Thursday, December 31, 2009

salam

hari ini hari terakhir dalam kalendar 2009. 2010 akan datang dan bakal mewarnai hidup kita pula. bila tahun baru ni selalu orang akan kaitkan dengan azam baru. tahun baru hijrah pun baru beberapa hari menjengah. pada saya tak semestinya tahun baru kita perlu setkan azam baru. azam ini bila-bila saja kita boleh tanam dalam diri kita.

dulu masa saya sekolah, saya tanam azam tiap-tiap hari. setiap pagi nak mandi sebelum nak pergi sekolah. hihi. bukan azam yang besar tapi cukup sekadar apa yang kita nak capai pada hari itu.

tahun 2009 saya rasa antara tahun paling gemilang dalam hidup saya. saya masih bernafas dengan sihat sejahtera, saya tamat belajar dengan jayanya. saya dapat kerja yang direstui oleh keluarga, saya dapat naik pentas berkonvo dengan kawan-kawan, projek berjaya dilancarkan dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. yang pahit? tentulah ada. cuma perlu direnungkan supaya menjadi pendorong untuk kita perbaiki diri.

apa yang nak dicapai dalam 2010 ni? adalah terfikir 2, 3 perkara. cuma diharapkan kita semua masih diberi peluang untuk menjadi hamba yang lebih beriman kepada Pencipta kita Yang Maha Agung.

bila dah habis belajar dan kerja ini, ramailah kawan-kawan yang 'naik pangkat'. saya? entah, tak fikir sangat pun lagi. haa, hari itu, ada kawan saya kata saya nak tunang dan bernikah. mana dia dapat berita pun tak tahu. saya sendiri pun tak tahu bila tapi orang lain pula boleh tahu. macam-macam. benda ini mana boleh jangka sangat. ada tu plan nak nikah awal tapi tak naik-naik pelamin dan yang tak plan tu pula nikah dulu. :p

kereta idaman? akan diusahakan. kalau tak dapat idaman, tapi yang boleh mudahkan saya gerak ke sana sini pun dah cukup ok. :) sambung belajar? tak pasti. kalau ada rezeki dapatlah saya jadi pelajar semula. tapi saya tak nak azam sambung belajar ini hanya pada 2010 tapi azam sepanjang hidup saya. selagi mana kita ada peluang nak belajar, cuba saja. :) kerjaya? ya. kita tentu harap prestasi kita semakin meningkat. begitu juga saya. setiap hari ada saja pengalaman baru yang saya dapat. semoga semuanya diberkati dan diredhai Allah S.W.T. InsyaAllah. :)

oh ya.. saya nak teruskan untuk mengumpul buku-buku. tak kiralah apa. selagi saya suka untuk baca kandungannya. hihi. nanti ada rumah sendiri nak buat mini perpustakaan. bestkan? :p

tak kisahlah azam itu kita tanam awal tahun, tengah tahun, akhir tahun atau bila-bila masa saja, janji kita usaha untuk capai. sekurangnya kita ada sesuatu untuk dicapai. bukan main redah saja tanpa tujuan. semoga kita semua membuka diari baru dan semoga ianya penuh dengan warna-warni kejayaan. :)


terima kasih 2009. selamat datang 2010

Sunday, December 27, 2009

salam

diari hidup saya miggu ini penuh dengan warna warni.
ada turun dan naik macam roller coaster.
itulah dia lumrah kehidupan.

semalam saya rasa macam semua benda jadi tak serba kena.

tapi hari ini semua macam ok. lebih baik dari semalam.

betul... setiap kejadian pasti ada hikmahnya. :)

syukur, Alhamdulillah... :)

* tekad saya, mesti beli kipas! panas hujung minggu kat office. :p

Tuesday, December 22, 2009

salam

pagi ini pergi kerja saya teringat sesuatu yang membahagiakan hati. jadi saya rasa saya nak senyum sepanjang hari. :)

lepas masuk office abang no 3 call. ada sesuatu yang menarik. jadi berkali gandalah saya rasa nak senyum je. :)

hari ini, saya kena bercakap dengan bermacam-macam jenis pengguna. ada yang terlebih ramah, ada yang garang dan macam-macamlah. huhu. pengalaman yang amat baik.

walaupun begitu, saya tetap nak senyum saja hari ini.
dan saya dapat rasakan hari ini saya rasa lebih gembira.

kamu percaya tak, kalau kita dah set dalam minda kita akan happy, walau apa jua keadaaan dan suasana, kita akan tetap rasa gembira. :p InsyaAllah. :)

ok. sambung nanti. hihi.

Wednesday, December 16, 2009

salam

setiap manusia punya hati dan perasaan yang kadangkala tidak difahami oleh sesiapa pun

janganlah memandang rendah seseorang yang tidak punya kemampuan seperti yang diharapkan
kerana dia juga punya hati dan perasaan yang sama seperti kita

janganlah memperlekehkan usaha seseorang untuk menyumbangkan sesuatu
walaupun sumbangannya sedikit dari kita


jagalah tutur kata kita, perlakuan kita, tindak tanduk kita
kerana mungkin kita boleh mengguris hati orang disekeliling kita

.

Monday, December 7, 2009

salam

di hari yang bersejarah ini
akhirnya berhasil juga
Alhamdulillah



tetapi hari ini juga
terasa seperti separuh jiwaku telah pergi

Sunday, December 6, 2009

salam

datang bekerja pada hari ahad sangatlah sunyi. oh ya, panas pun ya gak. hu hu.

ok. sudah penat bekerja. mahu balik. sambung nanti! :)

Friday, December 4, 2009

salam

pengalaman masa li dulu adalah pengalaman kerja+belajar yang paling 'meriah' dalam sejarah hidup saya. haha. dengan wujudnya gergasi-gergasi di pusat sumber yang sangat ceria dan berkerja sambil ketawa. ya, itulah mereka. :p

saya baca blog si penjaga buku. haha. masa tu juga saya tergelak depan pc. hahaha. adoi. en alip dan hakim sangat kelakar. :p lepas saja saya komen kat blog dia, terus je dia ym saya.

hakim: ade jwatan kosong tak. tehnician pelawak
saya : haha korg bedua ntah ape2 je
hakim : hehehe ok what :D
saya : buat saya gelak depan komp
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hakim : pagi td mmg kelakar
saya : bongok
hakim : kan dah kene bongok
saya : tu yg kelakar. hahaha. spontan je. ketuk ketampi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hakim : ehehehhe. sgt2 kelak. sgt2 kelak.
saya : kelak? hahaha
hakim : kelakarrrrrrrrrrrrrrrrrr. hahahaha.
.
.
.
.
.
saya : atk best langsung sy baca. xde irama. haha. atk? jajaja. atk? jajaja?
tak hahaha.

hakim-hakim. saya cadang awak, en alip dan en badri ni pergi masuk raja lawaklah. ha ha ha.

Thursday, December 3, 2009

salam

degup jantung makin laju....
pagi teringat....
petang bermain-main di fikiran....
malam termimpi-mimpi....

071209 tarikhnya....

kelahiran yang penuh debaran....
doakan yang terbaik untuk kami semua....

* oh ya, hari ini hari lahir eeka. selamat hari lahir ke 23 untuk eeka. semoga berjaya didunia dan akhirat. semoga hidupmu penuh dengan warna warni pelangi kegembiraan. :)

Wednesday, December 2, 2009

salam

tadi ada uat sistem. so far, Alhamdulillah, pengguna berpuas hati. rasa tenang dan lapang je bila dengar salah seorang tu cakap, 'good job'.. betul kata puan ketua masa saya mula-mula kerja dulu. kita akan rasa gembira dan puas hati bila sesuatu yang kita bangunkan berjaya dan kita dapat lihat ianya digunakan. InsyaAllah minggu depan akan lancar. semoga sepanjang proses tu semua akan ok.

semalam saya dan cik syabas pergi YES di jj seremban 2. punyalah besar jj tu tapi barang yang dicari tak jumpa pun. buat sakit kaki je jalan. hu hu. tapi perkara wajib ialah pergi kedai buku. dan 1 buku menjadi mangsa. 'sungguh aku cinta'.. tajuk dia bagus punya. he he. takpe, tahun ni kita kumpul buku-buku cinta, kasih sayang, romantik dan sewaktu dengannya. nanti tahun depan kita beli buku genre lain pula.

sekarang berimpian nak baca buku tentang falsafah dan sejarah. fasal biografi manusia-manusia hebat dan terkenal pun ok juga kan. rasa tak sabar pula nak beli. he he. sabar, tunggu gaji masuk akhir bulan ni dulu. hihi.

ok lah, sudah pukul 1, mahu makan. sambung nanti ya! :)

Tuesday, December 1, 2009

salam

saya rasa badan saya kekurangan air. selalu orang kata dehydration. ya. sistem penghadaman saya tak berjalan dengan baik lagi. sekarang fikiran asyik fikir macam-macam. harapnya semua akan ok. dengan yang masih muda remaja ni, banyak benda kita nak capaikan. tapi dalam nak capai-capai semua tu, kesihatan paling pentingkan. dan saya rasa kesihatan tu lagi penting dari ringgit malaysia berjuta-juta.

hari ni hingga khamis ada kursus bina insan anjuran kpt di port dickson. dan saya bukanlah salah seorang peserta. kalau saya dapat joinkan best. dapat bercuti sekali. hu hu. dulu masa belajar di u, saya suka join aktiviti u yang macam-macam tu sebab saya suka. suka releasekan tekanan belajar dengan cara tu. masuk hutan berkhemah. pergi berkayak. mandi di pantai. bahagianya. dan kakak baik kata semalam puan ketua ada cadangkan nama saya dan budak pandai koding untuk pergi, bolehlah kami rehat-rehat sekejap dari kerja yang banyak ni. tapi tak boleh sebab sekarang jadual kami sangat penuh. sampai bulan januari atau mungkin februari.

saya rasa nak masuk u balik. sebab sangat senang nak join semua tu. bila cuti sem mesti ada saja program yang nak di serta. sebenarnya, dulu masa sekolah, mak sangat susah nak bagi saya join semua ni. macam-macamlah sebab dia tak bagi. tapi lepas saya belajar di kolej dan u, mak macam bagi lampu hijau je. he he. memang seronok.

dulu ada juga kawan saya yang tak berapa suka nak join. alasannya asignment yang banyak, takde masa, malas dan macam-macam lagi. terpulanglahkan, hak masing-masing. balik pada kata saya tadi, dengan aktiviti-aktiviti macam ni lah cara saya hilang rasa tekanan belajar tu. saya suka hutan yang hijau, pantai yang bersih, masuk lumpur, flying fox, ahli ldk yang sporting dan macam-macam lagi. he he. jadi, setiap kali pergi program tu saya akan rasa puas. :) dalam family, saya dan abang no 3 saja yang rajin join program macam ni. abang no 3 lagi hebat, bukan biasa-biasa punya aktiviti. dulu dia sekolah swasta, so aktiviti memang lagi bestlah. kalau tak silap saya salah satunya daki gunung angsi. dan paling tak sangka, abang no 3 dapat penghargaan, peserta terbaik. ha ha. sekarang ni bila dan kerja, susah sikitlah nak joinkan. kena tunggu giliran dan macam-macam lagi.

oklah, saya nak sambung buat kerja. banyak koding nak kena tengok. hu hu.
sambung nanti ya! :)
* oh ya, semalam saya keluar dengan cik syabas naik motor. huhu. sudah lama tak jalan malam-malam naik motor. teringat masa zaman belajar dulu. tapi serius, boleh tahan takut gak. ha ha.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors