Friday, December 5, 2008

.kisah tentang presentation saya.


dup dap dup dap.. saya akan present petang ni.
tadi pagi ada ceramah sempena hari raya aidiladha, saya bawa nota untuk study.
2.30 ptg saya dah pergi office. awal. selalu pukul 3. hehe
sampai saya set up mana-mana yang patut.
dan.. sebelum present..
macam-macam perkara terjadi. tapi saya bersyukur.
semua berjalan lancar walaupun ada masalah yang tak dapat di elakkan. Alhamdulillah.

1- puan rohaizah operate jari dia. tiba-tiba saja. tadi pagi dia bagi tahu nak jumpa pakar. petang ni baru tahu dia tak dapat datang. dan encik alip akan ganti. [saya bertambah cemas. present depan encik alip]. huhu.

2- log book puan rohaizah tak habis checked. [sebenarnya saya yang tak hantar]. hehe. jadi encik alip la yang checked time tu. hehe

3- projektor tak boleh nak on. huhu. semua staff [encik badri dan hakim] bertungkus lumus. terharu. encik alip pun sama. lastly, there is no other option. present kat komputer saya saja dalam office. takpe. lagi senang. hehe. cuma ada staff lain la dalam tu. belasahlah. haha.

4- gambar pasport takde. haha. time tu juga amik. [office saya meneyediakan perkhidmatan mengambil gambar] hehe.

encik alip dan hakim memang puji saya depan lecturer. hehe. suka. suka. hehe. saya pun puji mereka. mereka memang baik.
puan kata report saya dah ok. lega.

* walaupun mereka selalu takut-takutkan saya untuk present sebelum ni, tapi mereka sebenarnya main-main saja.

* mereka betul-betul bantu saya masa nak present. terima kasih semua.

* saya nak balik kampung. 2 minggu tak balik. haha.

* selamat menyambut hari raya aidiladha. semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita.

.kisah tentang kerisauan.


petang ni saya ada presentation. tapi sempat lagi menaip di blog ni. huhu. report, slide, semua dah siap. saya? entah.. huhu.. semalam, dengan baik hatinya encik alip tolong bindingkan report.. hehe.. dia sempat lagi tu betulkan ayat-ayat dalam report tu.. (dia sangat excellent english. dia belajar kat london dulu).

bila dah siap, semua pakat-pakat nak tengok report tu, padahal biasa saja. macam-macamlah mereka keluarkan pendapat. english ke? tebalnya. macam tesis saja. buat degree memang macam ni ke? dan macam-macam lagi.

siapa yang ada masa presentation nanti?

saya, lecturer and puan rohaizah.

why? kami nak dengar dan tengok juga.

no! you cant.

why? i dont care, i want too.

saya terdiam. kenapa tiba-tiba hal ni berbangkit. dan.. semua beria-ia nak ikut dengar.

takda. kita orang nak tengok gak.

haah. nanti kita orang request nak buat kat audi
. [dewan kuliah yang besar]

nanti kita jemput pengarah sekali eh.

huhu. saya tak dapat gambarkan situasinya nanti macam mana.
saya harap mereka hanya main-main saja.
serius kalau mereka ada mesti saya tak boleh nak present dengan baik.
saya tahu perangai mereka. huhu. tidak. saya tidak akan sekali-kali membenarkan mereka masuk.
saya nak kunci pintu. haha. mangga besar.

selamat berjaya untuk saya.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors