Tuesday, January 19, 2010

.kisah tentang cik chenta hati II.

salam

fasal cik chenta hati, sekarang sudah ada dirumah. :)
mula-mula abang saya panggil dia jelay. tak senonoh je.
pastu abang saya paggil dia jelly. :p jelly pun jelly la. hehe.

lepas ini mahu beli perhiasan. biar berseri sikit! :p

* lepas ini memang kena belajar jadi lebih bertanggungjawab, belajar lebih berjimat cermat.
kena tingkatkan keberanian bawa dia jalan-jalan.. tanpa kena hon. :)

Friday, January 15, 2010

.kisah tentang cik chenta hati I.

salam

hari ini saya terasa seperti hari isnin sebab semalam cuti. semalam sikit-sikit saya terfikir apa saya buat hari sabtu sebab ingat semalam cuti hujung minggu. haha.

mula-mula nak cuti jumaat hari ni, tapi hari ni tak boleh cuti. ada agenda penting. nak cuti isnin minggu depan tapi mereka kata nanti dah lambat, takut tak sempat nak uruskan semua perkara.
jadi, isnin ini saya cuti. sebab nak uruskan cik chenta hati. akhirnya tiba juga masanya.
plan kena ubah sikit sebab beberapa masalah. tapi tak mengapalah. janji dapat juga.

tak tahu lagi bila, tapi mungkin dalam 2 minggu. harap-haraplah. :)
perasaan? haha. excited, takut, macam tak percaya.
dan saya dapat rasa beban tanggungjawab.

tak sabarnya! :p

Tuesday, January 12, 2010

.kisah tentang belajar.

salam

masuk tahun 2010 ni, saya tak tahulah kenapa, sifat nak belajar dalam diri saya tiba-tiba menjadi begitu semangat. :p ok. baru-baru ni saya cakap kat mak saya nak buat baju baru. asyik-asyik pergi kerja pakai baju yang sama saja.

dan mak kata, nak tukar-tukar banyak baju dah nak jadi macam model lah ya. huhu. mak cakap saja macam tu, tapi minggu depannya mak belikan saya 3 pasang baju. haha. ini termasuklah saya gurau dengan mak, saya nak baju batik. dan mak belikan juga. ohh.. :) semua baju tu hantar ke kawan mak. murah. rm25 saja sepasang. makcik tu memang ada sijil menjahit.

dan berbalik kepada keinginan nak belajar tadi.. tiba-tiba saya rasa nak pergi kelas menjahit. hehe. :p saya nak belajar buat baju kurung, baju kebaya, baju melayu dll. tak tahulah kenapa tiba-tiba nak sangat belajar menjahit. padahal dulu masa sekolah, masuk puteri islam ada asignment menjahit, tu pun mak saya yang buatkan. masa projek kemahiran hidup pun. haha. saya siap mintak pakcik google cari kat mana ada kelas menjahit ni. kuatkan azam saya. :p tapi simpan dululah cita-cita tu. sebab mana ada masa nak pergi belajar semua tu. [ke saya yang tak tahu nak bahagikan masa].

lagi satu, sekarang ni saya nak belajar balik bahasa arab. ya. saya tahu, saya dah belajar bahasa arab dari sekolah dulu, bayangkanlah dah belajar 6, 7 tahun tapi masih tak fasih lagi. :( sebab masa tu saya tau, banyak main je. dalam kelas selalu mengantuklah, apalah. dulu saya ingat lagi, masa tu darjah 1 ke 2 macam tu lah, saya meniru masa periksa. isk, malu betul. buat perangai macam tu. pastu ada kawan nampak. rasanya macam dia bagi tahu kat ustazah. [agaknya lah. saya dah tak ingat] saya ni kalau periksa, selagi tak penuh semua jawapan, saya tak hantar. walaupun tak tahu, saya tulis je la apa-apa yang logik. biar semua terisi jawapan. pastu masa dah nak habis, saya taknak hantar lagi sebab ada yang saya tak dapat. pastu ustazah datang kat tempat saya, tunjuk sikit-sikit. hihi. segannya. huhu.

dulu masa belajar kat u, seorang kawan saya memang baguslah dalam bahasa arab ni. belajarlah sikit-sikit dengan dia. tu pun melalui sms saja. selingan. sebab dia belajar kat u lain. sikit-sikit. mula dengan selamat pagi, malam. hehe.

lagipun, tempat kerja sekarang memang bahasa arab salah satu bahasa pengantara. dan kat sini memang ramailah orang-orang dari timur tengah sana. rasa geram je, bila mereka bersembang tapi kita tak faham. [sebenarnya nak tahu apa yang mereka sembangkan tu. :p] kat sini ada kursus atau latihan untuk bahasa arab, tapi saya rasa saya tak apply. macam rugi je saya tak mohon. haih.. kalau beli saja buku atau cd boleh tak? belajar sendiri.

orang kata kalau niat kita baik, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. tak salah kalau kita nak belajar sesuatu tapi perkara tu ada faedahnya. kan. kan. tuntutlah dan carilah ilmu walau sehingga ke negeri china. :)

oklah, saya sambung cerita lain kali ya. hihi.

Monday, January 11, 2010

.kisah tentang hari lahir si baik hati.

salam

semalam saya dapat satu panggilan istimewa. haha. rupa-rupanya semalam adalah hari lahirnya. haih, macam manalah saya boleh terlupa ni. huhu..


untuk aisyah


selamat hari lahir ke 24

semoga aisyah diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang,
rezeki dan rahmat yang luas, kegembiraan yang menyenangkan hati,
kehidupan yang ceria seceria pelangi
dan semoga semua cita-cita dan impian aisyah dapat dicapai...
oh ya! semoga dapat bertemu raja hati yang setia, baik hati dan pandai masak! :p

24 itu hanya angka saja. jiwa dan kejelitaan masih 17! haha.

ini kek untuk aisyah. hand made.. :p hehe.

Wednesday, January 6, 2010

.kisah tentang.... motivasi.

salam

saya rasa sedikit kecewa hari ini....

haih.. siapa yang salah siapa yang betul

berdoa saja semoga disini pihak yang betul

ini kali pertama

ini baru percubaan

kita ni manusia biasa

belajar dari kesilapan

belajar dari pengalaman

segala teguran yang membina memang perlu

tapi jangan sampai teguran itu menjatuhkan semangat kita!


terus bangun

berlarilah! jangan pernah berhenti.

terus kedepan!

.


* walaupun tadi tengah cemas dan takut, saya punya gelabah sampai nak cakap 'ya' tersasul cakap 'yo'. hahaha. terus rasa nak gelak. tapi tahan je. budak pandai koding dah tersenyum-senyum. haih... malunya...

Monday, January 4, 2010

.kisah ayam dan kucing.


salam

cerita pertama pada tahun baru. :) oh, terasa seperti mahu pelihara ikan dirumah. mahu lihat ikan berenang-renang tenang dalam air. kemudian fikiran kita lari dan leka asyik tengok ikan. tenang. nanti-nantilah kita cari ikan eh. :)

selalu kita dengar pepatah 'macam ayam cakap dengan itik'. saya kira maksudnya kedua-dua pihak tidak faham antara satu sama lain. kan? salah tolong betulkan ya. baru-baru ni saya balik kampung. dan lain pula ceritanya.

kat rumah saya, ada 2 ekor kuncing. hitam dan kuning [tapi kuning ni kadang-kadang dipanggil oren... :p] memang berdua sajalah mereka. tiba-tiba saya nampak seekor ayam makan bersama mereka. berkongsi 3 ekor! tanpa berebut dan bergaduh. kagumlah sekejap. rupanya ayam tu memang jinak. mak yang bawa dari rumah nenek. tapi serius ayam tu memang jinak. kita pergi jemur baju dia ikut, kita pergi tengok pokok bunga dia ikut. haha. paling kelakar, bila ayam tu asyik duk dekat dengan hitam, hitam ketuk kepala ayam tu dengan kaki dia. haha. comel dan kelakar. :p hitam memang macam tu. pantang ada silap cepat je dia bertindak. hehehe.

oh ya, ayam tu nama titit. jangan tanya kenapa. dari dulu, kalau ayam je mak mesti beri nama mesti titit. haha.

* teringat dulu kisah ayam. masa belajar dulu kat u. haha. emmy sangat excited. :p


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors