Friday, November 28, 2008

.kisah tentang cd.


hari ini, saya siap-siap nak pergi office 7.30 pagi. memang awal. sebab saya tak sedap hati. kerja semalam tak siap lagi. terpaksa di sambung ke hari ini. semalam saya tak dapat tidur lena sebab asyik terfikirkan kerja yang tak siap lagi tu. huhu. benci betul kalau hal-hal kerja terfikir-fikir sampai ke rumah. tak tenang saja rasa hati. puan rohaizah nak sebelum meeting pagi ni.

saya ingat nak siapkan sebelum balik kerja petang semalam, tapi tak sempat. semalam saya rasa sangat kelam kabut. kerja datang bertimpa-timpa semalam. (masa ni saya teringat kat marsilla. ayat dia bila kerja banyak, "kerja ila melimpah ruah sekarang ini". haha.) tak habis satu kerja, dapat kerja lain.

saya buat 4 kerja dalam 1 masa. bayangkanlah macam mana saya pada masa tu. masa nilah saya rasa nak balik rumah sangat-sangat. di office tinggal saya dan encik alip saja. huhu. en badri cuti dan hakim kursus seminggu. encik alip pun ada kerja dia, kena uruskan server semua. tapi dia tetap datang tolong saya. tq encik alip. huhu.

tahap kritikal bila saya sedang burn cd, tiba-tiba.. sesuatu yang tak kena pada cd writer. bunyi sangat kuat dan ada seperti perlanggaran yang dashyat dalam CPU tu. saya dah terkejut. encik alip terus bangun dan muka dia pun macam terkejut.

kenapa budak kecik? apa dah jadi ni?.

tak tau. tiba-tiba jadi macam ni.

bunyi kuat semakin kuat. betul. memang saya berundur setapak dua. takut meletup komputer tu. haha.

en alip cuba untuk keluarkan cd tetapi tak boleh. akhirnya dia cucuk pin kat bahagian bawah tempat nak masuk cd tu. (cubalah tengok di komputer kamu). dan....

patutlah jadi macam tu..

ada dua cd dalam tu. saya boleh tak perasan saya masukkan dua cd sekaligus. huhu.
dan cd writer tu tak boleh nak open dan close secara automatik. alamak. rosak ke? ada 1 saja cd/dvd writer ni. hakim mesti marah. huhu. en alip suruh restart semula. Alhamdulillah boleh. lega!.

dan en alip kata kalau ada hakim mesti saya akan jadi bahan untuk seminggu. hehe.

akhirnya pagi ni, saya berjaya siapkan kerja saya. siap design dan cover cd sekali. puan rohaizah kata dia nak sebelum pukul 9.30 pagi sebab dia nak distribute masa meeting.

ok. banu pun dah call nak pergi makan. dengan hati yang senang dan lega. =)

* sejak puan rohaizah panggil saya budak kecik, en alip pun ikut panggil saya macam tu. huhu.

* saya tetap menjadi bahan gelak mereka sebab saya tersalah masukkan jumper dalam hardisk. hehe. tak sengajalah. hehe.

Thursday, November 20, 2008

.kisah tentang hari suka ria.


Sejak seminggu lepas, jejaka di Pusat Sumber sibuk bertanya bila lagi nak pergi main boling. Ini semua gara-gara sudah ketagih nak main boling. Puncanya, perlawanan boling antara bahagian bulan lepas. Terbawa-bawa mood tu sampai sekarang. hehe.

Jadi, semalam kami sama-sama gerak pergi JJ Seremban 2. Nasib sudah tempah lane awal. Memang ramai orang time tu. Apa yang pasti, kami memang bersuka ria semalam. Dari ketua jabatan, staf, cikgu-cikgu, praktikal (saya. hehe) dah macam budak-budak sekolah. Saya sememangnya seperti itu. lalalala. Saya sinopsiskan sajalah ya! Ringkas sikit. hehe.

.boling.

main 2 game setiap orang. happening! ada banyak insiden yang membuatkan kami sakit perut gelak. haha. mula-mula, kengerian yang pertama, kak zu melontar sekuat hati dan inersia kebelakang lebih kuat, jadi bola melantun ke belakang. huhu. nak ketawa tetapi kami cover-cover. haha. selepas itu, banu terlepas bola dari tangan dia dan bola terus menuju ke longkang kiri dengan perlahannya. masa itu, semua terpaku. terdiam. dan. cepat! cepat banu! ambil lagi bola lain. baling sebelum bola tu sampai. haha. banu cepat-cepat baling dan 3 pin jatuh. jadilahkan, janji ada markah. tetapi yang kelakarnya, bola pertama tadi berhenti di tengah-tengah longkang! haha.

.game kereta.

saya dan banu pergi main. best rupanya main game kereta ni. syok! tengah khusyuk berlumba. saya rasa ada mata yang memandang saya dan dia kata boleh tahan juga. tidak tenteram saya. isk. kan dah terbabas. game over. saya tengok dia. dia tengok saya. then dia cakap kenapa tidak gunakan gear tu. dan. dengan slumbernya saya jawab, saya tidak tahu nak guna. haha. saya pun bangunlah. dia suruh main lagi. saya gelengkan kepala. saya segan! hehe.

sebelum balik, saya main sekali lagi. puan rohaizah sempat pesan. control keayuan. walaupun berlumba kereta tetapi berlumba dengan penuh keayuan. haha. macam mana tu?

.karaoke.

haha. mula-mula 6 lagu. kemudian puan rohaizah tambah lagi 4 lagu! serak semua. hehe. dangdut, rock, balada, 70-an semua ada. dan macam tak sangka mereka semua sangat spoting. hehe. sesudah itu, habis kak yanti dan banu kena usik dengan mohd nor dan fairuz. "sengol-sengolan, cubit-cubitan. ah. ah." haha.

makan. balik. penat. pagi ini saya ada kelas. study ala kadar saja. huhu. nanti saya bagi latihan banyak-banyak kat mereka. haha.

Wednesday, November 19, 2008

.kisah tentang pilihan dan bukan pilihan.


Sejak seminggu kebelakangan ini, saya rasa kurang tenteram. Berdebar-debar. Kenapa? Saya pun kurang pasti kenapa. Banyak perkara bermain-main dan berlegar-legar di fikiran saya. Buat otak, hati, jiwa dan raga saya penat. Penat.. Saya perlukan rehat. Mungkin barangkali.

Apa yang perlu saya lakukan. Pilihlah antara pilihan saya dan pilihan orang di sekeliling saya. Pilihan yang lama dan pilihan yang baru. Pilihan kehendak dan kemahuan saya atau terima saja kekangan dan halangan yang menghalang kehendak dan kemahuan saya. Adei, apa ni? Berbelit-belit simpul dah ayat ni.

Selalukan kita merancang tetapi kita tidak dapat pun seperti mana yang kita rancang. Dan selalu juga kita melakukan apa yang tidak dirancang. Dan walaupun ianya tidak dirancang tetapi kita tetap menerimanya dengan hati yang gembira. Betul? ya! Saya selalu menagalaminya di situasi yang berbeza. hehe.

.situasi 1.


Selalu terjadi ketika saya di UTeM. Dan selalu terjadi pada hari Jumaat. Agak-agak dapat teka tak? hehe. Balik kampung tanpa dirancang. Kawan serumah dengan saya pasti sudah masak dengan hal ini. Hehe. Selalu saya akan bertanya Eeka dia balik Batu Pahat tidak, dan bila dia kata balik mulalah saya rasa susah hati. Sebab saya pun nak balik juga. Huhu. Jadi, selepas habis kelas, balik hostel terus kemas-kemas baju, telefon mak dan abang cakap nak balik kampung. Kawan-kawan apa lagi, mulalah kata macam-macam, asyik-asyik balik rumah, mentang-mentang rumah dekat. hehe. 3 jam kemudian, saya sudah berada di hadapan rumah saya. Masa itu, saya terfikir, macam tidak disangka pula sekarang saya sudah berada di rumah. Hehe. Lapangnya hati kalau berada di rumah. Keluarga, kucing, ikan, ayam, semualah. Saya suka!

.situasi 2.

Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Bukit Jalil. Kami singgah di JJ Seremban 2. Saya pergi makan dan berjalan-jalan sekitar JJ. Kemudian, kaki ini laju saja menuju ke Kedai Buku Popular. Saya memang suka ke kedai buku. Tidak beli pun tak mengapa, dapat tengok buku pun jadilah. hehe. Saya pandang buku-buku yang tersusun rapi di rak. Banyak!. Tidak semena-mena tangan saya terus mencapai 1 novel. Dan kaki terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dan selepas itu, saya tengok novel di tangan saya dan masa itu saya terfikir. Saya sudah membeli sebuah novel berharga RM 24.90, dan ini tiada dalam perancangan kewangan bulanan saya! Tak mengapa (untuk sedapkan hati). Tetapi betul, hati saya rasa sedikit lega selepas saya beli novel itu. Hehe.

Jadi, memang betullah kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Kita sebagai hambaNya, berdoalah semoga apa yang dirancang dapat berjalan tanpa sebarang halangan dan rintangan.

* betul ke kalau kita merancang sesuatu jangan di heboh-hebohkan pada orang. sebab nanti tak menjadi. betul ke? =p

Tuesday, November 18, 2008

.kisah tentang cinta.


Saya dapat tag ini dari Syu..
Demi dia, saya buat sehabis baik walaupun saya ada banyak kerja.

1.What is the relationship of you and him?
- cinta tengok dari jauh (secret admire) hehe

2.Your 5 impressions towards him
- sweet
- comel
- sedap mata memandang
- muka nampak tulus
- suka bercerita? mungkin untuk tarik perhatian saya. hehe

3.The most memorable things he had done for you
- bercerita tentang bandar melaka pada kali pertama bersembang. haha

4.The most memorable things he have said to you?
-"nanti jumpa kat melaka jangan lupa tegur eh"

5.If he becomes your enemy, you will
- diamkan diri

6.If he becomes your enemy, the reason is
- dia kata saya peminat fanatik dia dan dia sebarkan ke seluruh dunia. haha.

7.The most desirable thing to do on him is?
- jika ada rezeki pasti kami akan bertemu lagi. hehe.

8.The overall impression of him is
- dia baik. pada pandangan mata saya

9.How do you think the people around you will feel about you?
- lemah lembut dan sopan santun. (saya tak tipu.. rata-rata memang cakap macam tu)
- pendiam (sebenarnya saya banyak cakap kalau kamu betul-betul kenal saya)
- baik. mungkin

10.The character of you for yourself is?
- klasik dan unik

11.On contrary, the character you hate of yourself is?
- terlalu banyak berfikir dan terlalu cepat membuat kesimpulan

12.The most ideal person that you want to be is?
- diri saya sendiri

13.For the people who care about and like you, say something about them.
- terima kasih semua. saya hargainya

14. 10 people to tag
- TIADA. saya baik hati

>>Is no. 3 a male or a female?
- mestilah tiada. sebab saya tidak tag sesiapa pun

>>If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
- sama macam jawapan di atas

>> How about no. 5 and 8?
- samalah!

>> What is no. 1 studying about?
- sama. sama juga!

>>Is no. 4 single?
- samalah

>> Say something about no. 6?
- aduh.. samalah juga. inilah akibatnya kalau kita tidak tag sesiapa pun

* Penat juga otak saya berfikir untuk menjawab semua ini

.kisah tentang asap atau jelaga.


Dulu-dulu semasa saya di zaman kanak-kanak riang ria, saya selalu bermain dengan abang saya, sepupu-sepupu saya dan jiran-jiran saya. Untuk pengetahuan semua, mereka semua lelaki dan saya seorang saja perempuan. Haha. Percaya tak? Betul, tak tipu ni. Hehe.

Satu hari, kami (saya dan sepupu saya) nak tidur di rumah Nyai (panggilan untuk nenek). Seingat saya masa tu hujung minggu sebab ahli keluarga yang lain pun ada juga.

Kami decide nak tidur di bilik arwah Yaie (panggilan untuk datuk). Bilik Yaie ni sangatlah terserlah tradisional dan klasiknya. Kamu tahu katil besi besar yang ada palang dan selalu akan diletak kelambu? Klasik bukan. Kemudian, ada sarang lebah di belakang almari yang bersebelahan tingkap. Percaya tak? Percaya, betul ni. Hehe. Selalu juga la saya kene sengat dengan lebah ni sebab terpijak lebah ketika dia sedang berjalan-jalan di lantai. Sakit dan akan rasa gatal. Haha. Yaie memag memelihara lebah dan mereka menjalani kehidupan lebah dengan selesanya di situ. Orang kata kalau ada lebah tinggal di dalam rumah, tandanya murah rezeki. Betul ke? Tolong jangan percaya.

Ok, kembali ke cerita asal.

Jadi ada yang nak tidur atas katil dan bentang tikar di lantai. Saya awal-awal dah chop nak tidur atas katil. Set! Tiada masalah. Kemudian, nak tidur tak boleh buka lampu sebab nanti lebah-lebah tu akan keluar dari sarangnya. Lebah-lebah ni pantang kalau ada lampi terbuka, nanti mulalah mereka nak berterbangan dan bermain-main di sekitar lampu tu. Mungkin pada mereka itu pelangi atau matahari. Mungkinlah.

Jadi, kami pun pasanglah lampu dulu-dulu yang menggunakan minyak tanah tu. Tahu tak? Lampu pelita.

Kemudian, selamat malam semua. Senyap. Tidur. Ayam berkokok. Keesokan harinya.

Saya terus pandang muka sepupu saya. Dan.... hahahaha.. saya gelak. Terus lari dan bagi tahu kat semua orang. Muka dia penuh dengan asap a.k.a jelaga dari lampu pelita. Apa lagi semualah gelak. Kemudian, baru saya perasan rupa-rupanya saya pun ada juga. Haha. Tengok la muka di depan cermin. Tidak di sangka, sampai macam tu sekali penangan jelaga dari pelita. Hehe.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pasang lampu pelita kalau nak tidur. Serik! Tetapi memang comel semua masa tu. Hehe.

Monday, November 17, 2008

.kisah tentang paku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.


Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

* Saya minta maaf jika selama ini saya membuat bekas atau parut di hati anda sama ada sengaja atau tidak. =)

* Kawan saya yang menghantar email kepada saya tentang kisah ini. Tak salah kalau saya berkongsi dengan anda semua. hehe.

Friday, November 14, 2008

.fakta menarik tentang mereka.


Assalamualaikum.

Saya suka mengumpul kawan. Adakah itu satu hobi? Tidak. Tidak salah kalau kita suka berkawankan. Sejak saya berLI di ILP Pedas ini, kawan-kawan saya tentulah terdiri daripada mereka yang bekerja di sini.

Baru-baru ini saya bertugas di Bukit Jalil (saya akan post enrty tentang ini di masa depan). Sedang saya bertugas, saya bersembang-sembang dengan seorang staf dari JTM (ibu pejabat). Dia tanya pada saya adakah saya akan rasa sedih bila tamat LI nanti. Dan tanpa berfikir panjang, saya terus menjawab mestilah akan rasa sedih. Mereka semua baik dan baik dan baik. Saya suka bekerja dengan mereka. isk.. Dan staf itu tersenyum. Saya pun senyum. =)

Inilah mereka.

.puan rohaizah.

ketua jabatan disini. sangat berfikiran positif. pandai mengambil hati dan memuji anak buahnya. puan kadang-kadang agak kelam kabut (cepat-cepat, lari-lari anak). haha. sangat comel. hehe. selalu bercerita tentang dirinya. (percaya atau tidak, puan pernah bercerita tentang kisah cinta pertamanya kepada saya) hehe. mereka suka memanggil puan dengan panggilan makcik atau principle. hehe. puan seperti saya, sukakan kesempurnaan bila membuat kerja. puan sangat suka artis-artis dari korea. haha. puan selalu suruh saya memuat turun lagu-lagu korea. haha. Puan juga ada bisnes kek!! puan pernah ambil cuti ketika bulan puasa untuk siapkan tempahan. haha. dan diakui, memang sedap. =)

.encik abdul aliff.

sangat jujur tetapi kadang-kadang tak. hehe. dan kalau dia nak cakap sesuatu, memang direct tanpa ada tapisan.hehe. perangainya seperti budak-budak. suka membaling buku, pen, hentak kaki, tendang kerusi meja. haha. kalau baru kenal dia tentu akan ingat dia ini marah padahal dia gurau saja. hehe. dia sangat suka membaca seperti saya. saya selalu meminjam koleksi buku dia. hehe. dia juga selalu membantu saya dalam kerja seharian. terutamanya TMS. kalau membantu, dia akan bantu sehingga kerja kita siap. baik tak dia? tetapi kalau gelakkan orang, memang nombor 1! hehe.

.encik badri.

encik badri orang Batu Pahat. orang kampung tu. hehe. bagus dalam hal-hal media ini. terutamanya photoshop dan hal-hal kamera dan sebagainya. dia selalu menerangkan kepada saya tentang kamera itu, kamera ini. dia pernah memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi pembantunya untuk menjadi jurugambar bagi majlis utama disini. selalu memberi idea dan mengajar saya untuk menjadikan sesuatu kerja media itu menjadi lebih cantik dan menarik. dia suka membuat sesuatu sehingga menjadi dan membuahkan hasil. dia juga seperti encik alip, kalau gelakkan orang, memang satu kumpulan. hehe.

.hakim.

dia ini pembantu perpustakaan disini. dia menggelarkan dirinya penjaga buku. sangat suka membuat lawak! serius. dia suka membuat orang lain ketawa. suka menyanyi, suara boleh tahan. paling kelakar, dia suka menyanyi dan lirik ikut dialah nak letak apa. haha. mungkin dia bercita-cita nak jadi ahli parlimen kerana dia aktif juga hal-hal politik ini. hehe. pernah, dia datang senyap-senyap dari belakang komputer saya dan menarik monitor komputer saya, masa itu sangatlah terkejut. rasa nak gugur jantung kerana tiba-tiba monitor komputer ini nak jatuh. jahat kamu hakim! huhu. semua orang suka kalau dia buat lawak. haha.

.kak yanti.

pengajar matematik disini. sangat baik. sedia membantu, tanpa berkira. kak yanti pernah menghantar saya ke klinik kerana saya demam. malam-malam. terharu. kerja dia banyak tetapi dia tetap melakukannya demi menjaga hati semua pihak. selalu mengalah dengan mereka-mereka yang berkaitan. kasihan kak yanti tetapi dia tetap buat sampai siap. huhu. suka mengumpul cerita korea! saya selalu pinjam dari dia. hehe. saya pernah menggantikan kelas dia untuk beberapa kali. seronok juga mengajar. hehe.

.banu.

pengajar bahasa inggeris. dia juga housemate saya. baik dan suka bercakap. tidak berkira. selalu menjadi penggalak untuk bertutur dalam bahasa inggeris. menjadikan hari selasa hari bertutur dalam bahasa inggeris di pusat sumber. tetapi akhirnya setiap hari perlu cakap bahasa inggeris. haha.

.kak zu.

suka memberi nasihat. ada banyak buku diatas meja kak zu. tips bekerja di pejabat. doa-doa kejayaan. huhu. pelajar agak rapat dengan kak zu (kalau tak silap) kerana kak zu adalah staf yang menjaga hal-hal asrama dan sebagainya.

Inilah mereka. Baikkan mereka. Saya suka bekerja dengan mereka.

* kawan-kawan dari unit lain pun baik.
* staf dari ibu pejabat pun baik. Sejak saya kenal dengan mereka di Bukit Jalil ketika majlis konvokesyen ILJTM.

Monday, November 3, 2008

.kisah tentang seorang kawan.

Assalamualaikum..

Ketika belajar di UTeM, saya ada seorang kawan.. Tapi dia ni bkn la student UTeM.. Dia belajar kat UTHM. Saya pun tak pernah berjumpa dan bersua muka dgn dia. Kami hanya berkawan dan bersembang di YM dan Fs.. hehe..

Selalu kalau di YM, kami bersembang bermacam-macam perkara dari hal pelajaran hingga la ke politik (
saya paling tak minat politik ni tp dengar je dia bercerita).. huhu.. Setiap kali kami berym, tak sah kalau kami tak berselisih pendapat.. hehe.. Pendek kata ada je benda yg saya usulkan dia tak setuju dan begitu juga saya.. (part ni paling saya tak suka sebab asyik saya je kene mengalah.. huhu.. kadang dia ada gak mengalah.. hehe) memang sakit hati la kadang-kadang tu.. Tapi walaupun kami selalu je saling tak setuju antara satu sama lain, tp setiap kali online kami mesti berchatting bersama.. hehe.. pelik tak kami? hehe..

Satu yang saya tau tentang dia ni, dia memang suka bercerita. Kadang tu saya malas nak layan sebab dia je nak cerita, langsung tak bagi peluang kat saya nak cerita.. tak adil sungguh.. cerita dia nak suruh kite dengar tp cerita kite dia wat tak tau je.. huh.. dan bila dia sedar saya dah malas nak layan baru dia tanya.. "Hajar awk dengar tak?" (ayat yang sama bg setiap sesi).. pastu baru dia akan cakap lg.. "Ok, awk pulak cerita".. dan saya akan taip panjang lebar.. haha.. balas balik.. hehe..

Dan.. suatu hari.. (masa tu kat
UTeM lg dan saya tengah sibuk dgn projek PSM).. saya memang takde mood nak dengar dia bercerita.. dan berlaku la sedikit terasa-rasa hati.. hehe.. saya pun biarkan je la sebab tu perkara biasa bg kami.. huhu.. esoknya mesti ok blk.. tapi..

Itu la last saya ym ngan dia.. (
seingat saya la) selepas kejadian tu kami tak ym lagi dah.. fs dia pun tak update.. huhu.. so, kami tak contact lagi selepas tu.. (no phone dia saya tak save walaupun dia ada bagi dan call.. hehe..) lama-lama saya pun wat tak tau je la.. lg pun tgh sibuk ngan PSM..
Baru-baru ni.. seorang kawan saya kata dia nak contact saya semula.. dan paling mengejutkan sekarang dia sedang menjalani rawatan di HUSM.. dia ada cancer.. hmm.. saya rasa sgt terkejut.. antara percaya dan tak..

Dia bagi tau dia kene menjalani
12 kemoterapi, mkn 16 biji pil bg setiap jenis ubat.. muntah-muntah.. daya tahan badan (antibodi) yang tak kuat.. kene amik ubat antibiotik (24 beg sehari).. mengalami pneunomia.. macam-macam la..

Hmm.. begitu byak sekali.. Dia cuba menjadi gembira utk melupakan dia sedang menghadapi penyakit kronik.. Dia sedang berusaha..
Saya sebagai kawan, hanya mampu memberi kata-kata semangat dan pastikan dia sentiasa berfikiran positif.. sekarang kalau dia kongsi cerita, saya akan iakan saje.. takpe.. saya tak kisah..

Semoga dia cepat sembuh dan kami boleh kongsi cerita dan 'gaduh-gaduh' pendapat lg.. =)

p/s: Dia ada bg tau saya 1 rahsia.. hehe.. saya simpan sampai sekarang.. tp yang pasti ia agak kelakar.. hehe.. tak sangka dia akan buat macam tu.. hehe..

p/s/s: Kita sama-sama berdoa dia akan cepat sembuh eh.. =)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors