Thursday, August 27, 2009

.kisah tentang bahu ikan.

salam

semalam kami buka nasi goreng, ayam goreng, cendawan goreng. goreng semua? ha ha. ye. sebab tu je yang ada dalam peti ais. masak je la apa yang ada. sempat gak beli mertabak dan kuih kat pasar depan taman.

tengah-tengah syok buka tu, mereka cerita fasal ikan keli. huh. saya tak makan ikan keli ok. tak lalu nak makan. bila tahu saya tak makan, lagi galak diaorang bercerita. saja je nak mengenakan orang. hu hu.

housemate 1 : kak, esok kita masak ikan keli nak?

sambil cakap tu dia jeling kat saya. eleh, tak heran. saya cakap dalam hati.

housemate 2 : haah. ok gak. untuk orang tu kita masak sardin.

gelak sakan mereka. sabar je la. then, housemate 2 sambung.

housemate 2 : akak suka makan pipi dia tu. lagi sedap kalau goreng rangup-rangup.

saya+housemate 1 : hah? ikan ada pipi ke kak?? ha ha ha ha.

housemate 1 : ha ha. adalah. yang pipi tu. bawah kepala tu.

housemate 2: ohh.. bahagian bahu dia tu eh.

saya+housemate 1: ha ha. bahu?? ikan ada bahu ke.

ha ha ha ha. serius, lawak sungguh.

haousemate 1 dapat cubitan dari haousemate 2.

saya? ha ha. gelak tak sudah.

adeh. kelakar. =)


Wednesday, August 26, 2009

.kisah tentang hari wanita.


salam

selamat berpuasa. =) hari yang ke lima, dah semakin boleh sesuaikan diri. tapi mula-mula bangun sahur, pedih gak la nak buka mata tu. he he.

semalam patut saya pergi buka puasa kat klcc. ada sambutan hari wanita kebangsaan. tuan pm rasmikan. tapi lepas fikir semasak-masaknya, campur faktor-faktor yang berkaitan, saya tak jadi nak pergi. kerja agak banyak dan menyahut seruan kerajaan. kurangkan berada di tempat tumpuan umum. he he. lagi pun pergi petang balik malam. penat tu. hu hu.

sekarang macam-macam ada dalam kepala. kerja. puasa. raya. cuti raya. konvo. cuti konvo. adeh. pening. smar kata semua tu benda kecil. tak perlu besarkan sesuatu yang kecil. nanti kita yang terasa berat. [ya. saya semakin berat. ha ha]

polisi kat sini, selepas cuti raya, setiap unit perlu sekurang-kurangnya ada seorang staf yang bertugas. [dari rabu, khamis dan jumaat] dan seperti biasa, kami anggota-anggota baru ni kenalah berkorban. he he. bagi staf senior cuti lebih. sebenarnya, hormat ke mereka. kita baru ni mestilah berkorban sikit. kan. cuti tak apply lagi. untuk konvo pula pun sama.

baru saya teringat kata-kata abang no 3. dulu saya selalu bising kat dia sebab susah sangat nak cuti. asyik kerja je. pastu dia kata, nanti saya dah kerja saya rasalah. sekarang, hah! saya pulak dapat rasa macam mana dilemanya. he he. takpelah, jangan fikir banyak-banyak. buat pening je. positif sikit. benda kecil je semua tu. he he. ok la. jom kita enjoy! enjoy buat kerja. ha ha.


Friday, August 21, 2009

.kisah tentang abang no 1.

salam


selamat hari jumaat. hari yang saya paling suka. =) di samping waktu kerja yang sedikit pendek, tapi saya semacam dapat satu semangat untuk bangun pergi kerja. he he.

dalam kereta nak pergi kerja tadi, abang no 1 telefon. tanya bila saya balik kg. bila di office, mak pula call tanya abang no 1 ada call tak. ya. saya akui saya jarang call abang no 1. kalau ada hal penting je baru saya call dia. hmm. jahat tak saya? tapi saya tetap ingat dia dalam setiap doa saya selepas solat. =)

abang no 1 banyak berkorban untuk saya. dulu masa saya kecil, dialah yang selalu beli buku a b c untuk saya. supaya saya rajin belajar. dialah yang hantar pergi sekolah, walapun saya selalu saya kena berdiri luar kelas sebab lambat datang sekolah. setiap kali exam, dia akan tanya saya dapat nombor berapa, berapa a. dia juga yang suruh saya masuk asrama selepas upsr. tapi saya taknak. =(

bila naik sekolah menengah, dia paling kerap pantau pelajaran saya selain dari mak. walaupun masa tu dia duduk jauh. saya tau, mereka semua berharap saya boleh berjaya. masuk u dan kerja bagus. bila tamat spm, masuk kolej, saya dengar dia kata 'adalah yang dapat jadi doktor lepas ni' .hu hu. dia jemput, hantar balik kalau saya balik kg hujung minggu. sedih bila ingat balik. sebab, saya macam dah kecewakan semua orang sebab lepaskan peluang untuk jadi doktor. =(

bila masuk u, saya merungut mula-mula. sebab belajar sangat susah. saya mengadu pada mak. mak bagi tau abang no 1. masa balik kg lepas minggu orientasi tu, sepanjang perjalanan abang no 1 bagi ceramah free kat saya. hu hu. saya hanya kata, ok. ok. sem 1, mesti dia kecewa sebab result biasa je. soalan pertama dia tanya, 'nape tak 3 pointer' hu hu. saya jawab, 'ntah, dah buat betul2, tapi dapat ni je'.

bila dapat result 3 pointer, saya rasa sangat gembira. sebab saya tak sabar nak bagitau abang no1. saya tau dia mesti bangga. ya. dia kata 'dah ok la tu'. dan saya senyum sampai telinga. =)
masa li, balik hujung minggu memang dengan dia. tengok, sampai masa li pun saya asyik susahkan dia. =( sampai pergi interview kerja pun dia yang hantar. saya pernah berazam, habis belajar saya taknak susahkan dia lagi.

kadang-kadang mak utama kan dia. tapi saya tak kisah sebab itu memang keistimewaan abang no 1. dia di hormati oleh ahli keluarga. saya? saya disayangi oleh ahli keluarga. ha ha.

mak kata, abang no 1 dapat result cemerlang masa stpm. tapi tak dapat sambung belajar. sebab masa tu takde duit. sedih saya dengar.

mak kata abang no 1 paling berdikari. cari duit sendiri. kalau lapar, dia makan nasi berlauk kicap. sedih saya dengar.

mak kata abang no 1 paling dengar kata. kalau mak kata putih, putih la abang no 1 akan ikut.

tapi, saya dengan abang no 1, kami memang jarang bercakap bersama. cakap bila perlu. entah, tak tau nape. memang macam tu. hu hu. sejak kerja ni, lagi jarang. mungkin sebab jarak umur kami sangat jauh. lagi pun saya memang susah nak tunjuk perasaan saya. suka saya diam, marah saya diam, sayang saya diam, rindu pun saya diam. sekarang dia ketua keluarga. dan satu hari nanti dia akan jadi wali saya.

saya harap abang no 1 akan terus berjaya, sihat sejahtera, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. =) sebab dia ketua keluarga yang perlu menjaga kami semua. saya sayang abang no1. dan saya akan mengagumi dia kerana dia hero saya. =)



Thursday, August 20, 2009

.kisah tentang ramadhan.

salam

sedikit masa lagi, kita akan menjalani ibadah puasa. di sini ada satu artikel yang saya dapat dari rakan sepejabat dan saya rasa ada baiknya saya kongsikan bersama. sama-sama kita kongsi ilmu-ilmu baru yang kita dapat. =)

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah

meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan


(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya

dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan

makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum

dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan

ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah



* selamat menjalani ibadah puasa. semoga ramadhan kali ini, kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah. =) maaf dipohon kepada semua jika ada silap dan salah. berpuasalah di siang hari dengan penuh keikhlasan dan penuhilah malam-malam ramadhan dengan ibadah kepada Tuhan Yang Mencipta kita semua.

salam ramadhan. =)


Monday, August 17, 2009

.kisah tentang output.

salam


penatnya fikir..
letihnya nak fikir..





memang letih dan sakit hati bila output tak seperti yang kita mahukan.. =(
rasa nak baling komputer ni pun ada! =p


* saya dah boleh ketawa sikit tadi, si penjaga buku memang pandai nak ceriakan orang. he he. dia bagi teka-teki. mee apa paling berat. hah! memang tergelak dengar jawapan dia. he he.

Sunday, August 16, 2009

.kisah tentang hujung minggu.

salam

wah. indahnya hari minggu ini. dapat rehat, tidur, tengok tv sepanjang hari. sambil makan-makan kat rumah....

.
.
.
.
.
.
.

ohh.. saya mengalamun td. ok. sambung buat kerja.

.

* sunyinya ofis hari ni.. hu hu

Friday, August 14, 2009

.kisah tentang solat tahajud.

salam

sekejap dah hari jumaat. rasa macam baru je saya rasa malas sebab dah hari isnin. rasa cuti sabtu dan ahad tak cukup. hu hu. pada penghulu segala hari ini, saya nak kongsi sedikit info. semoga kita semua akan dapat keberkatan dariNYA. InsyaAllah. =)

solat tahajud. banyak kelebihan solat tahajud ni. tapi berapa ramai di antara kita yang sanggup bangun dari tidur, bangun dari lena yang diulik mimpi yang indah. termasuk saya juga.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan semangat untuk melawan rasa mengantuk, dingin di tengah malam untuk sujud kepadaNYA.

saya juga sangat tersentuh apabila mendengar lagu dendangan afgan. padaMU ku bersujud. sangat mendalam maksudnya.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

* Al-Fatihah untuk seorang bekas pelajar saya, Mohd Candra dan juga ketua kump Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim. Kita pasti rindu untuk mendengar suara lunaknya mengalunkan zikir-zikir dan lagu-lagu yang memberi pedoman untuk kita semua.

Monday, August 10, 2009

.kisah tentang kereta.

salam

hari ni, satu sejarah dalam hidup saya telah terjadi. he he. hari ni saya memandu sendiri pergi kerja. =) bangga pula rasa. he he. mestilah, pertama kali ni, saya memandu sendiri walaupun dah bertahun-tahun saya dapat lesen.

perasaan? hmm. macam-macam. takut, cemas, teruja. ha ha.

masa tu dah fikir, halangan-halangan saya akan saya hadapi sepanjang nak jalan nanti. hu hu.

simpang nak keluar dari kawasan rumah. sini memang zon tahap bahaya. kereta banyak, pastu saya ni kan jenis penakut nak lintas jalan. ha ha. dan, seperti yang disangka, kereta berderet-deret. hu hu. tawakal. Alhamdulillah, berjaya. he he.

kemudian, lampu isyarat. kenapalah tak hijau. saya malas nak berhenti. ha ha. takut enjin mati nanti. ha ha. untuk mengelak lampu isyarat tu, saya ambil jalan lain. ha ha. tak kisah lah, janji selamat tu yang paling penting. he he.

tapi akhirnya, kena gak berhenti kat bulatan depan mpn. risau sangat masa tu. kereta kat belakang pun banyak. ok. set otak, jangan panic, relax saja, buat macam biasa. dan. semuanya ok. he he.

hari ni, dapat lagi free topeng. tapi tak pakai pakai pun lagi. hu hu. ye. ye. nanti saya pakai ye.
sampai je office terus bagi tau mak dengan smar. ha ha. mak mesti bangga dengan saya. he he.


Friday, August 7, 2009

.kisah tentang cita.

salam

he he. pagi-pagi dah buka blog. ye. ye. kejap lagi saya mula balik buat kerja yang melimpah ruah tu. entah bila boleh siap. hu hu. ok. semalam, di saat rasa mengantuk seperti tak cukup tidur masa exam dulu, saya suka baca blog orang lain. tak kiralah saya kenal ke tak. janji, boleh segarkan balik mata yang agak-agak cantik ni. heee..

dan. saya terbaca 1 blog. tengok-tengok dia adalah kawan saya masa kat kolej di london dulu. ha ha. selepas habis kolej, langsung kami takde contact. lost macam tu je. sekarang dia ada kat indonesia, ambil perubatan. dulu kita orang pernah sambut besday sama-sama. belanja budak kelas sebab besday kami sama. he he. baguslah, semoga dia dapat jadi doktor yang baik satu hari nanti.

sebenarnya yang saya nak cerita ni, fasal cita-cita saya dulu. semalam duk ingat-ingat balik cita-cita masa kecil. boleh tergelak. ha ha. dulu, masa sekolah remdah, darjah 1, cikgu tanya saya nak jadi apa. he he. cikgu. kenapa? sebab masa tu saya nampak cikgu baik. semua murid sayang cikgu. semua murid dengar cakap cikgu. pagi-pagi murid berebut-rebut datang kat cikgu nak salam. nak bawakan beg cikgu. nak bawakan buku. sesuatu yang best sangat bila cikgu minta kita tolong bawakan buku pergi bilik guru. =) huh.. rindunya saat tu. =( 'bersih' kan kita masa kita kecil. =)

ok. then besar sikit, cita-cita pun berubah. ha ha. haa. yang ni saya segan sikit nak cerita. tak tahu lah macam mana kerjaya ni boleh jadi cita-cita saya. he he. lama gak la saya simpan cita-cita ni. ni semua pengaruh sepupu saya. hu hu. kemudian, masa tu, ada kawan cita-cita dia tu sama dengan saya. saya kata kat dia, saya dah nak jadi tu dulu. ha ha. adeh. 'bergaduh' sikitlah masa tu. ha ha. kelakar. ha ha. sejak tu saya tak mahu lagi pegang cita-cita tu. rasa dah tak best. memanglah tak best bila sama dengan orang lain. ha ha. tahu tak apa cita-cita tu? he he. kawan baik saya pernah tanya. bila dia dengar. dia gelak macam apa. tahan je la kena perli lepas tu. ala. apa salahnya nak jadi tu. dapat pergi naik kapal terbang free apa. ha ha. cuma, uniform dia nak kena tukar lah. tak sesuai saya pakai uniform dia. he he. apa lagi, pramugari lah. ha ha. dulu, masa naik kapal terbang, nampak lemah lembut je mereka semua. macam saya. ha ha ha. ok. perasan saja.

bila naik sekolah menengah, saya dah ada kesedaran sikit. pelajaran tu sangatlah penting. dan masa tu saya suka sangat matematik. dan. cita-cita pun tukar nak jadi akauntan. baru best. ada class. ha ha. memang masa tu tak kira. nak jadi gak akauntan. =)

after pmr, masuk kelas sains. tapi saya tetap ambil prinsip akaun. masa tu. cita-cita nak jadi akauntan dan pudar. ha ha. nak-nak bila, saya semakin minat dengan sains. pening tu nak buat kunci kira-kira. asyik tak balance je. tension tu. aset, invois, diskaun 10% lah, liabiliti lagi. hu hu. pening-pening. dan. masa tu lah, saya nak jadi doktor. =) serius punya serius, ni lah satu-satunya cita-cita yang saya harap sangat saya dapat satu hari nanti. biologi memang subjek kegemaran. tanyalah apa. osmosis, arteri, hemoglobin, fotosintesis. ha ha. kira ok la. he he. so, tekad. doktor. ye. doktor. doktor. kemudian, keluarga pun tak membantah. kira ok lah kan.

tapi pada sama, saya suka sejarah. saya suka puisi. saya suka menulis. bercampur-campur dah ni. ha ha. saya suka melakar. saya lukis rumah. rumah. dan rumah. ye. ingin jadi arkitek pula. ha ha. ok. masa kat kolej, khusus sains hayat. tapi masa tu, saya tak cukup bagus nak masuk bidang tu. frust. ye. agak frust. sedih masa tu.

sekarang tak lagi. he he. saya memang tak sesuai jadi doktor. ha ha. tengok luka sikit pun saya tak sampai hati. ni pula nak bedah orang. huh. tidak! kerja sekarang? ha ha. takde pun terlintas nak jadi macam ni masa sekolah dulu. sikitlah rasa masa belajar kat u dulu. he he. selalu kita rasa kita sesuai terhadap sesuatu. tapi tanpa kita sedari, itulah terbaik untuk kita. =) jadi, teruskan la usaha walaupun kita rasa susah sangat. lama-lama nanti kita akan terbiasa.

kata mak saya - dah ramai jadi cikgu. [dalam family sayalah] ingat senang nak jadi doktor. jumpa orang sakit tiap-tiap hari. sanggup tak? teruslah belajar. it tu penting untuk semua. [kata-kata mak untuk kuatkan semangat saya supaya terus belajar]

kata cikgu istiwat - saya tak pernah ada cita-cita. saya tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. [cikgu istiwat cikgu kelas masa saya darjah 1. dia ajar matematik. tapi, dia memang cikgu yang hebat]

kata pensyarah saya - nak jadi doktor tak semestinya kena ambil perubatan. biar mereka bedah orang. kita jadi doktor juga satu hari nanti. kita bedah komputer. [memang membakar semangat nak belajar bersungguh-sungguh]

moralnya, tak kira kita buat apa. tapi kena ikhlas. usaha itu penting. dan bersyukur dengan apa yang kita ada. setiap yang kita dapat itulah adalah yang terbaik untuk kita. DIA lebih mengetahui. =) ye. Alhamdulillah. terus berusaha ya semua!

* hah. baru perasan. panjang sungguh entry kali ini. ha ha.

Wednesday, August 5, 2009

.kisah tentang hikayat cinta.

When a GIRL is quiet .....
millions of things are running in her mind.


When a GIRL is not arguing .....
she is thinking deeply.


When a GIRL looks at u with eyes full of questions ...
she is wondering how
long you will be around.

When a GIRL answers ' I'm fine ' after a few seconds ...
she is not at all
fine.

When a GIRL stares at you she is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest ..
she is wishing for you to be hers forever.


When a GIRL wants to see you everyday...
she wants to be pampered.


When a GIRL says ' I love U ' ..
she means it.


When a GIRL says ' I miss U' ......
no one in this world can miss you more than
that..

Life only comes around once make sure u spend it with the right person ....

Find a guy ..

who calls you beautiful instead of hot.


who calls you back when you hang up on him.

who will stay awake just to watch you sleep.

Wait for the guy who ...

kisses
your forehead.

Who wants to show you off to the world when you are in your sweats.

Who holds your hand in front of his friends.

Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you.

Who turns to his friends and says, ' That's her!!'

thank you! =)


Tuesday, August 4, 2009

.kisah tentang bunga.

salam

hari ni technician dari unit khidmat pengguna datang. nak pasang pc kat bilik saya. hmm. saya tak tahu pc ini saya akan guna ke tak. saya dah dapat laptop untuk buat kerja. [tapi hakikatnya saya lebih suka ada pc dari laptop] he he. dah memang prucedure kat sini, setiap staf akan dapat 1 pc. jadi saya terima seadanya. he he. bersyukur tu penting kan. kan. =)

tech : kami nak pasang pc.. hm, tak mengganggu ke?

saya : eh.. tak la.. takpe, tak ganggu pun..

so, saya buat je kerja saya sambil dia orang pasang pc tu.

tiba-tiba..

tech : ada beli bunga tepi jalan ke?

saya : hah?? bunga? takde pun. [masa ni blur sikit, kenapa dia tanya macam tu tiba-tiba..]

tech : tapi ni ada bau bunga.. macam bunga orang india tu..

saya : ooo... [saya terus teringat kat pewangi saya baru beli tak lama dulu]

tu ha..

saya tunjuk kat atas meja. then, dia tengok, tapi lama gak dia cari tapi tak jumpa. habis semua di tunjuknya. ni ke, ni ke.. magnet, pencuci cermin mata saya. semua. ha ha.

lastly, saya ambil pewangi tu bagi kat dia.

tech : haa.. ni kan bau bunga yang selalu orang india pakai tu..

saya : hah.. yeke?? tak tahu pun..

serius, jujurnya, saya tak tahu. hu hu. saya tanya pada si officemate, dia kata memang tu la bau dia. hu hu. macam mana semua orang boleh tahu, saya tak tahu ni. yang saya tahu, pagi-pagi saya masuk office, ada bau wangi, rasa relax je.. hu hu..

tapi saya tengok nama bunga tu jasmine, secara spesifiknya pewangi glade jasmine. he he. hmm, salah ke saya guna pewangi tu? itu just bunga saja kan.. dan sebenarnya saya salah beli. saya tak tahu pun bunga tu, saya ambil je masa beli dulu. sebab tak terfikir pun tu bunga apa. yang penting bunga. dan bunga tu wangi. belek-belek kat office baru perasan, yang saya baru beli ni tak sama dengan saya beli dulu.

saya tertanya-tanya, patut ke saya tukar pewangi lain untuk segarkan bilik ni? hu hu.. it is just perfume right?

ok. ok. lain kali saya beli bau bunga lain pula.
hmm, nak tunggu yang ni habis ke terus beli baru?
kakak baik hati kata, tak salah pun. cuma pewangi je. hu hu. lega hati saya. dia pun kata wangi. =)

* then, si budak pandai koding tu cakap, macam bau kat kubur je. ye. kami google. bunga jasmine = bunga melur. hu hu. ada elemen seram sikit kali ni. he he.


Monday, August 3, 2009

.kisah tentang sakit kepala.

salam

hari ni mungkin saya jadi antara yang datang paling awal. 0715. he he. awal tu. kemudian pergi perhimpunan bulanan. paling suprise tiba-tiba di jemput pergi depan. pengenalan staf baru. baru? 3 bulan dah. kira baru ke? habis perhimpunan, pergi Unit Keselamatan, nak ambil sticker kereta untuk sesi ni, dan perasan. ha ha. lesen saya tamat hari ni. hu hu. macam mana boleh tak perasan ni. tak boleh la nak bawa kereta. hu hu. =(

kepala pula sakit hari ni. tak tau sama ada sebab saya salah makan, atau saya tak dapat nak create view dari pagi tadi lagi atau darah tinggi. darah tinggi?? oh. di jauhkan. tadi google, sakit kepala juga salah satu tanda h1n1. hu hu. tolong, di jauhkan juga.

masa lunch singgah kedai jap, ingat nak beli panadol. sampai office, nak makan. actal? alahai, saya kata kat pekedai tu panadol. ni jenama baru ke? haih.. nak makan takut pula. tak pernah dengar lagi ni. hu hu. sabar je la. moralnya, selepas beli sebelum keluar kedai, tengok betul ke tak barang tu.

hari sabtu, saya pergi picc. dijemput hadir ke majlis konvokesyen. hmm, biasa je. lama pula tu kena duduk dalam dewan. sejuk dan bosan. hu hu. paling tak best, toilet kat situ. kesian makcik-makcik merungut macam mana nak guna toilet tu. tak mesra pengguna. [kalau nak tau macam mana, pergilah picc. takpun kat alamanda. sama je. 2x 5. mungkin style zaman sekarang kot]

ada yang kelakar, sebelah paginya, saya kelam kabut nak masuk dewan. kakitangan dan ibu bapa duduk katne la, itu la ini la. then, jumpa seorang pensyarah, dia ajak pergi sarapan dulu. ok. saya pun tak makan lagi. duduk join dengan dia. tengah makan, saya perasan saya duduk di kalangan para pensyarah perubatan. ha ha. seorang doktor tu sempat gurau. 'this table only for the doctors.. no lah, saya gurau je' ha ha. saya? he he. senyum je la. =)

then, smar nak datang dengan alif, nak pergi makan sate kajang after majlis tu. tapi kak iza pula tak dapat ikut. kawan dia masuk icu. accident [dan meninggal petang sabtu tu. Al-Fatihah..]

saya tak jadi ikut smar sebab kak an ajak pergi alamanda. cari hadiah. dan rasa bersalah sikit. hu hu. rasa macam dia marah. he he. tapi yela. kita manusia merancang, Tuhan yang menentukan. takpe, next time kita pergi ok! =)

semalam plan nak pergi office buat kerja. tapi ha ha. tak jadi. lepak je kat rumah. layan tv, sampai ke malam. he he.

aduh. dah siap taip entry ni kepala saya masih sakit. macam mana nak buat kerja ni. hu hu.



Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors