Showing posts with label mereka dan kami.. Show all posts
Showing posts with label mereka dan kami.. Show all posts

Friday, November 6, 2009

.kisah tentang mereka sangat cantik!.

salam

selamat hari jumaat semua. :) malas-malas nak kerja minggu ni pun akhirnya sampai dah ahri jumaat. hihi. cepat masa berlalukan. putar-putar isnin jumaat. hu hu. hari ini datang office awal. pukul 7. awal ke? kakak kelisa ada meeting pagi ni, si dia nak prepare semualah. kalau dah datang pagi-pagi ni, memang takde lagi la orang kat office ni. so bagi mengisi masa [sambil menunggu kakak comel datang, dia belikan saya sarapan] saya pun login la friendster. ha ha. ya, saya tahu, ni semua sudah lapuk. sekarang orang dah era facebook. ikhlas dan jujur saya tak daftar lagi facebook. kenapa? sebab saya tak suka interface dia. hi hi. pastu nampak macam banyak perkataan saja. ha ha. ni lah kalau kita tahu fasal hci. cerewet. :p

oh, balik ke jalan asal. selalunya kalau login ke friendster ni, saya cuma tengok komen dan mesej saja. tapi tadi saya pergi review semua gambar-gambar yang saya uploadkan. sudahnya, lahirlah satu naluri kerinduan yang penuh kesucian dan murni pada mereka. :p serius, rindu mereka semua. :(

* semua muka nampak muda je. ha ha. sekarang? eh mestilah nampak lagi muda remaja. :p

Monday, October 19, 2009

.kisah tentang macam-macam ada dihujung minggu.

salam

plan hujung minggu lepas untuk berehat-rehat sambil tengok csi, makan keropok, tidur rehatkan diri tak menjadi. hi hi. cik kakak kelisa ajak pergi lowyat nak cari recorder. cik kakak syabas pun ikut. naik ktm pergi kl sangat seksa kalau tak dapat duduk. huhu. penat tu berdiri, dengan ramai orang, dah macam sardin dalam tin sardin. he he. naik monorel dari kl central ke imbi sangat kelakar. saya dan cik kakak syabas tak sempat naik. kalau ktm mesti ada button untuk buka semua pintu. cik kakak kelisa pergi dulu sambil lambai-lambai dari dalam. hi hi.

masa nak beli, orang yang jual tu asyik sibuk tanya kami belajar manalah, wartawan ke. kesian, sebab kami tak layan pun. ha ha. dan lawak sekali sebab mereka ingat kami dari seremban. ha ha. biar, diam-diam sudah.

lepas beli ingat nak terus balik, tapi singgah sekejap berjaya times square, nak solat dulu. tapi, lepas solat cik kakak kelisa ajak masuk theme park kat situ. yang ada roller coster dan segalanya tu. saya ok je. cik kakak syabas takut jadi dia pergi refleksologikan kaki dia. hi hi. naik roller coster sangat best. menjerit sakan semua orang. kemudian kami cuba yang macam buayan tu. pusing 360 darjah. yang ni serius seram. rasa nak terjatuh je. dah lah saya buka mata pada masa yang salah. buka-buka mata tengok, eh napa semua macam terbalik ni. ha ha. terus tutup mata balik, dan doa selamatkanlah kami. hu hu. turun je saya tengok cik kakak kelisa nangis. he he. comel je. macam-macam kami cuba. memang berbaloi. paling tak best, tak dapat baling ring untuk dapat hadiah. he he. takde rezeki. [tak tahu nak baling sebenarnya. ha ha]

sampai rumah dah malam. melepaslah nak pergi rumah terbuka tuan pengarah. hu hu.

ahad pula pergi makan sate kajang haji samuri. boleh tahan sedaplah. tengah syok makan, macam pelik je tengok smar asyik belek-belek je sate tu. rupanya dia asyik kira sate tu sebab sate yang dapat tu tak cukup. macam-macam. bila dah kenyang, pergi jalan-jalan putrajaya pula.panas putrajaya ni. cik cookie sila pakai sunblock banyak sikit. ha ha. nak ajak cik cookie sekali, tapi dia lebih rela duduk rumah dari jumpa saya. ha ha. nak jumpa ieza dia pula sibuk kat office. sibuk memanjang kakak seorang ni.

kemudian, pergi nilai 3 sebab teringat mak dan makcik asyik tanya bila nak belikan tikar. popular tikar buloh tu sekarang ni. he he. beli mak punya 1, makcik 1, nenek 1. saya? ha ha. gaji bulan depanlah nampaknya. :p

ingat nak terus cari hadiah kakak smar yang nak nikah hujung bulan ni. tapi nanti-nantilah. nak cari sendiri. bila tanya smar nak beli apa, angkat bahu je dia. entah apa-apa. tak menyumbang idea langsung. hu hu. smar punya hari jadi pun dah dekat. haih, susah-susah bagi gula-gula je la. senang nak beli, murah, pastu boleh makan, kenyang. he he.

* malamnya smar bagi tahu, mak ayah dia ajak pergi makan sate kajang. ha ha. makan sate sajalah dia hari ni. ;p

Thursday, October 8, 2009

.kisah klasik untuk masa depan.

salam

tahniah!
untuk semua sahabat tahniah.
untuk saya juga!
kita berjaya lakukannya.
semoga berjumpa di lain masa. =)

TAHNIAH!

SELAMAT BERGRADUASI!!


SELAMAT BERJAYA!!

Thursday, July 30, 2009

.kisah tentang teknikal.

salam

kisah ni kisah masa kami belajar kat kampus industri. di mana karier teknikal yang hebat bermula. hehe. serius rindu orang-orang ni. geng-geng satu kumpulan masa buat projek kat u dulu. seperti biasalah, setiap subjek mesti ada final projek. selalu ahli kumpulan bebas. ikut kita nak kumpulan dengan siapa.

dan pasti kami selalulah jadi satu kumpulan. hampir setiap subjek. setiap semester. huhu. saya, kakshah, marcell dan kak noris. ini untuk group 1 la. kalau boleh campur group 2, aisyah dan izzah akan join.

dulu, siap bagi tugas, tukang taip mesti saya. senang kata macam su la. bab-bab cari gambar, kreatif, ila. kak shah selalu kena jadi ketua kumpulan. tanpa bincang. semua setuju. ha ha. kak noris selalu je kena korban datang hostel, sebab dia duduk kat rumah sewa.

selalu je kami berazam nak buat kerja awal-awal. then tak tahu macam mana, jadi gak la kerja di saat akhir. he he. takde masalah, kami profesional kan. tapi sedialah. berjaga dari malam sampai awal pagi esoknya. ha ha.

pernah tengah bincang-bincang, siap boleh tertidur. ha ha. mengantuk punya fasal. tapi satu je la saya bangga dengan group kami, walaupun kerja tu plan awal-awal ke, last minute ke, hasilnya cukup memuaskan. dan kami sangat puas hati. dan begitu juga pensyarah kami. =) seronok.. penat, ngantuk dan segala bahan dugaan. ahkirnya dapat senyuman pujian.

perkara lawak dan kelakar? ha ha. banyak. tak terbilang. tengah tension buat kerja, ada je selingan lawak dari diaorang ni. terutamanya ila.. dan juga si aisyah. ha ha. rindunya saat tu. [kak shah pun kata macam ni tadi]

pastu, siap plan, masa bentang pakai baju sama color. ha ha. kalau takde, kena pergi pinjam siapa-siapa yang ada. he he. sweet je. hu hu. apa pun, tu memang satu memori indahlah bagi saya untuk di kenang. di saat berjauhan dengan semua kawan-kawan. ketika semuanya sibuk dengan kerja masing-masing.

hmm. rasa nak buat reunion sekarang je! ha ha. =)

* selalu juga kami kena jadi 1st group present. hmm. well, kump yang best dan hebat memang selalu jadi perintis. =p he he.
* office kak noris memang dekat je dgn office saya. tapi sekarang kami tak jumpa lagi. adeh. huhu.


Tuesday, July 28, 2009

.kisah tentang pedas.

salam

ok. kisah ini berlaku semalam. fasal ikan! haha. dan saya tujukan khas untuk si penjaga buku yang suka menyanyi. harap-harap dia tahu! hehe. dan juga geng-geng penjaga buku seperti si cikgu it yang suka baca buku dan banyak cakap, si cikgu yang suka ambil gambar, si manis yang akan kahwin akhir tahun ni. hehe. tahniah! dua gadis yang duduk serumah itu dan makcik mary yang super kelakar! =p

ok. ni idea saya dan penjaga buku.

biru - achime. dia yang pilih sebab dia suka warna biru! dan dia paling banyak makan!

merah - ayop. haha. en alip! cuba teka ni siapa? hehe. merah macam sesuai dengan orang yang banyak cakap. kan. kan. hehe. eh. ikan boleh cakap? hmm.

hitam - edry. haa. cuba teka ni siapa?? haha. penjaga buku kata dia yang paling tua. jadi hitam memang sesuai. haha.

kuning - rose. ikan ni fasih berbahasa inggeris. =p

oren - ianty. saya dah suruh penjaga buku bagi makan lebih sikit. cepat sikit besar. hehe.

putih - rohanne. taip surat laju-laju! =) semoga dia jumpa prince yang kacak! hehe.

hijau - auntie. hehe.

adeh. ni semua gara-gara si penjaga buku. saya nak gelak. ha ha ha.

* dengar kata, pedas dah kene. huhu. bawa-bawalah kuarantin kat rumah ye.
* teringat kat anak saudara main game ikan. lupa nama game tu. dia biar ikan jadi banyak. kumpul emas banyak. pastu dia tak bagi ikan makan. saja nak bagi mati. huh. kejam je. hu hu.


Wednesday, April 29, 2009

.kisah tentang hari terakhir kne.


salam

hari ini. hari last saya kerja kat kne. huhu. tapi banyak betul dugaan sejak semalam dan hari ini. huhu.

ok. semalam saya pergi bank nak tengok cek dah clear ke belum. huhu. BELUM. sedih betul. takpe la, bukan nak pakai duit sangat pun sekarang ni.

then, pergi teman iza ambil duit kat cimb. pastu pergi makan. pastu baru sedar. hp saya tertinggal kat bank. huhuhu. =( baru lima minit tertinggal dah lesap. waaaaa. dugaan betul. takde rezeki. tapi memang sedih. banyak kenangan. dah la beli hp tu dengan duit sendiri. kumpul sikit-sikit. huhu. sangat tinggi sentimental value dia. huhu. menangis gak la kat kedai tu. mesti orang ingat saya baru putus cinta. hehe. saya rasa nak je pergi cek dengan cctv kat bank nak tengok manusia mana yang ambil hp tu. huhu.

pagi ini. tiba-tiba ada parents pelajar nak jumpa. serius. punyalah berlagak. anak dia buat masalah, punyalah bangga dengan anak dia. dan paling menyampah, tunang dia yang over. actually, dua-dua tu student saya. isk, serius geram betul dengan dia. tak datang kelas pastu nak kecoh-kecoh tambah markah la. adat la kan kehadiran tak cukup tak boleh amik final. malaslah nak cerita panjang, dah lepas pun.

ok. yang pasti semua dah selesai. lepas ni, biar parents dia, tunang dia dan dia sendiri fikir sebaik-baiknya. selamat berjaya saya ucapkan pada mereka.

malam ini, nak pergi jalan-jalan dengan suzi, iza dan students kesayangan saya. haha. sedihnya. saya rasa walaupun kat sini ada beberapa perkara yang saya tak berkenan tapi ada banyak juga kebaikkannya. so, kesimpulannya, jangan hanya pandang sesuatu dari satu sudut sahaja, tapi pandang juga dari sudut yang bertentangan dengannya. hehe.

last sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada pengarah eksekutif hea, encik asyraf. sorrry lah en, sistem tak sempat siap semua. pada iza, suzi, lin, kak nisa, izzah, remi, taufik, din, imran, elly, abib, miera, aini, ee, linda, dayah, jamal, syafiq, khairi, kak ema, ida dan semualah. huhu. nanti ada masa kita jumpa lagi ok.

untuk pelajar-pelajar saya, ddz, ddg dan ddw. selamat berjaya kepada kamu semua. final nanti jangan cuai, baca soalan tu betul-betul. then, untuk dmr dan dte, walau tak mengajar kamu, selamat berjaya juga. hehe. kita jumpa lagi nanti eh. pastikan kamu semua habiskan diploma ni dan sambung ijazah. janji ok! =]

hmm, pendek kata, selamat berjaya untuk semua. untuk saya juga. =]

* kepada kawan-kawan sila emailkan no fon korang ya. huhu.
* nama-nama di atas adalah nama samaran a.k.a bukan nama sebenar. haha.


Thursday, March 19, 2009

.kisah tentang kawan saya. [edisi khas]


salam


post ni saya tuju khas untuk semua kawan2 saya. sejak li julai 08 lepas, hampir 8 bulan kita tidak ketemukan. rindu kamu semua! =( semalam saya dapat mesej dari aimi. huhu. sorry aimi, lama tak mesej aimi. but remember, even though i've not msg u, i'll always remembering u. not only u, but all my friends. seriously! =]

  • saya rindu rakan sekelas BITD saya seperti kak shah, marsilla, eeka, aisyah, izzah, nas, ina, kak yati, baang, pokcik, ikmal, keri dan ramai lagi. walaupun saya tak sempat nak taip semua, korang kena tahu juga yang saya tetap maksudkan korang. ok! huhu.
  • saya juga rindu pada rakan serumah saya seperti kakshah, nadiah, syu, mazni, ana, fieza dan dayah. hopefully, korang gembira dan sejahtera selalu.
  • untuk bekas rakan serumah saya, kamu memang kawan paling setia dan jujur pernah di miliki. susah senang korang sentiasa ada. berkongsi tawa dan tangisan. serius, memang happenning masa muda-muda dulu. huhu. tie, syikin, aina, eya, diela dan nora. untuk emmy, ada and fairuz, rindu korang juga! =]
dan paling di rindui....

  • arwah azimah abdul aziz. arwah kawan paling baik [super baik] pernah saya ada. 2 tahun sudah berlalu, tapi rasa macam semalam je peristiwa tu. perginya tanpa pesan, hanya kenangan dan jasa yang di tinggalkan. pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. saban hari memujuk diri agar menerima kenyataan yang memang telah terjadi. =( jangan di persoalkan lagi. hanya yang mampu adalah, iringan doa untuknya moga arwah bahagia dan tenang di sana. amin.
sekian, kepada semua rakan-rakan [sama ada namanya sempat saya taip atau tidak], saya gembira mengenali kamu semua. =] dan saya berada di office ketika ini, jadi koleksi gambar juga terhad. harap maaf. =]

Monday, March 2, 2009

.kisah tentang avril.


salam


hari ini jadual saya tak penuh tapi berderet kerja perlu di selesaikan. tiba-tiba bila on je laptop ni saya rasa nak muat turun lagu avril. hmm, dulu saya ada lagu-lagu dia, mana ntah saya simpan. lupa.

dulu masa kat u, kalau tension or sakit hati saya suka dengar lagu avril ni. kenapa eh? ntah. tp saya akan duduk diam-diam, pakai headphone, dengar lagu dia. pastu habis semua list lagu dia, saya ok. pelik plakkan.

sometime, kalau arwah azimah datang bilik saya, dia nampak saya tengah dengar lagu avril ni, dia cakap 'tengah tension eh' then, apa lagi, luahlah segalanya pada dia.

sekarang ni saya tengah dengar lagu avril. saya tengah tension ke? taklah sangat. saya saja je nak dengar. tak salahkan?

hmm,pasni nak muat turun lagu apa plak eh? =]

* untuk syu: jap eh, tag tengah buat. hehe.


Thursday, February 26, 2009

.kisah tentang tembak-tembak.


salam

semalam hujan. huhu. redah je la balik kerja hujan-hujan tu. payung memang takde. hehe.

ok. sampai rumah kami rehat-rehat lah. penat jaga student exam. tiba-tiba, hp bunyi. blur sekejap. siap sempat fikit, sape ni eh. padahal dah jelas nama yang ada kat skrin hp tu. [menunjukkan orang ni dah lama tak call. haha. jadi selalulah call eh. hehe] niza ngan kak yanti ajak kuar jalan-jalan. walaupun penat tapi jalan je la plan, dah lamakan tak kuar.

mereka macam biasa, kalau seremban takde tempat lain, jj la. hehe. [kalau rembau tak tau apa, mungkin fresco. haha] <-- sori. saja gurau. haha. apa lagi, sampai je jj tempat yang di tuju, tingkat 2, kotak kat sebelah tempat main boling. <-- kepada sesiapa yang tahu, imagine la sendiri. haha. banyak gak cerita panas, sejuk, suam, gosip terhangat. haha. serius, tak lama tinggalkan ilp, tapi banyak dah cerita baru. huhu. then, kami main game. tengah syok-syok main, terserempak plak dengan student. adeh. buat tak nampak je la. haha. slumber je main. saja tunjuk ketereaan main game tembak-tembak depan diaorang. haha. [kat kelas bersedialah menghadapi mereka nanti. hehe]

huhu. pokok kata, memang best la dapat jalan-jalan ngan niza dan kak yanti. banu? sibuk eh? huhu. niza dah cakap awal-awal bahu di belanja, boleh, teh o ais eh? hehe.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors