Wednesday, September 30, 2009

.kisah tentang panas, sejuk dan cuti.

salam

bangun pagi ni saya dah demam. malam semalam terus je tidur. sakit kepala, batuk, badan kejap sejuk kejap panas. hu hu. tadi pagi pergi klinik, klinik buka tapi doktor tak sampai lagi. apa kes? haih, so balik rumah makan tengok tv jap. ha ha.

doktor tanya macam mana boleh demam. haa?? sorang ofismate batuk dan demam. so mungkin dapat virus dari dia. so advise si doktor ialah 'lain kali cakap dengan dia, jangan dekat2, pergi jauh2, kau kan tengah batuk. nanti jangkit'. baik punya nasihat. dan doktor yang baik hati itu tak bagi pun mc. hu hu. saya tak larat macam mana nak kerja lagi. hu hu.

timbang berat badan jap kat situ. dan keputusan amat memberangsangkan. berat naik. ha ha. bagus. patutlah pakai seluar macam senak perut je. ha ha.

sampai ofis, makan ubat, pergi surau, tidur! he he. bangun je kepala tambah berat. ke memang sebab kepala saya berat. hu hu. cik cookie bagi nasihat minum air 100plus tu. lunch nanti saya cuba.

tolong. cepatlah sembuh. saya mahu jumpa kawan-kawan esok. saya mahu konvo hujung minggu ni. orang kata kalau kita berpeluh, demam cepat baik eh? ooohh. ok. jom bersenam. :p

* ofis sejuk macam kat kutub ni macam mana nak berpeluh?
* esok dan lusa saya cuti. melaka tunggu kami! =) isnin? hmm, tengok keadaan dulu nak sambung cuti ke tak. :p
* selamat bergraduasi kawan-kawan semua! =)


Tuesday, September 29, 2009

.kisah 20 isi penting karangan.

salam

mood masih mood cuti. nak-nak bila khamis dan jumaat ni nak cuti lagi. cik ina pula cadang isnin ni sambung cuti. ha ha. haih, bila dah kerja rasa rugi je cuti. tapi bila dah cuti, nak mula kerja rasa malas je. hu hu. minggu lepas dan minggu ni ada banyak kisah yang berlaku dan ada dalam fikiran saya. kalau saya tulis macam karangan ada pula nanti sampai bermuka-muka surat. jadi saya jadikan mudah. isi-isi penting saja. [dah macam nak rangka karangan pula. he he]

1. pagi-pagi ni moody. cari kunci rumah tak jumpa.
2. habit tidur selepas maghrib semakin menjadi-jadi. sudahnya isyak selalu pukul 3, 4 pagi.haih..
3. city, vios, persona, viva atau lain-lain. malas nak fikir. biar mereka pilih. [kalau mereka nak bayarkan pun takpe. dialukan]
4. seorang kawan bagitau, seorang kawan kami dapat kerja. jawatan yang sama. tapi gaji dia lagi tinggi. takpe. manusia normal perlu ada perasaan cemburu.
5. dulu saya sangat tak suka tomato. saya tak faham kenapa orang boleh makan tomato. sekarang kalau saya makan tomato tiap hari pun saya tak kisah. saya pun tak faham kenapa. =)
6. saya tak suka orang serius-serius sangat, garang dan lebih senyap dari saya. ahad lepas saya jumpa orang yang macam tu. bayangkan saya duduk depan dia dari pukul 5-7. rasa macam sehari lamanya. hu hu.
7. pagi tadi saya iron baju. tapi saya tak on kan suiz iron. pandaikan.
8. pagi tadi saya masak air . tapi saya tak bawa pun pergi ofis.
9. hobi masa belajar macam sudah datang kembali. koleksi pertama tahun ini, bidadari.
10. kenapa susah nak kusyuk dalam solat? oh ya. syaitan susah lepas rupanya.
11. walaupun kamu bertudung labuh, wajah putih suci, perangai lemah lembut sopan. tak bermakna kamu boleh potong barisan orang lain. ada faham?
12. kenapa mesti ada orang yang suka tunjukkan kelamahan kita pada orang lain? untuk tunjuk dia lagi hebat. barangkali.
13. kalau kita jangkit batuk dari ofismate, kita patut marah dia tak? =p
14. kenapa kamu nak jauhkan diri dari dia tapi kamu masih ucap selamat malam kpdnya setiap hari?
15. jangan ingat kamu seorang saja ada bad mood. orang lain juga ada tau?
16. ofismata dapat tawaran kerja spa di putrajaya. tahniah. saya takde teman nak stay kerja sampai malam nanti. =(
17. saya nak beli langsir baru. tunggu gaji bulan depan. hu hu.
18. bila nak sambung belajar ni? ada master bolehlah tangga gaji naik. ha ha.
19. kamu perlu belajar cara menjaga hati orang lain. sebab kamu juga taknak ada orang sakiti hati kamu.
20. saya tak sabar nak jumpa kawan-kawan! untuk sama-sama bergraduasi. =)

ok. 20 fakta untuk kali ni. cukup isi-isi karangan untuk dapat full marks! ha ha. ada banyak lagi. tapi lain kali sajalah. entry format ini lagi senang. sikit baris untuk banyak info. jimat 20 entry kepada 1 entry sahaja. bagus-bagus.

Monday, September 28, 2009

.kisah yang sayu, sedih dan air mata.



tenangkan hatiku

jadikan itu pedoman untukku
kerna aku hambaMU yang lemah

bantu aku Tuhanku Yang Esa
padaMU aku mengadu dan berserah


Friday, September 25, 2009

.kisah tentang wanita pilihan.

jantungku berdegup laju
lebih laju dari biasa
tolong
puas sudah otakku mengarang ayat
untuk ku luahkan dan lontarkan
bila bersua nanti
tapi
satu yang ku takuti
ayat-ayat hebat itu hanya duduk diam
tanpa mahu keluar dari mulut
hanya duduk diam dalam otak dan hati
tolong..

jadikan pertemuan ini
sebagai landasan terbaik untuk langkah seterusnya

jujurnya
aku cemas
jujurnya
aku risau

cukup baguskah aku?
cukup baikkah aku?
cukup sempurnakah aku?
cukup berjayakah aku?

lancarkan pertemuan itu..
jadikan aku paling cantik hari itu
jadikan aku paling petah berkata hari itu
jadikan aku paling pandai hari itu
jadikan aku paling manis senyuman hari itu
jadikan aku paling disenangi semua orang

tinggi sungguh permintaanku ini

=)

.kisah tentang manusia dan manusia.


manusia merungut panas bila mentari panas menyinar

manusia merungut sejuk bila hari hujan turun mencurah

tamak sungguh manusia ini
tak kenal erti syukur

di suatu sudut manusia mati kelaparan
di suatu tempat manusia mati kekenyangan

manusia merungut kerna sibuk dengan kerja
manusia merungut kerna masih belum punya kerja

manusia kata dia beruntung kerna dia kaya
punya kemampuan melayangkan wang untuk apa saja
meluncurkan kereta moden buatan luar negara
bersenang di rumah agam yang berkali-kali besar
lebih besar dari masjid untuk berjemaah

jika ada peluang
manusia ingin jadi kaya wang ringgit
menjadi mewah dihadapan manusia lain

manusia kata dia rugi kerna dia kaya
tidak punya cukup wang untuk kasih sayang
tidak mampu bayar harga kasih sayang dari darah daging sendiri
tidak punya cukup masa untuk sujud 5 kali sehari
tidak punya ketenangan di masa tidurnya
dek kerna ingatan tentang hutang yang tak terlangsai

jika ada peluang
manusia ingin jadi miskin
tapi kaya kasih sayang

itu manusia
tidak kenal erti syukur

oleh : sihaan

Thursday, September 24, 2009

.kisah tentang kesihatan.

salam


sebagai pembangun sistem yang berjaya kita kena peka dengan sistem-sistem yang telah ada. he he. ada pepatah yang dikeluarkan oleh sahabat saya mengatakan, meniru untuk jadi yang terbaik. ha ha. kejam kan pepatah dia. dulu, masa kat sekolah mak kata jangan bagi kawan tiru kita punya jawapan atau kerja. nanti kawan jadi lebih pandai dari kita. tak pun kawan dapat markah lagi tinggi dari kita. ha ha. yang ni selalu terjadi. mesti bengangkan. ha ha. rezeki masing-masing. he he.

selalu masa exam, biasalah tanya-tanya macam exam. semakin saya meningkat dewasa saya semakin takut nak meniru. ha ha. kenapa? rasa bersalah pada diri sendiri. ha ha. baik punya. =p

ok. oleh sebab hari ni mood masih mood raya, saya sajalah menjelajah kat internet ni dengan pakcik google. cari mana-mana sistem atau website yang berfaedah untuk dilawati. ha ha. dan saya terjumpa ni. MyHEALTH. walaupun website ni biasa je. tapi ianya bagus. sangat bagus. banyak maklumat kita boleh dapat fasal kesihatan. lengkap semua info. lama gaklah saya baca website ni. rasa berilmu sikit hari ni. he he.

then, saya klik sana klik sini. jumpa ni plak. Penilaian Risiko. yang ni lebih kepada pengiraan risiko. bagus-bagus. saya suka. kita boleh kira macam-macam. dari bmi kita, kebarangkalian untuk dapat penyakit, peratus kesihatan mental, peratus tenaga yang kita perlukan dan macam-macam lagi. dan sistem ni agak 'cerdik', mesra pengguna dan kemas. saya dah cuba. sekarang kamu pula cuba. tak rugi. sekadar tambah sikit maklumat tentang diri kita sendiri. =)

* dah kena pergi exercise. kena mula balik cara hidup sihat. haih. sejak kerja ni jarang dah pergi senam. hu hu.

.kisah tentang bosan.

salam


selamat kembali bekerja! hu hu. sunyi je office ni. nak buat kerja pun masih malas-malas lagi. he he.

1 hari raya sangat banyak makanan. tapi semua memang best dan sedap. lepas ambil gambar 1 family. he he. pergi raya dan paling best saya tetap dapat duit raya. he he. dan abang no 3 paling tak puas hati. kan dah kata, mukaku muka comel. macam budak-budak. ha ha.

2 hari raya duduk kat rumah. tunggu tetamu. saudara dari singapura datang. selalu dapat duit raya tapi kali ni tak. ha ha. sebab dah kerja. diskriminasi betul. nasib la. pastu pergi cari kasut konvo. mak ajak pergi tengok jam tangan. rasa nak belikan mak jam sebab jam mak saya pakai sekarang. dengan baik hatinya mak kata mak bagi je kat saya. hu hu. mak beli jam lain. abang no 3 asyik belek-belek je jam kat kedai tu. bila mak kata mak nak belikan, die jual mahal kata takpe. ha ha. sian. he he. tapi serius mak memang ada cita rasa yang tinggi fasal jam. cantik. yang penting ada kualiti. =)

balik je, ikut raya rumah makcik. [kali kedua saya raya rumah ni] ha ha. sebab semua orang pergi, takkan nak tinggal sendiri kat rumah. he he.

3 hari raya rehat-rehat je. makan. tengok tv. basuh baju, kemas rumah. layan tetamu datang raya. ramai. datang pakej, 3, 4 kereta sekali datang. bagus-bagus. hu hu. penat! kena sediakan air, kuih sendiri. hu hu.

4 hari raya hantar mak pergi klinik. cek doktor. mak kena makan ubat ok. jangan mengelak lagi. =) kemas-kemas baju. balik negeri. kena kerja dah.

sabtu ni balik kampung balik. he he. ok la. sambung nanti. nak buat kerja dulu. =)

apa pun bosan sungguh hari ni kerja.


Friday, September 18, 2009

.kisah tentang sesuci lebaran.

salam

puasa dah nak sampai dipenghujungnya. sekejap je kan. harap-harap kita dapat lagi bertemu dengan ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

hari ni dah cuti. he he. petang ni nak balik kampung. he he. pagi tadi sahur bangun dengan rasa malas. sebab mengantuk tahap 7. dasyat punya ngantuk. nape? sebab awal pagi tadi, smar, si along bakal pengantin, tunang si along bakal pengantin dan jamie raz nak balik melaka dan mereka singgah sini. kononnya nak ajak sahur sama-sama. pedih mata tu, nak siap-siap. pakai tudung semua rasanya macam sambil tidur. ha ha.

dah tengah-tengah malam macam ni, mana ada kedai lagi buka. hmm, yang dekat-dekat dengan kawasan rumah la. mana boleh pergi jauh-jauh. dah la keluar tadi tak bagi tau mak. kak an je tau. hu hu. berdebar-debar je rasa. insaf taknak buat lagi. he he.

ok la. dah nak dekat raya ni, saya nak mengucapkan

selamat hari raya aidilfitri

maaf zahir dan batin


saya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan
dan kepada yang nak balik kampung, hati-hati dijalan raya
beringat-ingat makan di hari raya. he he
dan kepada yang dah lama tak balik kampung, baliklah
jenguklah kaum keluarga selagi berkesempatan
oh ya. lagi satu, jangan main mercun. bahaya. hu hu
ok. selamat hari raya semua! =)


dua tiga kucing berlari
kerana berebut si ikan patin
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

Friday, September 11, 2009

.kisah tentang ulang tahun.

salam

hari ini Ramadhan ke 21. hmm, sudah tiba di 10 malam terakhir. selalu inilah yang dinanti-nantikan. malam Lailatul Qadar. malam-malam ini la digalakkan untuk melipat kali gandakan amalan kita. tapi jangan pula malam-malam Ramadhan yang lain di abaikan.

sejak dulu saya nantikan malam Lailatul Qadar. pastinya semua orang juga kan. =) sama-sama kita cari ya. semalam ada majlis sambutan universiti ke 10 tahun. bertuahnya saya, dapat sama-sama meraikan majlis ulang tahun ini. ceramah, tahlil, solat hajat bersama pengisian sambutan semalam. dan penceramah ada sebut fasal malam Lailatul Qadar.

memang hanya orang-orang yang bertuah kalau dapat beribadah di malam Lailatul Qadar ustaz penceramah kata, kita tak tahu bila maksudnya secara tepat bila malam Lailatul Qadar. tapi bagusnya, kalau kita tahu, tentu-tentulah kita hanya nak beribadah pada hari yang kita tahu tu kan. hari lain tak nak. hmm, betul gak. bila kita tak tahu ni, jadi kita bersungguh-sungguh nak cari. kan. =)

dan di sini saya dapat sedikit info tentang beberapa tanda malam Lailatul Qadar.

Antaranya:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

* dari dulu bila bulan Ramadhan saya suka tengok langit malam-malam. =)

* selamat ulang tahun ke 10 universiti. =) semoga kami semua bertambah rajin membangunkan nama mu. terus maju. menjadi tempat kami mencari rezeki yang diberkati olehNYA. InsyaAllah. =)

Wednesday, September 9, 2009

.kisah tentang hari yang indah.

salam

malam tadi saya tidur lewat, kawan yang bakal jadi ibu telefon nak teman sembang. dia begitu excited dapat kerja ptm kat putrajaya, lapor diri akhir bulan ni. tahniah! =) jadi secara rasminya, geng hise dah berjaya keluar dari kne. bagus kawan-kawan. Alhamdulillah! =) walaupun penat tapi demi kawan yang seorang ni saya gagahkan mata ni gak. he he. hari ini, pagi-pagi masuk office, puan ketua dah panggil masuk bilik meeting. hasilnya, saya kena siapkan 1 modul sebelum cuti raya! hari ini, rabu, esok, lusa, minggu depan. jadi saya ada lebih kurang 7 hari! 7 hari?? hu hu. tekanan. tekanan. ha ha.

jadi, tadi saya plan, pagi masuk ke office 7.45 saya kena terus serius buat. pastu sambung keseriusan kerja tu sampai petang. pastu balik, sambung fikir pula kerja untuk esoknya. so kita rotate plan ni sampai khamis minggu depan! ok?

jangan sampai tak dapat cuti raya sudah. dan paling seram kalau tak dapat cuti konvo! oh. tidak. di jauhkan. tolong. beri saya kerajinan dan kefokusan untuk siapkan semua ini. hu hu.

dah. dah. cukup, jom, mula sekarang.

come on! u can do it. can do it. ha ha.


* terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan semalam. =) meningkat setahun lagi. he he.

Monday, September 7, 2009

.kisah tentang gambar.

salam

sejak 2 minggu kebelakangan ni, si pakar koding sibuk cite kat saya mungkin hari raya ni dia nak risik seseorang. saya tumpang gembira. he he. si pakar koding ni agak pelik sikit orangnya. jarang saya jumpa orang lelaki yang cerita hal-hal macam ni. selalukan orang lelaki lebih banyak diam, tak suka cerita hal macam ni. nak- nak lagi dengan kawan perempuan.

dia agak excited. ha ha. umur dia baru 25 tahun. dan dia kata dia dah cukup lewat nak kahwin. hah?? tu la dia. macam-macam dia tanya kat saya. nanti kena bagi berapa cincin. nak tunang berapa lama. nanti bersanding boleh ke. dia tanya kat saya macamlah saya pernah kahwin. mestilah belum! hu hu.

ha. semalam kebosanan tahap petala 7. saya pun tengoklah we got married kat mysoju. pastu mereka pergi ambil gambar perkahwinan. serius. cantik. sweet je tengok. rasa teringin pula nak ambil. ha ha. haa. ni bukan sebab saya nak kahwin ya.


dan. saya boleh pula suruh pakcik google cari gambar-gambar kahwin lain. ha ha. takpe. bukan selalu saya buat macam ni. hu hu.



saya hanya nak bagi tau.

satu gambar menceritakan seribu maksud. =)

Saturday, September 5, 2009

.sahabat yang pergi.

salam

semalam satu berita yang agak mengejutkan dan tidak disangka.

seorang sahabat ketika sama-sama bekerja di kne telah kembali kepada PenciptaNYA.

Al-Fatihah untuk din.

semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNYA yang beriman.

Amin.

* sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi tolong marking paper exam yg banyak tu. =(
* myMetro

Friday, September 4, 2009

.kisah tentang wanita dan kata-kata.

salam

selamat berpuasa di penghulu segala hari. =) sedar tak sedar dah separuh ramadhan kita berjaya lalui. apa pengisian kita di bulan yang penuh syafaat ini? saya selalu bertanya kepada diri, kenapa pada bulan ramadhan saja kita berebut-rebut mahu beribadah. masjid penuh pada bulan ramadhan. dan hati kecil saya kata, alangkah bagusnya kalau suasana ini tetap berlaku pada bulan-bulan biasa selain dari ramadhan. alangkah bagusnya kalau kita semua mengisi bulan-bulan biasa seperti kita mengisi ibadah di bulan ramadhan. mudah-mudahan. =)

perkara biasa yang kita lakukakan ketika bulan ramadhan ni tentu-tentunya solah tarawih. setiap malam di janjikan balasan yang berlipat kali ganda fadhilatnya. dan amalan membaca Al-Quran, kitab suci pegangan kita dunia dan akhirat. amalan membaca Al-Quran yang sememangnya menjadi amalam harian kita, perlu dilipat kali gandakan bacaannya di bulan mulia ini. bacalah Al-Quran kerana banyak kelebihan membaca Al-Quran. [peringatan untuk saya juga supaya lebih rajin membaca Al-Quran]. di sini saya nak kongsikan satu kisah yang saya baca di satu portal komuniti muslimah. kisah seorang wanita yang selalu berbicara dengan Al-Quran.

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :
Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat. Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh."
Wanita tua : "Salaamun qoulan min robbi rohiim." (QS. Yaasin : 58) ("Salam sebagai ucapan dari Tuhan maha kasih")
Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?"
Wanita tua : "Wa man yudhlilillahu nothing lah hadiyalahu." (QS : Al-A'raf : 186 ) ("Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya")

Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.

Abdullah : "Kemana anda hendak pergi?"
Wanita tua : "Subhanalladzi asra bi 'abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa." (QS. Al-Isra' : 1) ("Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa")

Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini?"
Wanita tua : "Tsalatsa layaalin sawiyya" (QS. Maryam : 10) ("Selama tiga malam dalam keadaan sihat")
Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?"
Wanita tua : "Huwa yut'imuni wa yasqiin." (QS. As-syu'ara' : 79) ("Dialah pemberi saya makan dan minum")

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu?"
Wanita tua : "nothing in lam tajidu maa-an fatayammamu sha'idan thoyyiban" (QS. Al-Maidah : 6) ("Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih")

Abdulah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?"
Wanita tua : "Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil." (QS. Al-Baqarah : 187) ("Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam")

Abdullah : "Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa?"
Wanita tua : "Wa man tathawwa'a khairon nothing innallaaha syaakirun 'aliim." (QS. Al-Baqarah : 158) ("Barang siapa melakukan sunnah lebih baik")
Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?"
Wanita tua : "Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta'lamuun." (QS. Al-Baqarah : 184) ("Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui")

Abdullah : "Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?"
Wanita tua : "Maa yalfidhu min qoulin illa ladaihi roqiibun 'atiid." (QS. Qaf : 18) ("Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid")
Abdullah : "Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?"
Wanita tua : "Wa lah taqfu ma laisa bihi ilmun. Inna sam'a wal bashoro wal fuaada, kullu ulaaika kaana 'anhu mas'ula." (QS. Al-Isra' : 36) ("Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan")
Abdullah : "Saya telah berbuat salah, maafkan saya."
Wanita tua : "lah tastriiba 'alaikumul yauum, yaghfirullahu lakum." (QS.Yusuf : 92) ("Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu")

Abdullah : "Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, karena anda akan menjumpai kafilah yang di depan."
Wanita tua : "Wa maa taf'alu min khoirin ya'lamhullah." (QS Al-Baqoroh : 197) ("Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan, Allah mengetahuinya")

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :

Wanita tua : "Qul lil mu'miniina yaghdudhu min abshoorihim." (QS. An-Nur : 30) ("Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka")

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilahkan ia mengendarai untaku. Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, karena unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap :

Wanita tua : "Wa maa ashobakum min mushibatin nothing bimaa kasabat aidiikum." (QS. Asy-Syura' 30) ("Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri")

Abdullah : "Sabarlah sebentar, saya akan mengikatnya terlebih dahulu."
Wanita tua : "nothing fahhamnaaha sulaiman." (QS. Anbiya' 79) ("Maka kami telah memberi pemahaman pada nabi Sulaiman")

Selesai mengikat unta itu sayapun mempersilahkan wanita tua itu naik.


Abdullah : "Silahkan naik sekarang."
Wanita tua : "Subhaanalladzi sakhkhoro lana hadza wa ma kunna lahu muqriniin, wa inna ila robbinaa munqolibuun." (QS. Az-Zukhruf : 13-14) ("Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini pada kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya kami akan kembali pada tuhan kami")

Sayapun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita itu berkata :

Wanita tua : "Waqshid fi masyika waghdud min shoutik" (QS. Lukman : 19) ("Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu")

Lalu jalannya unta itu saya perlambat, sambil mendendangkan beberapa syair,
Wanita tua itu berucap :

Wanita tua : "Faqraa-u maa tayassara minal qur'aan" (QS. Al- Muzammil : 20) ("Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur'an")

Abdullah : "Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak."
Wanita tua : "Wa maa yadzdzakkaru illa uulul albaab." (QS Al-Baqoroh : 269) ("Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu")

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : "Apakah anda mempunyai suami?"
Wanita tua : "lah tas-alu 'an asy ya-a in tubda lakum tasu'kum" (QS. Al-Maidah : 101) ("Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu")

Ketika berjumpa dengan kafilah di depan kami, saya bertanya kepadanya.


Abdullah : "Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?"
Wanita tua : "Al-maalu wal banuuna zinatul hayatid dunya." (QS. Al-Kahfi : 46) ("Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia")


Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.


Abdullah : "Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?"
Wanita tua : "Wa alaamatin wabin najmi hum yahtaduun" (QS. An-Nahl : 16) ("Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk")

Dari jawaban ini dapat saya fahami bahwa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkemahan.

Abdullah : "Adakah orang yang akan kenal atau keluarga dalam kemah ini?"
Wanita tua : "Wattakhodzallahu ibrohima khalilan" (QS. An-Nisa' : 125) ("Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang dikasihi") "Wakallamahu musa takliima" (QS. An-Nisa' : 146) ("Dan Allah berkata-kata kepada Musa") "Ya yahya khudil kitaaba biquwwah" (QS. Maryam : 12) ("Wahai Yahya pelajarilah alkitab itu sungguh-sungguh")

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu.

Wanita tua : "Fab'atsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho'aaman fal ya'tikum bi rizkin minhu." (QS. Al-Kahfi : 19) ("Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu")

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua : "Kuluu wasyrobuu hanii'an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah" (QS. Al-Haqqah : 24) ("Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu")
Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. saya belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya."

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :

"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an, karena kuatir salah bicara."

Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :

"Fadhluhu yu'tihi man yasyaa' Wallaahu dzul fadhlil adhiim." (QS. Al-Hadid : 21)
("Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar")

Subhanallah. saya begitu kagum. betullah, kandungan Al-Quran itu sudah cukup menceritakan dan sumber ilmu yang paling lengkap. dan, mulalah kita muhasabah diri. jaga setiap perkataan yang kita tuturkan.

ayuh. mari kita jadikan Al-Quran sebagai bacaan kita setiap hari. semoga kita beroleh keberkatan dariNYA. =)




Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors