Monday, November 30, 2009


salam

selamat hari isnin. :) hari ni mood masih sejuk untuk bekerja. mungkin faktor kesihatan yang tak berapa nak ok. tadi pagi saya nak pakai baju baru yang mak belikan. tapi, masa iron, saya dan lubangkan kain tu. huhu. tak sampai hati nak bagi tau mak. haih, cuai betul saya ni. :( hari raya aidiladha biasa saja, sebab saya tak berapa nak sihat. si gastrik datang. sampai hari ni tak baik lagi. saya kena jaga sikit pemakanan. ubat pun dah makan. bersabar sajalah kan?

semalam, saya ikut smar pergi kenduri kahwin kawan dia. dia janji nak balik pukul 2, sebab kami ada kenduri kahwin kat kuala pilah pula. tapi bila dah jumpa kawan-kawan lama, saya dibiarkan berdiri tepi dinding seorang diri. nampak macam kejam je kan? nak ajak balik macam tak sampai hati. tapi hati sudah panas sebab saya pun nak juga jumpa kawan-kawan kat pilah. mereka tunggu saya. lama sangat kami tak jumpa.

dalam kereta mula-mula memanglah mood panas menggelagak. muka rasanya tu tak tahulah ph dia berapa. masam tu alkali ke asid? saya sudah lupa. tapi bila berfikir secara manusia yang matang dan bertolak ansur, warna-warna ceria mula bersinar. ha ha. kemudian, pergi ambil adik smar, jamie kat rumah dan gerak ke pilah sama-sama.

hari ahad, selepas cuti umum selalu apa akan terjadi? ya. kesesakan jalan raya. kami ambil jalan lama. ayer keroh - alor gajah - tampin - kuala pilah. rasa macam pergi genting highland. ha ha. mengikut sumber yang dipercayai, ke kuala pilah dari tampin adalah lagi dekat. so kami pun ikutlah. angan-angan nak makan nasi kenduri kat dewan dah tinggal angan-angan yang dah terbang entah kemana-mana. sebab kami dah lambat sangat. pukul 5 kot. ha ha. jalan dari tampin ke kuala pilah dah macam naik roller coaster. bengkang bengkok macam ular kena palu. serius pening. nasib tak muntah dan kena cium tayar kereta. ha ha. dulu ada baca novel, watak cikgu yang kena mengajar di kuala pilah. sebuah sekolah di pedalaman. saya pelik, kuala pilah itu dikira pedalaman? kini saya baru faham. memang jauh ke dalamlah. [otak saya sterotaip, mengatakan pedalaman itu hanya terdapat di sabah atau sarawak].

akhirnya, pukul 6 petang kami sampai. tak ke dewan tapi terus ke rumah pengantin. pengantin tunggu kami didepan rumah dengan baju pengantin yang belum bertukar lagi. istimewakan? orang lain tunggu pengantin kat dewan. kami, pengantin tunggu depan rumah lagi. :p bila dah masuk rumah, kami tersekat dalam tu. sebab nak balik awal. tapi kena tahan sebab kena makan dulu. oklah, masing-masing ambil sikit je nasi. saya lagilah, gastrik diperut masih ada so nak makan lebih pun rasa tak best. hu hu. masa dalam kereta jamie dan smar kata, sedap sangat lauk dia. rasa nak tambah. tapi segan. ha ha. mereka berdua sangat suka rebung. hu hu.

dari kuala pilah ke seremban, memang sesaklah. lampu isyarat tu entah berapa kali tukar hijau, merah, kuning, tapi kereta tak gerak pun. huhu. oleh kerana sesak kami singgah masjid dulu. tapi air takde. huhu. niat untuk melaburkan sisa buangan terbatal. kita tunaikan dulu yang lebih wajib. :)

sesampai kami disenawang, mahu terus ke seremban melalui jalan dalam, tapi kami mengubah keputusan dan lalu highway. oh, silap keputusan tu. highway lagi sesak. huhu. smar kata lain kali dah buat keputusan jangan tukar. satu sikap pengguna jalan raya, bila sesak je suka sangat guna lorong kecemasan. mula-mula keluar dari tol, kami pun lalu gak sebab takde ruang nak masuk line tepi tu. berderet kereta lalu kat laluan kecemasan tu. sampai kat satu tempat tu. semua kereta tadi tu bagi signal ke kanan. nak masuk lorong yang betul. kelam kabut. sebab apa? ada polis kat depan tu. ha, baru tau takut. ikutkan hati taknak bagi masuk. tapi toleransi tu penting. pukul 11 baru sampai rumah. campur tolak jumlah perjalanan adalah dalam 12 jam. macam pergi pantai timur je. huhu.

ok, sampai sini dahulu cerita saya. jumpa lagi dilain masa. he he. :)

* selamat pengantin baru kak yanti dan suami! semoga bahagia ke akhir hayat. rancangan ke kenduri cik aina, eh.. puan nor mas aina tak jadi. hu hu. tahniahlah kepada semua yang melangsungkan perkahwinan. semoga bahagia. :)

Thursday, November 26, 2009


salam

esok hari raya aidiladha. hari ni, [sekejap lagi] nak balik kampung. he he. semalam ada isu sikit kat office, dan budak pandai koding nak bincang sama-sama dengan kakak setiausaha. rasa nak je pergi office join mereka. tapi takpelah, bak kata budak pandai koding, apa-apa hal dia akan mesej. ya. tq eh. :)

ahad ni, ada 3 kenduri kahwin InsyaAllah saya akan pergi. 1 kat melaka 2 kat negeri sembilan. hopefully semua ok dan saya dapat pergi. sabtu ni budak pandai koding akan bertunang. tahniah untuk dia. bagus. he he.

baiklah, selamat hari raya aidiladha semua.
berhati-hati dijalan raya.
semoga pengorbanan kita untuk sesuatu yang baik itu akan memberikan kita keuntungan yang tidak ternilai.

* menanti bulan disember yang penuh dengan macam-macam agenda. berusaha! :) oh ya, InsyaAllah disember ini juga satu sejarah akan tercipta. he he.

Monday, November 23, 2009

nak cuti
.
.
kerja banyak
.
.
nak cuti
.
.
cuti tak approve lagi
.
.
berdebarnya....




inikah realiti dunia pekerjaan?

* bestnya masa belajar dulu. cuti semester yang panjang! bahagia sungguh.....

update..

* cuti sudah approve, tapi ada rasa macam taknak cuti. [apa lagi kalau bukan fasal kerja]
* puan ketua dah nak due, boleh tak saya pasang impian biar puan ketua rasa nak deliver tu masa kat ofis? hehe.
excited! :)

Friday, November 20, 2009

im sorry.. :(

* dengan hujan kat luar tu, rasa sebak hati ni. hu hu.

Friday, November 13, 2009

.kisah kiri kanan.

salam


minggu ini kadar prestasi kerja biasa-biasa saja..
bebanan kerja yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum betul-betul menyesakkan jiwa. haih..
kepala dah terlalu berat dek kerana memikirkan logik-logik yang ada dalam urutan sistem..
kalau itu nanti jadi ini, kalau ini nanti pergi sana, kalau dah di sana nanti jadi itu pula..
rasa macam otak dah tepu.. tapi paksa juga untuk berfikir.. arhg!!

[inilah kesan dari dah lama tak balik kampung. sejak dari dulu, kalau tak balik dalam masa 3 minggu je ke, mulalah, semua kerja jadi berterabur, itu tak kena, ini tak betul. hu hu. moralnya, balik kampung untuk rehatkan badan, jumpa keluarga. :p. ini juga kesan dari tension dengan kerja seharian]

menurut buku rujukan mc glogoolle edisi yang ke XV, otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan,
logik, angka, analisis, dan lain-lainnya.
[maksudnya selama kerja ni, memang otak kiri je la kerja kuat.. kesiannya.. huhu..]

menurut buku rujukan ini lagi, otak kiri diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur atau tersusun.

biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang
penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis. Individu yang banyak menggunakan otak kiri dipanggil IQ (Intelligence Quotient).

menurut mc glogoolle edisi yang ke XVI pula mengatakan otak kanan menguruskan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian.

cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya. [ohh, patutlah saya karang sajak ke puisi ke pelik je bunyinya. ha ha.] Individu yang banyak menggunakan otak kanan dipanggil EQ (Emotional Ouotient).

dan tambahan lagi, sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”. [ha ha. memang ya pun. nampak terlalu mengikut peraturan. yes or no sahaja pilihannya.]

dan sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. [haa, ni gaya-gaya slumberlah kononnya, rambut panjang sikit, duduk minum kopi sambil melukis tepi sungai.. he he]

saya 90% yakin saya adalah manusia kategori otak kiri. tp bila ada masa, saya rasa saya manusia otak kanan. suka puisi, lukisan, imaginasi dan lain-lain. hmm, macam mana tu? gunakanlah otak secara adil dan saksama. ha ha.

ok, baiklah semua. cukup saja kelas kita pada hari ini ya. sambung dilain masa. membaca amalan mulia. :)

Wednesday, November 11, 2009

.kisah sabtu dan ahad.

salam

hujung minggu lepas, plannya nak pergi majlis kahwin kak da dan suami. tapi last minit, saya tak dapat pergi. ada hal yang tak dapat dielakkan. huhu. walaupun begitu, hujung minggu tu tetap terisi dengan macam-macam aktiviti. :p mak suruh balik kg, tapi lepas bincang-bincang minggu ni baru balik. hu hu. jumaat malam tu betapa kat office. banyak kerja punya fasal. balik rumah sudah lepak dan terus tidur.

pagi sabtu kami geng 9281 pergi joging. hujung minggu je la masa yang ada untuk pergi riadah semua ni. orang kata saya dah berisi sikit. so?? dulu saya kurus orang kata kenapa kurus sangat ni, nak amiklah lemak aku ni. sekarang dah tembam sikit, orang tanya pula kenapa dah gemuk ni? haih, mana satu ni. takpelah, kurus ke gemuk ke, tinggi ke rendah ke, janji sihat dan gembira. :) [orang akan memang sentiasa kritik --> ayat-ayat artis. ha ha]

joging kat stadium ni best juga. ada padang bola sepak, trek, court tennis, court bola keranjang dan taman permainan. so joginglah beberapa round. penat. ha ha. balik je, lepas sarapan, operasi kemas rumah. masa nak ganti langsir, langsir dari rumah tu macam tak fix nak pasang kat tingkap, apa lagi keluarkanlah skil menjahit. ha ha. lama dah rasanya tak menjahit. tiba-tiba rasa nak jadi macam dayang pula. :p

bila rumah dah kemas, siap-siap pergi office. huhu. syok juga buat kerja masa takde orang kat office. aman je. sekarang ni asal petang je hujan, asal hujan je mesti petang. :p malamnya duduk depan tv, tengok orang kuning lawan orang merah. pastu tengok orang merah balik awal lepas main mercun kat stadium. ingat stadium tu free ke tiba-tiba boleh muncul. nak bina tu pakai duit rakyat, duit doktor, duit cikgu, duit petani, duit nelayan. pendek kata duit rakyat malaysialah. malas nak komen, tepuk dada fikirlah sendiri.

ahad berkobar-kobar nak pergi joging lagi. tapi kakak kelisa kata nikmat tidur pagi-pagi ni. ha ha. nak pergi office pun tak jadi dek kerana letih sangat. takpelah, kita rehat jelah hari ni eh. :p petang tu kak kelisa tanya tak bosan ke. so kami keluar saja jalan-jalan. tengok-tengok rumah. mana tau ada yang berkenan di hati. he he.

ok, minggu ni cukup terisi. walaupun sedih tak dapat pergi rumah kak da, takpelah. doa saya mengiringi dia. semoga kak da dan suami bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)

Monday, November 9, 2009

.kisah 3 in 1.

3


-


1


pesanan penaja : jangan cemarkan semangat kesukanan dengan bakar stadium.. rugikan duit je..
* hmm, takde cuti ke dah jadi juara ni? he he.. :p

Friday, November 6, 2009

.kisah tentang sukan sekolah.

vs

* kalau sukan kat sekolah : rumah kuning lawan rumah merah :p

.kisah tentang mereka sangat cantik!.

salam

selamat hari jumaat semua. :) malas-malas nak kerja minggu ni pun akhirnya sampai dah ahri jumaat. hihi. cepat masa berlalukan. putar-putar isnin jumaat. hu hu. hari ini datang office awal. pukul 7. awal ke? kakak kelisa ada meeting pagi ni, si dia nak prepare semualah. kalau dah datang pagi-pagi ni, memang takde lagi la orang kat office ni. so bagi mengisi masa [sambil menunggu kakak comel datang, dia belikan saya sarapan] saya pun login la friendster. ha ha. ya, saya tahu, ni semua sudah lapuk. sekarang orang dah era facebook. ikhlas dan jujur saya tak daftar lagi facebook. kenapa? sebab saya tak suka interface dia. hi hi. pastu nampak macam banyak perkataan saja. ha ha. ni lah kalau kita tahu fasal hci. cerewet. :p

oh, balik ke jalan asal. selalunya kalau login ke friendster ni, saya cuma tengok komen dan mesej saja. tapi tadi saya pergi review semua gambar-gambar yang saya uploadkan. sudahnya, lahirlah satu naluri kerinduan yang penuh kesucian dan murni pada mereka. :p serius, rindu mereka semua. :(

* semua muka nampak muda je. ha ha. sekarang? eh mestilah nampak lagi muda remaja. :p

Thursday, November 5, 2009

.kisah dengan nafasmu.

salam

dengan nafasmu.

lagu ni dah lama. saya dah suka lagu ni pun dah lama. tapi baru hari ini saya baru terdetik nak cari lirik dia. selama ini saya ingat lagu ini adalah dari teman lelaki kepada kekasih wanitanya. dan saya menganggap, si lelaki hidup dengan penuh rasa gembira kerana setiap nafasnya ada kekasih hatinya. rupa-rupanya tidak. sebab saya main dengar je tanpa fikir panjang.

masa baca lirik lagu ini, saya terdetik, dan tersedar, dengan nafasmu. ya. pendek betul fikiran saya masa saya fikir lagu ini tentang apa sebelum ini. patutnya saya hayati lebih sikit. lagu ini cukup besar dan mendalam pengertiannya. insaf.. :)

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

* band negara besar sebelah semenanjung ni memang cipta lagu ketuhanan dalam apa saja melodi kan. dalam 1 album tu ada lagu cinta manusia dan cinta pada Tuhan. kalau kat negara kita rasanya takde. kena ikut konsep album selalunya. betulkan? maaf kalau silap. :p

.kisah .b.u.l.i.

salam

apa itu buli? dulu saya tengok cerita buli afdlin. dia kena lari keliling padang, kena kunci kat dalam tandas dan macam-macam lagi. kadang-kadang kan kalau ada orang minta tolong kita buatkan air ke, ambilkan barang ke, siapkan kerja dia ke, dengan ikhlas hati kita akan tolongkan.

tapi bila kita dah selalu sangat tolong, mereka ini seperti mengambil kesempatan untuk minta dan minta lagi. itu dikira sebagai buli ke? atau hanyalah minta pertolongan biasa. buli ni tak terhad pada budak sekolah, tapi kat tempat kerja pun ada. tapi biasalah kalau kita buli sikit-sikit adik kitakan. hihi. asal tak terlebih sudah.

tapi janganlah buli-buli ni. kesian tau. oklah, kepada sesiapa yang menjadi pembuli, jangan ikut suka hati, nanti satu hari nanti kamu akan kena balik. dan kepada yang kena buli, sabar banyak-banyak. :)

ok. hihi.

Wednesday, November 4, 2009

.kisah tentang kemarahan & diam diri.

salam


saya pasti semua antara kita pernah melepaskan perasaan marah. cara mana? terpulang pada kita. ada yang terpekik maki sana sini, ada yang gaya tumbuk dinding, ada yang fesyen baling tv, peti ais dan macam-macam lagi. tapi kita jangan lupa, ada juga antara kita yang tak tahu bagaimana nak tunjukkan perasaan marah dia. contohnya, seorang kawan saya, saya tahu dia sedang marah ketika itu, tapi dia tidak kata dia marah. saya perasan dia hanya menerima saja. sudahnya oleh sebab tidak tertahan lagi, dia akan menangis. sedih tengok dia.

saya kadang punya perasaan yang sama. memang hakikatnya hati tengah panas membara, tapi pada masa yang sama kita tahu macam mana nak tunjukkan yang kita sedang marah. saya sendiri pernah rasa, saya rasa bersalah kalau saya pergi marah-marah seseorang tu. contohnya, ada orang buat bising, dan saya sedang baca buku. saya kata tolong senyap saya nak baca buku. dan selepas itu saya rasa bersalah sebab mungkin saya yang patut pergi tempat lain untuk baca buku.

ada seorang yang rapat dengan saya, dia suruh saya cuba untuk expesskan perasaan marah tu, tunjukkan yang saya sedang marah. tapi saya kata saya tak tahu macam mana nak tunjuk. huhu. dulu, saya ingat lagi pertama kali saya tunjukkan rasa marah saya pada seorang kawan saya dengan meninggikan suara. saya buat macam tu sebab dia marah tak tentu fasal dan dia patut ada sikap bersabar sikit. tapi saya tak rasa puas pun bila buat macam tu. rasa macam orang yang berfikiran singkat pun ada gak. huhu. kali kedua saya tunjukkan marah saya dengan tinggikan suara masa saya mengajar dulu. lepas marah tu, terus rasa nak mengalir air mata ni, tangan menggigil, pegang pen dan duster pun jatuh, kertas exam pun jatuh. ha ha. entah apa-apa. :p

kakak senior pernah kata, dan saya selalu baca extra maklumat, kalau api kemarahan ni, kita kena sejukkan dengan air wuduk. ya. memang berkesan. tak percaya, cubalah. :) kalau rajin lagi terus pergi solat atau baca Al-Quran. tapi kalau masa tu kita tengah memandu ke, tengah makan kat kedai ke, istighfar je pun boleh.

kadang-kadang, bila kita hanya berdiam diri saja walaupun kita sebenarnya marah, orang sekeliling [yang buat kita marah] mungkin rasa apa yang dia buat tu kita tak kisah. jadi perlu ada baiknya kalau kita pandai-pandai nak menjaga hati orang sekeliling dan juga hati kita sendiri. :) mak saya selalu kata, jangan buat orang marah. kalau orang cari fasal biarkan saja. sekarang macam-macam hal terjadi. masa duduk rumah sewa dengan sekumpulan manusia itu, mereka selalu bikin saya dan beberapa orang lain sangat sakit hati. seperti biasa kami hanya mendiamkan diri kerana kami fikir itu saja jalan untuk bertolak ansur. dan saya pernah ada rasa nak lawan balik, masa tu juga mak bagi ceramah free pada saya. api jangan dilawankan dengan api atau disimbahkan minyak petrol lagi. :p biarkan mereka. kalau kita mengalah untuk sesuatu yang baik, [menjaga hubungan silaturrahim atau menjaga hati orang lain], kita takkan rugi. pasti kita akan dapat balasan yang baik nanti. setiap kejadian pasti ada hikmahnya. :)

baiklah sampai disini sahaja tazkirah kita pada hari ni. he he. nanti kita sambung lagi.

* semalam saya marah seorang kawan, pagi ini rasa sangat bersalah sebab saya tak patut marah dia. huhu. saya patut lebih bersabar dan berfikir panjang sikit. cepat-cepat ym dia minta maaf sebab saya marah semalam. sangat comel bila kita mintak maaf dan dia pun mintak maaf, kita kata kita salah dan dia pula kata dia yang salah. jadi, semua mengaku salah, macam mana ni? ha ha. :p

Tuesday, November 3, 2009

.kisah tentang gelincir, sungai dan tanah runtuh.

salam


selamat bertemu kembali. [gaya pembaca berita] :p

kisah ini berlaku hari sabtu yang lepas. bangun pagi dan lepas solat tu terasa nak sambung tidur. tapi niat tu padam cepat-cepat bila fikir nak naik bas awal pagi ke melaka. dan pagi tu, hujan. nak kata lebat tak juga. nak kata gerimis je pun tak juga. kira macam gerimis yang lebatlah. hihi. tiket pun tak ambil lagi. mak dah bagi ceramah free. terima dengan hati terbuka. hehe. mintak kakak kelisa hantar pergi ktm. turun je kereta, terasa semua mata memandang saya yang sememangnya sweet ni. hak hak hak. serius, tak tipu ni. manalah dia orang tu tak tengok, saya bawa hadiah kahwin kakak along. kotak tu agak besar, dan hmm, ye memang besar. mesti mereka tu semua fikir, apalah isi dalam kotak tu, kalau aku yang dapat best gak ni, manalah budak comel ni dapat hadiah besar ni, hari ni besday budak cun ni ke. haa, itulah kiranya mungkin yang difikirkan mereka. :p

oleh kerana perasaan segan menguasai diri sebab mata-mata yang memandang, saya pun berdirilah hujung sikit tepi tiang. sembunyikan diri disebalik tiang. :p otak memang dah set, nak naik bas pukul 9 pagi. sempat lagi ni, baru pukul 8 pagi. tunggu punya tunggu train pun sampai. dengan pantasnya cepat-cepat masuk. motifnya 1 je, nak dapat tempat duduk. lenguhlah kaki pinggang semua kalau berdiri. dengan hadiah yang berat ni lagi. dalam hati bersyukur sangat sebab semua plan jalan dengan baik. dapatlah masuk majlis kahwin pukul 1230. dapat makan sekali dengan vip. hihi.

train ni mula-mula gerak laju. memang bestlah. cepat sampai la macam ni. tapi tengah-tengah perjalanan tu, jadi slow. slow sangat. jenguk ke luar jap, rupanya ada tanah runtuh. boleh tahan teruklah sebab habis pokok-pokok pun tergelincir. terikut sekali dengan air. dan yang paling terkejut tu, bawah landasan tu dah jadi macam sungai. jambatan dah runtuh. tinggal landasan je. seram tengok air mengalir kat bawah tu. teringat pula kat tragedi jambatan gantung tu. huhu. bila dah lepas train laju semula.

tapi impian tu bertahan selama lebih kurang 15 minit. tiba-tiba train tu berhenti tak bergerak. haih, apa kes pula ni. dan masa tu petugas-petugas ktm mundar mandir dari gerabak depan ke belakang, belakang ke depan. rosak ke train ni. di landasan sebelah ada sebuah train kosong yang tak bergerak. masa tu impian nak naik bas pukul 9 mula terbang tinggi. macam tak sempat je ni. huhu. train kat landasan sebelah tu tergelincir dari landasan. [mengikut cerita budak sekolah yang dipindahkan dari train sebelah]. budak tu siap rakam masa dia terjun dari train tu. nak jeling tengok tapi tak nampak pula. :p

perjalanan diteruskan. sampai kat terminal 1, kena pula naik bas pergi terminal 2. nak naik bas pukul 9 berkubur. sambil nak tunggu sampai terminal 2, call mak cerita kisah sedih tadi. mak over terkejut. rupanyanya dia ingat train yang saya naik ni macam komuter ke monorel ke yang kat kl tu. yang landasan ke atas tu. huh. kalau gaya itu yang tergelincir, memang parahlah. turun je bas, cepat-cepat berlari naik tingkat 2 ambil tiket, dapat pukul 10. ok la, sampai melaka nanti dalam 1130. ok la ni. masa tengah tunggu bas tu, jalan-jalan kat terminal 2. kemudian masuk kedai kasut. scan semua kasut. hihi. dan 1 kasut jadi mangsa. haha. lepas je beli, baru fikir gaji lambat lagi. :p

sekarang dah pukul 1030. ok. bas ada depan mata. tapi driver takde. penumpang lain dah tarik muka 100 kali masam. saya? cool je. ha ha. bebel dalam hati sudah. lagi sakit hati, bas 1030 dah sampai. dengan muka bengang semua serbu naik bas 1030. bila semua dah naik, seat pun tak cukuplah. dalam bas tu la mulanya drama perang mulut antara makcik chayanunalif dengan.. hmm, dia sorang je. dia bebel sorang-sorang. serius memang sakit hati bas lambat, tapi dengar dia bebel lagi buat sakit hati+sakit kepala. rasa nak tampal mulut dia je. kemudian staf syarikat bas t*a*a*i*n*l tu boleh pula cakap tiket pukul 10 turun. apa lagi, masa tu juga dia kena tengking dan hamburan kemarahan penumpang yang tak dapat menahan kemarahan seperti aku ni. hihi. sabar tu sebahaian dari iman kawan-kawan. ;) bila dah naik bas tu, makcik chayanunalif tu duduk depan, tiba-tiba dia pindah duduk sebalah saya sebab nak sambung leteran tak puas hati dia tu pada orang sama chayanunalif macam dia. habis semua keluar, 1 malaysia lah, parti tu parti ni. sakit kepala dengar. cerita sendiri sudah, jangan kacau 1 bas. pastu saya nak tengok dia nak bebel sampai bila. nak tengok dia akan bebel dari seremban sampai melaka ke tak. geram wey. huhu. sampai tertidur saya dengar dia berleter. bila saya sedar dia pun dah tidur. bazir tenaga betul dia tadi. cuba kalau dia tidur dari bebel tadi. dia senang, yang lain pun senang.

tapi hati saya memang tak puas hati lah dengan syarikat bas tu. syarikat ni kira antara paling menjadi pilihan orang ramai. selama ini saya pun kira suka gunakan perkhidmatan mereka. tapi insiden hari ni memang bagi macam tawar hati sikit. apa pun saya selamat sampai melaka. turun dari bas muka masam sikit. haha. turun protes sikit. :p

baiklah. sekian sahaja berita untuk kali ini. jumpa lagi. :p



* saya tengok berita kat tv, 100 pemandu bas syarikat ni mogok kat kelantan. staf sendiri pun tunjuk perasaan kat syarikat, macam mana nak jaga pelanggan ni. haih.

Monday, November 2, 2009

.kisah tentang mereka suami isteri!.


tahniah!

selamat pengantin baru

salamah & fauzan

kaklong & abg fauzan,
wish u happy ever after
bahagia bersama hingga ke akhir hayat :)


* tengok mereka kahwin, terasa macam jeles je. ha ha. nak kahwin juga!! :p


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors