], cant do work without computer. huhu.

2. I really want to go..

london. huhu. study sana best tak?? <-- en alip, jawab please! huhu.

3. My favorite place..

bilik buku....


4. My favorite thing is..

boleh mengadap benda 24 hours! [walaupun mak saya sangat marah kalau on laptop lama-lama] haha
5. My favorite drink is

teah ais.. uhu. sedapnya. =]


6. My favorite food is

nasi goreng kampung. menu paling asas di semua kedai. hehe

7. My favorite colour definitely is

biru.. 90% barang saya terutamanya baju memang berwarna biru. haha [tak tahu kenapa, bila beli je mesti ambil yang biru] huhu


8. I live in..

satu daerah di negeri johor, batu pahat.


9. I was born in..

juga di batu pahat


10. I attended..

UTeM [FTMK] <-- fakulti paling best [betul. tak tipu] 3 tahun 1/2 belajar sini. salah satu chapter dalam hidup saya yang paling menarik.
11. My favorite story is..

csi. tak kiralah, miami ke, las vegas ke, new york ke. layan. hehe.

12. This is my hobby

membaca dan berlayar di lautan internet. hehe.

13. And I definitely dream for..

bahagia bersama keluarga. =]

* akhirnya berjaya di siapkan. huhu.

* abang saya akan bising lagi. design dia saya tak siapkan lagi dan saya boleh pula buat tag ni. hehe. =p


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors