Wednesday, April 29, 2009

.kisah tentang hari terakhir kne.


salam

hari ini. hari last saya kerja kat kne. huhu. tapi banyak betul dugaan sejak semalam dan hari ini. huhu.

ok. semalam saya pergi bank nak tengok cek dah clear ke belum. huhu. BELUM. sedih betul. takpe la, bukan nak pakai duit sangat pun sekarang ni.

then, pergi teman iza ambil duit kat cimb. pastu pergi makan. pastu baru sedar. hp saya tertinggal kat bank. huhuhu. =( baru lima minit tertinggal dah lesap. waaaaa. dugaan betul. takde rezeki. tapi memang sedih. banyak kenangan. dah la beli hp tu dengan duit sendiri. kumpul sikit-sikit. huhu. sangat tinggi sentimental value dia. huhu. menangis gak la kat kedai tu. mesti orang ingat saya baru putus cinta. hehe. saya rasa nak je pergi cek dengan cctv kat bank nak tengok manusia mana yang ambil hp tu. huhu.

pagi ini. tiba-tiba ada parents pelajar nak jumpa. serius. punyalah berlagak. anak dia buat masalah, punyalah bangga dengan anak dia. dan paling menyampah, tunang dia yang over. actually, dua-dua tu student saya. isk, serius geram betul dengan dia. tak datang kelas pastu nak kecoh-kecoh tambah markah la. adat la kan kehadiran tak cukup tak boleh amik final. malaslah nak cerita panjang, dah lepas pun.

ok. yang pasti semua dah selesai. lepas ni, biar parents dia, tunang dia dan dia sendiri fikir sebaik-baiknya. selamat berjaya saya ucapkan pada mereka.

malam ini, nak pergi jalan-jalan dengan suzi, iza dan students kesayangan saya. haha. sedihnya. saya rasa walaupun kat sini ada beberapa perkara yang saya tak berkenan tapi ada banyak juga kebaikkannya. so, kesimpulannya, jangan hanya pandang sesuatu dari satu sudut sahaja, tapi pandang juga dari sudut yang bertentangan dengannya. hehe.

last sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada pengarah eksekutif hea, encik asyraf. sorrry lah en, sistem tak sempat siap semua. pada iza, suzi, lin, kak nisa, izzah, remi, taufik, din, imran, elly, abib, miera, aini, ee, linda, dayah, jamal, syafiq, khairi, kak ema, ida dan semualah. huhu. nanti ada masa kita jumpa lagi ok.

untuk pelajar-pelajar saya, ddz, ddg dan ddw. selamat berjaya kepada kamu semua. final nanti jangan cuai, baca soalan tu betul-betul. then, untuk dmr dan dte, walau tak mengajar kamu, selamat berjaya juga. hehe. kita jumpa lagi nanti eh. pastikan kamu semua habiskan diploma ni dan sambung ijazah. janji ok! =]

hmm, pendek kata, selamat berjaya untuk semua. untuk saya juga. =]

* kepada kawan-kawan sila emailkan no fon korang ya. huhu.
* nama-nama di atas adalah nama samaran a.k.a bukan nama sebenar. haha.


6 apa kata anda?:

eeka said...

assalamualaikum
kesian ko yer...
banyak betul dugaan...
takpe... at least dapat beli nset baru... hehee

haza said...

waalaikumussalam

ye.. dugaan..
nak beli, tapi nak beli yg murah2 je. haha.

at least, kalau tertinggal lg kat mana2, takde org pun nak amik. haha.

eeka said...

belanja aku nset baru la... plak...
hahaha
takpun masa befday aku bagi adiah nset baru... muahahhaa demand lak yerk... hehehe

CoOkiE MoNSter said...

ooo...name samaran ekk. Patutla 2,3 macammm je sy tgok name2 dier. hehe..

sabor la hajar ekk.. so dah beli hp baru lom?

haza said...

aisyah aka cookie monster..

sudah. baru je beli.. hehe..

baik punye.. =p

haza said...

aisyah aka cookie monster..

sudah. baru je beli.. hehe..

baik punye.. =p


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors