Showing posts with label .hari-hari ada pelangi.. Show all posts
Showing posts with label .hari-hari ada pelangi.. Show all posts

Monday, December 15, 2008

.kisah tentang tag: saya ke ni?.


eeka menyuruh saya update blog ini tapi saya kata takde idea. dan tiba-tiba saya dapat tag ni dari nora. kira dapat bahan percuma? haha. apa-apa saja. hehe.


Rules:
1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 non-important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you're finish.

1. suka termenung [sebenarnya berfikir] hehe
2. ada lesen kereta sejak 2004 tapi bawa kereta adalah dalam 5, 6 kali [tak termasuk masa nak ambil lesen]
3. suka tengok kucing makan dan ikan berenang dalam akuarium [betapa bestnya perasaan masa ni] haha
4. sangat berimaginasi [kesan banyak sangat membaca dan menonton kartun dan juga csi] <-- niza yang cakap
5. suka memasak tapi tak pandai pun sangat memasak
6. pecinta yang setia? haha!

And I'm tagging :
1. eeka
2. aisyah
3. syu

maaf, saya nak tag 3 orang ni saja. haha. kena denda ke kalau tak ikut arahan? hehe.

Friday, December 12, 2008

.kisah di hari jumaat.


dua perkara penting tercatat dalam sejarah hidup saya hari ini. hehe. mungkin pada kamu ianya perkara biasa tetapi dua-dua perkara ini pertama kali terjadi dalam hidup saya. =]

perkara 1: temuduga

saya pagi-pagi dah gerak ke melaka. [saya cuti hari ini]. abang saya dari batu pahat datang untuk hantar saya. [baik tak dia? nanti saya ada pendapatan sendiri saya nak belanja dia. ikhlas ni. hehe]
saya orang pertama sampai. dan orang kedua dan ketiga pun tiba. dan orang-orang seterusnya. haha. serius, kebetulan, saya, orang kedua dan ketiga pakai baju kurung hijau dan tudung putih [krim pun kira putihlah eh]. aiyao! tak bestkan bila ada orang sama dengan kita. haha.

1st sekali kena buat ujian bertulis. pening. penat otak saya fikir. memang boleh tahan susah. [ke sebab saya yang tak berapa bagus nak fikir?] haha. memang ada yang main jawab je sebab tak cukup masa. huhu.

saya jadi orang pertama di temuduga. relax. saya buat muka tenang dan yakin. otak ingat balik tips menghadiri temuduga. haha. macam biasalah kena kenalkan diri. sekolah. kolej. universiti. sekarang buat apa. [saya rasa sedikit terkilan tak cerita banyak fasal universiti. huhu]. ada 1 soalan yang agak mencabar saya.

apa kaedah awak nak tarik minat warga emas belajar teknologi maklumat? [temuduga dalam bahasa melayu dan malam semalam saya dah karang dalam english]

saya jawab apa? hehe. rahsia. mana boleh bagi tahu. [saya pun rasa boleh pakai ke idea saya tu]. haha.

jadi, tunggu sajalah apa keputusannya. =]


perkara 2: majlis perpisahan

ok. semalam saya minta cuti dengan pn rohaizah. dia terkejut. macam-macam dia tanya. last sekali dia kata.

ok lah, there is no other option, kena bagi tahu juga. esok kami nak buat suprise kat kamu. majlis perpisahan.

saya?. haha. dah tak suprise. mereka kata lepas temuduga terus balik pedas. tak kira macam mana. then, kami makan di 'bilik rahsia' kami. hehe. ada kek, nasi impit, rendang, buahan+salad+mayonis [saya tak ingat nama dia apa. hehe. saya tolong banu buat semalam. niza pun.hehe], fresh oren. dapat hadiah. seronok. rasa sangat disayangi dan dihargai. terima kasih semua. =]

saya makan banyak juga sebab saya tak makan dari pagi. huhu. memang lapar. ada gambar tapi tak sempat nak tranfers. nanti eh. hehe. macam biasa kami makan sambil bersembang dan bergelak sama-sama. hehe. saya akan kenang dan ingat mereka sampai bila-bila. =]

* tak sabar nak buka hadiah kat rumah. hehe.

* saya dapat pengalaman yang baru hari ini. =]

Thursday, December 11, 2008

.kisah tentang tag: senyum.


Three Things That Scare Me:


1. Allah

2. dosa-dosa yang telah dilakukan

3. cinta [haha. serius!]


Three People Who Make Me Laugh:

1. jejaka di Pusat Sumber [hakim, encik alip, encik badri, fairuz, mohd nor]

2. wanita jelita di office [banu, kak yanti, pn rohaizah, niza]

3. eeka [hehe. saya rindu dia]

opps.. sorry. dah lebih 3 orang. takpe. suka sayalah nak letak berapa. haha.


Three Things I love:

1. nyawa saya

2. keluarga saya [saya sangat sayang mak saya. saya rindu mak saya setiap hari. hehe]

3. kawan-kawan


Three Things I Hate:

1. menunggu [siapa yang suka?. takdekan.]

2. kene marah

3. cerita hantu [huhu. memang tak berani. hehe]


Three Things I Don't Understand:

1. macam mana manusia boleh berikan istilah kepada sesuatu [contohnya macam mana perkataan meja boleh wujud] <-- masa saya sekolah menengah

2. kenapa saya sangat pemalu [haha. aduh, susah macam ni]

3. kenapa saya takut nak lintas jalan, longkang dan sewaktu dengannya


Three Things I'm Doing Right Now:

1. post blog

2. tengok we got married

3. ym [dengan eeka, rd dan ikmal]


Three Things I Want To Do Before I Die:

1. bertaubat

2. bahagiakan mak saya

3. kahwin? [dengan siapa? haha]


Three things I can do:

1. baca buku

2. makan [paling bagus]

3. kemas rumah. haha


Three Ways To Describe My Personality:

1. pemalu

2. mudah rasa simpati

3. skema. haha


Three Things I Can't Do:

1. bawa kapal terbang

2. berenang merentasi selat melaka

3. bawa kereta f1

Wednesday, December 10, 2008

.kisah tentang tag: memori.


1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

cermin mata

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
a4 paper [seingat saya] <-- mak bank in kan. hehe.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
wah.. hehe. dihalaman rumah saya. didekorasi menjadi seperti dalam taman yang ada pokok-pokok menghijau, bunga-bunga yang berwarna -warni. hehe.

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
ikutkan hati memang nak selamanya. kan. [saya taknak kehilangan kawan]

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
hmm. saya rasa tidak.

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
tak ingat nama restoran tu tapi kat simpang 5. kami makan ketika hujan lebat, kilat dan guruh. huhu.

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
disebalik rahsia [hehe. lebih kurang nilah tajuk dia. saya tak ingat]

8. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
mak. ayah saya sudah kembali kepadaNYA.

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
putera yang akan duduk dalam hati saya. haha.

11. Christina atau Britney?
haha. britney mungkin. [satu ketika dulu]

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
ya! [rumah sekarang tiada mesin basuh] huhu.

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
hmm. kota cinta. haha.

14. Pelukan atau ciuman?
pelukan. hehe.

15. Butirkan 4 perkara tentang orang yang tag anda
kelakar. banyak cakap. sangat slumber. setiap hari yang dilaluinya sangat memberi erti kepadanya.

16. 4 perkara yang amat saya gilai
1- novel
2- buku
3- bookstore
4- korea dan jepun [drama, movie and show]

17. 4 perkataan yang sering di ucapkan
1- ya?
2- eh?
3- boleh ke?
4- opps.. sorry..

18. 4 buah buku yang paling terbaru di baca
1- kamus dwibahasa oxford fajar
2- ramaja [ni majalah. kira ke? hehe]
3- buku log book latihan industri
4- fokus pelangi fizik

19. 4 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
1- laskar pelangi
2- sahabat
3- matahari
4- lagu kita

20. 4 perkara saya pelajari tahun lalu
1- melupakan insan yang kita taknak lupakan [tak lupa pun sampai sekarang. hehe]
2- belajar di dalam kelas tanpa sahabat baik yang telah tiada
3- terus terang. kalau suka katakan suka.
4- simpan semua rasa dalam hati [paling sakit. huhu]

Friday, November 28, 2008

.kisah tentang cd.


hari ini, saya siap-siap nak pergi office 7.30 pagi. memang awal. sebab saya tak sedap hati. kerja semalam tak siap lagi. terpaksa di sambung ke hari ini. semalam saya tak dapat tidur lena sebab asyik terfikirkan kerja yang tak siap lagi tu. huhu. benci betul kalau hal-hal kerja terfikir-fikir sampai ke rumah. tak tenang saja rasa hati. puan rohaizah nak sebelum meeting pagi ni.

saya ingat nak siapkan sebelum balik kerja petang semalam, tapi tak sempat. semalam saya rasa sangat kelam kabut. kerja datang bertimpa-timpa semalam. (masa ni saya teringat kat marsilla. ayat dia bila kerja banyak, "kerja ila melimpah ruah sekarang ini". haha.) tak habis satu kerja, dapat kerja lain.

saya buat 4 kerja dalam 1 masa. bayangkanlah macam mana saya pada masa tu. masa nilah saya rasa nak balik rumah sangat-sangat. di office tinggal saya dan encik alip saja. huhu. en badri cuti dan hakim kursus seminggu. encik alip pun ada kerja dia, kena uruskan server semua. tapi dia tetap datang tolong saya. tq encik alip. huhu.

tahap kritikal bila saya sedang burn cd, tiba-tiba.. sesuatu yang tak kena pada cd writer. bunyi sangat kuat dan ada seperti perlanggaran yang dashyat dalam CPU tu. saya dah terkejut. encik alip terus bangun dan muka dia pun macam terkejut.

kenapa budak kecik? apa dah jadi ni?.

tak tau. tiba-tiba jadi macam ni.

bunyi kuat semakin kuat. betul. memang saya berundur setapak dua. takut meletup komputer tu. haha.

en alip cuba untuk keluarkan cd tetapi tak boleh. akhirnya dia cucuk pin kat bahagian bawah tempat nak masuk cd tu. (cubalah tengok di komputer kamu). dan....

patutlah jadi macam tu..

ada dua cd dalam tu. saya boleh tak perasan saya masukkan dua cd sekaligus. huhu.
dan cd writer tu tak boleh nak open dan close secara automatik. alamak. rosak ke? ada 1 saja cd/dvd writer ni. hakim mesti marah. huhu. en alip suruh restart semula. Alhamdulillah boleh. lega!.

dan en alip kata kalau ada hakim mesti saya akan jadi bahan untuk seminggu. hehe.

akhirnya pagi ni, saya berjaya siapkan kerja saya. siap design dan cover cd sekali. puan rohaizah kata dia nak sebelum pukul 9.30 pagi sebab dia nak distribute masa meeting.

ok. banu pun dah call nak pergi makan. dengan hati yang senang dan lega. =)

* sejak puan rohaizah panggil saya budak kecik, en alip pun ikut panggil saya macam tu. huhu.

* saya tetap menjadi bahan gelak mereka sebab saya tersalah masukkan jumper dalam hardisk. hehe. tak sengajalah. hehe.

Thursday, November 20, 2008

.kisah tentang hari suka ria.


Sejak seminggu lepas, jejaka di Pusat Sumber sibuk bertanya bila lagi nak pergi main boling. Ini semua gara-gara sudah ketagih nak main boling. Puncanya, perlawanan boling antara bahagian bulan lepas. Terbawa-bawa mood tu sampai sekarang. hehe.

Jadi, semalam kami sama-sama gerak pergi JJ Seremban 2. Nasib sudah tempah lane awal. Memang ramai orang time tu. Apa yang pasti, kami memang bersuka ria semalam. Dari ketua jabatan, staf, cikgu-cikgu, praktikal (saya. hehe) dah macam budak-budak sekolah. Saya sememangnya seperti itu. lalalala. Saya sinopsiskan sajalah ya! Ringkas sikit. hehe.

.boling.

main 2 game setiap orang. happening! ada banyak insiden yang membuatkan kami sakit perut gelak. haha. mula-mula, kengerian yang pertama, kak zu melontar sekuat hati dan inersia kebelakang lebih kuat, jadi bola melantun ke belakang. huhu. nak ketawa tetapi kami cover-cover. haha. selepas itu, banu terlepas bola dari tangan dia dan bola terus menuju ke longkang kiri dengan perlahannya. masa itu, semua terpaku. terdiam. dan. cepat! cepat banu! ambil lagi bola lain. baling sebelum bola tu sampai. haha. banu cepat-cepat baling dan 3 pin jatuh. jadilahkan, janji ada markah. tetapi yang kelakarnya, bola pertama tadi berhenti di tengah-tengah longkang! haha.

.game kereta.

saya dan banu pergi main. best rupanya main game kereta ni. syok! tengah khusyuk berlumba. saya rasa ada mata yang memandang saya dan dia kata boleh tahan juga. tidak tenteram saya. isk. kan dah terbabas. game over. saya tengok dia. dia tengok saya. then dia cakap kenapa tidak gunakan gear tu. dan. dengan slumbernya saya jawab, saya tidak tahu nak guna. haha. saya pun bangunlah. dia suruh main lagi. saya gelengkan kepala. saya segan! hehe.

sebelum balik, saya main sekali lagi. puan rohaizah sempat pesan. control keayuan. walaupun berlumba kereta tetapi berlumba dengan penuh keayuan. haha. macam mana tu?

.karaoke.

haha. mula-mula 6 lagu. kemudian puan rohaizah tambah lagi 4 lagu! serak semua. hehe. dangdut, rock, balada, 70-an semua ada. dan macam tak sangka mereka semua sangat spoting. hehe. sesudah itu, habis kak yanti dan banu kena usik dengan mohd nor dan fairuz. "sengol-sengolan, cubit-cubitan. ah. ah." haha.

makan. balik. penat. pagi ini saya ada kelas. study ala kadar saja. huhu. nanti saya bagi latihan banyak-banyak kat mereka. haha.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors