Tuesday, December 1, 2009

salam

saya rasa badan saya kekurangan air. selalu orang kata dehydration. ya. sistem penghadaman saya tak berjalan dengan baik lagi. sekarang fikiran asyik fikir macam-macam. harapnya semua akan ok. dengan yang masih muda remaja ni, banyak benda kita nak capaikan. tapi dalam nak capai-capai semua tu, kesihatan paling pentingkan. dan saya rasa kesihatan tu lagi penting dari ringgit malaysia berjuta-juta.

hari ni hingga khamis ada kursus bina insan anjuran kpt di port dickson. dan saya bukanlah salah seorang peserta. kalau saya dapat joinkan best. dapat bercuti sekali. hu hu. dulu masa belajar di u, saya suka join aktiviti u yang macam-macam tu sebab saya suka. suka releasekan tekanan belajar dengan cara tu. masuk hutan berkhemah. pergi berkayak. mandi di pantai. bahagianya. dan kakak baik kata semalam puan ketua ada cadangkan nama saya dan budak pandai koding untuk pergi, bolehlah kami rehat-rehat sekejap dari kerja yang banyak ni. tapi tak boleh sebab sekarang jadual kami sangat penuh. sampai bulan januari atau mungkin februari.

saya rasa nak masuk u balik. sebab sangat senang nak join semua tu. bila cuti sem mesti ada saja program yang nak di serta. sebenarnya, dulu masa sekolah, mak sangat susah nak bagi saya join semua ni. macam-macamlah sebab dia tak bagi. tapi lepas saya belajar di kolej dan u, mak macam bagi lampu hijau je. he he. memang seronok.

dulu ada juga kawan saya yang tak berapa suka nak join. alasannya asignment yang banyak, takde masa, malas dan macam-macam lagi. terpulanglahkan, hak masing-masing. balik pada kata saya tadi, dengan aktiviti-aktiviti macam ni lah cara saya hilang rasa tekanan belajar tu. saya suka hutan yang hijau, pantai yang bersih, masuk lumpur, flying fox, ahli ldk yang sporting dan macam-macam lagi. he he. jadi, setiap kali pergi program tu saya akan rasa puas. :) dalam family, saya dan abang no 3 saja yang rajin join program macam ni. abang no 3 lagi hebat, bukan biasa-biasa punya aktiviti. dulu dia sekolah swasta, so aktiviti memang lagi bestlah. kalau tak silap saya salah satunya daki gunung angsi. dan paling tak sangka, abang no 3 dapat penghargaan, peserta terbaik. ha ha. sekarang ni bila dan kerja, susah sikitlah nak joinkan. kena tunggu giliran dan macam-macam lagi.

oklah, saya nak sambung buat kerja. banyak koding nak kena tengok. hu hu.
sambung nanti ya! :)
* oh ya, semalam saya keluar dengan cik syabas naik motor. huhu. sudah lama tak jalan malam-malam naik motor. teringat masa zaman belajar dulu. tapi serius, boleh tahan takut gak. ha ha.

0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors