Thursday, February 26, 2009

.kisah tentang tembak-tembak.


salam

semalam hujan. huhu. redah je la balik kerja hujan-hujan tu. payung memang takde. hehe.

ok. sampai rumah kami rehat-rehat lah. penat jaga student exam. tiba-tiba, hp bunyi. blur sekejap. siap sempat fikit, sape ni eh. padahal dah jelas nama yang ada kat skrin hp tu. [menunjukkan orang ni dah lama tak call. haha. jadi selalulah call eh. hehe] niza ngan kak yanti ajak kuar jalan-jalan. walaupun penat tapi jalan je la plan, dah lamakan tak kuar.

mereka macam biasa, kalau seremban takde tempat lain, jj la. hehe. [kalau rembau tak tau apa, mungkin fresco. haha] <-- sori. saja gurau. haha. apa lagi, sampai je jj tempat yang di tuju, tingkat 2, kotak kat sebelah tempat main boling. <-- kepada sesiapa yang tahu, imagine la sendiri. haha. banyak gak cerita panas, sejuk, suam, gosip terhangat. haha. serius, tak lama tinggalkan ilp, tapi banyak dah cerita baru. huhu. then, kami main game. tengah syok-syok main, terserempak plak dengan student. adeh. buat tak nampak je la. haha. slumber je main. saja tunjuk ketereaan main game tembak-tembak depan diaorang. haha. [kat kelas bersedialah menghadapi mereka nanti. hehe]

huhu. pokok kata, memang best la dapat jalan-jalan ngan niza dan kak yanti. banu? sibuk eh? huhu. niza dah cakap awal-awal bahu di belanja, boleh, teh o ais eh? hehe.

Thursday, February 19, 2009

.kisah tentang rahsia.


salam.

semua kisah ini berlaku minggu ni. kenapa rahsia? sebab saya rahsiakan dari mak saya. huhu. sebelum ini, kalau ada apa-apa saya mesti cerita pada dia. hmm, mungkin benda ini akan merisaukan dia, jadi saya simpan dulu. [hujung minggu ni insyaAllah saya balik kg. jadi tak tahu lagi saya boleh simpan ke tak. sebab saya memang suka bercerita dengan mak saya]

dugaan 1.

pagi. saya ada kelas pagi. on je la laptop tua saya ni. tinggal jap. balik kelas baru buat kerja. then, habis ke kelas saya tengok laptop saya gelap. ada orang tutup suiz kot sebab saya tengok lampu pada wayar untuk caj bateri tak nyala. saya onkan suiz. sudah. tak nyala gak lampu ni. plug ni rosak ke. saya cuba kat plug lain. waaa. tak boleh. wayar untuk caj bateri laptop sudah rosak! huhu. abang saya je tau sebab saya suruh dia survey berapa harga dia. dan mak tak tahu lagi. huhu.

dugaan 2.

ni tak cerita kat mak pun takpe. hal kecik je. kat sini guna thumb print [saya teringat kat nadiah. psm dia buat tajuk ni] ok. sistem ni baru lagi kat sini. leceh. saya lebih suka masukkan kad macam kat ilp dulu. [saya suka bunyi dia. haha] setiap kali saya letak ibu jari. mesin tu akan 'cakap' try again. try again. try again. argh! tension betul. lastnya saya give up. huhu. saya mesej zura [exec hr] cakap saya balik pukul 7 dan dia kan rekod dengan cara manual. huhu.

dugaan 3.

balik dengan suzie. remi hantar. suzie ajak beli makanan terus. malam malas nak turun. masa nak bayar. muka saya nampak sangat cemas. jantung berdegup cepat sangat. beg duit saya takde! aduh. kat mana ni. saya contact la kawan-kawan yang masih kat ofis. huhu. takde. malam tu contact plak encik maintenance sebab siangnya diaorang ada buat laporan ada dompet tertinggal kat lab. huhu. saya doa itu saya punya. malangnya tidak! [sekarang encik-encik itu semua sedang cari saya. haha.nak tahu saya yang mana 1] budak rumah of course la tau. then saya bagi tau abang saya. mak? saya tak sampai hati nak bagi tau. takut dia risau. saya hold dulu. kalau betul-betul hilang baru saya bagi tau.

saya bagi tau shahid. dia tanyalah macam-macam. adeh. masa cerita macam nak nangis je. huhu. nasib dapat control. hehe. buat saya rasa bersalah, dalam beg tu ada ic iza sekali. huhu. so, suzie suruh saya bertenang. tq so much suzie! esoknya kami pergi kedai makan maklong. pagi-pagi.
masuk je kedai, kakak tu dah senyum. then saya ceritalah dari a-z. dan. memang beg saya ada kat situ. huhu. tertinggal masa lunch. tiada perasaan lain selain dari syukur, lega dan gembira. =]

saya terus inform abang. ayat dia ringkas tapi saya suka. "cuailah.. kalau hilang betul-betulkan susah"
saya tau dia pun risau gak fasal saya. sayakan adik kesayangan dia. hehe. dan. sampai sekarang mak tak tau. at least mak tak perlu risaukan sayakan?

* semua perkara di atas adalah dugaan dan cabaran dari Yang Maha Esa. saya perlu bersyukur kerana semua ni menyedarkan saya. Alhamdulillah. =]

* hmm, saya sayang mak. saya rindu dia. nak balik kampung weekend ni. huhu.

Saturday, February 14, 2009

.kisah tentang terjemahan.


salam.

adeh. tiba-tiba pening plak kepala ni. dahi dah berkerut-kerut. [menunjukkan saya sedang berfikir dengan bersungguh-sungguh]

saya teruskan fikir. banyak lagi ni. separuh lagi nak siap.

memang otak saya sedang bekerja dengan rajin, kuat dan bersungguh-sungguh.

susah ni. apa ni. alamak. kalau dah tak tau buat je la tulisan ni italic. habis cerita.
kesian plak kat student. nanti mereka tak faham plak.

**********beberapa jam kemudian**********

siap. pergh. memang susah nak terjemah soalan untuk subjek IT dari bahasa inggeris kepasa bahasa melayu. berpeluh. adeh. kepala saya sakit. lapar plak tu. huhu.

* saya kena buat soalan ujian 1. senang bangat. tapi saya tetap risau mereka tak dapat nak buat.
please. harap-harap mereka berjaya! =]

Monday, February 9, 2009

.kisah tentang 1 minggu.


salam

Alhamdulillah. seminggu saya bertahan. pencapaian yang ok. jadi, lepas ni tambah lagi seminggu demi seminggu. walaupun saya perlu banyak berdikari dengan penat lelah, takpelah, saya juangkan juga. terima kasih kepada mak, keluarga saya, sahabat-sahabat seperti shahid, nadiah, kak naz, tie, syikin, suzie, iza, banu dan niza. banyak kata-kata semangat dari mereka supaya saya terus bertahan. =]

saya meluahkan rasa risau kerana kalau kat sini banyak kerja nanti susahlah saya nak balik kampung jumpa mak. huhu. dan abang ada kata nanti kalau saya susah nak balik, dia akan bawa mak datang sini sebulan sekali. macam best je bunyikan.

mereka kata inilah yang dinamakan sebagai 'kerja'.

ya. walaupun banyak sangat dugaan dan cabaran kat sini [masalah manusia yang tiada rasa perasaan bertimbang-rasa, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi] saya akan cuba sehabis baik. yeah! usaha! usaha!

* semalam sebelum tidur suzie kata, walau sebesar mana nombor tu, kalau diganda dengan 0 hasilnya akan jadi 1 juga. betulkan. walaupun kita ni kecil atau berpangkat besar, akhirnya kita tetap akan kembali dan berserah pada Yang Maha Esa. [suzie mengajar subjek matematik]

* students suka pergi jj sebab kolej dekat dengan jj. jadi kalau saya pergi jj, nampak ada orang senyum-senyum tu tahulah, student saya. haha. [kalau nak dating ke, jangan dating kat jj. haha]

Wednesday, February 4, 2009

.kisah tentang keluhan.


salam

huh.
satu keluhan?
ya.
sejak td, bukan sejak kelmarin entah berapa banyak kali saya mengeluh.
kenapa?
kerana ragam manusia.
sejak mula bekerja beberapa hari yang lepas, saya telah menghadapi dengan sendirinya karenah-karenah manusia yang ingin kehendak mereka di penuhi.
kalau sebelum ini saya hanya mendengar dari mereka yang telah bekerja dan kini saya sendiri merasakannya.
salahkah saya sebagai seorang yang baru kali pertama bekerja minta di tunjuk ajar?
jangan mengharap saya dapat berlari mendaki gunung kalau saya tak di ajar untuk bertatih.

kesudahannya?
tak perlulah saya ceritakan. [faham-faham je la]
agak-agak ada tak 'hujan' yang turun? [haha. lu pikir la sendiri]

dan ada banyak perkara dan ragam-ragam manusia yang saya tak fahami.
jadi mungkin sebab itulah namanya memang ragam.
tak mengapa.
bersabar adalah penawarnya.

adeh.
ada banyak yang saya tak faham.
mungkin saya baru lagi dan belum dapat terima sepenuhnya keadaan semasa ini.
moga-moga saya diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan.

ALLAH memberikan ujian kepada hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu mampu untuk menghadapi ujian yang di beri.
yeah!
jangan berputus asa!
terus usaha.

* sekarang di luar hujan dengan lebatnya. sama seperti hati saya. =(

Monday, February 2, 2009

.kisah tentang dia.


dia segalanya bagi saya.
dia berada di samping saya setiap masa.
dia ketawa dan dia menangis untuk saya.
saya akan buat yang terbaik untuk menggembirakannya untuk setiap waktu dan ketika.
dialah pemberi semangat hidup saya selama ini.
jujurnya saya sangat sayangkan dia.
tiada kata yang menggambarkan betapa saya sayang dan rindu padanya ketika ini.
bila dia menangis, saya rasa sangat sedih dan hati saya juga menangis.
oleh kerana itu, saya mahu dia sentiasa gembira dan tertawa.
kerana dia seorang wanita yang melahirkan saya dan saya dapat melihat bumi yang begitu indah ciptaanNYA Yang Maha Esa.

* mak kata kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang galah.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors