Thursday, February 25, 2010

.bunga sakura.

salam


baru-baru ni pergi bercuti kat china. betul ni. :p
gambar ni di ambil oleh miss ben.

oh, kenapa rasa mereka dalam gambar ni sangat comel. hihi
.

haih.. rindu pula dengan orang dalam gambar tu. huhu.
tahun depan CNY kita pergi lagi ya! :p






.

Wednesday, February 24, 2010

.majlis pertemuan semula.

salam


hujung minggu lepas sangat memenatkan. tapi sangat berbaloi bila dapat jumpa kawan-kawan. last jumpa masa konvo bulan okt lepas, itu pun tak semua jumpa. huhu.

oo, shaz dan suami sangat comel. pelamin, dewan semua nampak comel dan sweet. :) semoga mereka bahagia hingga ke syurga, InsyaAllah. :)

kawan-kawan saya semua semakin cantik! haha. senorok dapat jumpa ramai kawan masa belajar dulu. dulu smar pernah cakap, majlis kahwin-kahwin macam ni lah jadi tempat reunion kawan-kawan. betul jugakan. :p

oklah. lepas ni majlis siapa pula? hihi. :)

* tie, tak sempat kita nak bergosip-gosip. huhu. macam mana ni? :p
* saya juga cantikkan sikit blog ni. how do i look?? ;p

Wednesday, February 17, 2010

jalan sesak

salam

semalam jalan sesak. ya. memang sudah dijangka sejak awal.

walaupun jalan sesak tapi saya sangat suka. saya rasa selamat dan tenang. hehe.
sebab semua kereta bergerak perlahan. takde yang sampai 100 - 200 km/j. haha..

oh ya. semalam juga kali pertama saya dapat tengok live superman bawa motor. gaya terbang atas motor. manalah mereka tu letak otak dan akal fikiran. budak-budak zaman sekarang memang pelik.

* rasa puas bila tengok driver yang guna lorong kecemasan kelam kabut nak masuk lorong kanan bila nampak polis tengah tunggu kat depan. haha. haih, tak baik betul saya ni. :p tapi betulkan. jangan penting diri sendiri bila dijalan raya.

Tuesday, February 9, 2010

sakit gigi dan si dia.. ehem.. ehem..


salam

sakit gigi. sudah hampir 2 minggu. huhu. orang kata sakit gigi sebab nak tumbuh gigi bongsu ni boleh sampai ke demam ya? setakat ni takde la pula rasa nak demam. cuma rasa susah nak makan. haha.

dan lagi satu, orang kata kalau dah tumbuh gigi bongsu, kita tak boleh tinggi-tinggi lagi. ye ke? itu mitos ke tak? entah. ;p

sudah tidak sabar rasanya nak balik cuti CNY. mahu jumpa 2 orang puteri baru. :)

oh ya.. sekarang ini saya sudah kembali termimpi-mimpi dan terbayang-bayang si dia. gawat macam ni.
















:p

Monday, February 8, 2010

pilih bulu

salam

manusia punya ragam dan perangai yang berbeza. ada yang kita suka dan ada yang buat kita rasa sakit hati.

pernah tak kita buat, dengan seorang ni kita ramah peramah cakap tak henti-henti. tapi dengan seorang lagi, sepatah ditanya sepatah dijawab. selalu juga tertanya, kenapa kita membezakan layanan kepada 2 orang itu.

nak contoh lagi? katalah cik minah tanya macam mana nak buat nasi lemak, cik gayah akan terangkan dari a-z. lengkap. siap bagi tips nak bagi wangi sikit dan sedap. dan lepas tu cik bedah tanya kepada cik gayah, cik gayah akan jawan acuh tak acuh saja. tunjuk pun macam terpaksa saja.

lebih kurang macam tu la. kesiankan pada cik bedah. pepatah ada kata, bertanyalah, kalau tak sesat jalan. nak belajar benda baru kenalah tanya orang lebih tahu. kemudian, bincang dan buat sama-sama.

kalau orang bertanya, walaupun kita sendiri tak tahu, tetapi sekurang-kurangnya kita bantu juga. bagi nasihat ke, pandangan ke ataupun semangat untuk dia terus cuba sampai berjaya. jangan hanya kata 'aku tak tau' atau 'awak buat sendiri'.

dulu pernah tak rasa takut nak tanya pensyarah atau cikgu? sebab mereka garang ke, tegas ke. saya pernah rasa. :p kita nak tanya ni sebab kita nak tahu. tapi adakalanya kita dimarah sebab kita bertanya. tapi kalau pensyarah atau cikgu tu bila kita tanya, dia pun bagi respond yang baik, lain kali nak tanya pun dah tak takut atau segan.

tak rugi kalau kita bantu orang lain dan ilmu yang ada tu kita amalkan bersama.

sekian.

Monday, February 1, 2010

.kisah tentang naik atau bawa?.

salam

hari pertama di bulan baru. apa pencapaian bulan lepas? auditlah sendiri. :p saya? biarlah rahsia. haha.

hujung minggu lepas ni saya balik kg. belajar semula cara pemanduan yang berhemah. belajar dengan abang no 1 betul-betul rasa macam belajar masa nak ambil lesen dulu. huhu. betullah, bawa kereta ke motor ke kapal terbang ke kita kena yakin. tak boleh takut-takut. ini termasuk juga untuk tekan hon kereta! haha. saya masih takut nak hon orang lain. sebab saya sendiri pun tak suka kena hon. menjatuhkan keyakinan diri. :p

abang no 1 kata, jangan fikir tu jalan kita, kita boleh jalan, kita betul, orang tu yang salah. takde konsep tu. sebab kalau dah terlanggar, dua-dua kena. so masing-masing jaga diri sendiri dan jaga orang lain. jangan pentingkan diri sendiri. itulah sikit ceramah abang dalam kereta.

sebagai pemandu berhemah, kita perlu berusaha untuk mengelakkan kemalangan. betullah kata pepatah tu, biar lambat asalkan selamat. pandu berhemah, ingat orang yang tersayang. :)

oklah, cukup dulu cerita sampai sini. nanti saya sambung lagi ya! :)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors