Friday, December 12, 2008

.kisah di hari jumaat.


dua perkara penting tercatat dalam sejarah hidup saya hari ini. hehe. mungkin pada kamu ianya perkara biasa tetapi dua-dua perkara ini pertama kali terjadi dalam hidup saya. =]

perkara 1: temuduga

saya pagi-pagi dah gerak ke melaka. [saya cuti hari ini]. abang saya dari batu pahat datang untuk hantar saya. [baik tak dia? nanti saya ada pendapatan sendiri saya nak belanja dia. ikhlas ni. hehe]
saya orang pertama sampai. dan orang kedua dan ketiga pun tiba. dan orang-orang seterusnya. haha. serius, kebetulan, saya, orang kedua dan ketiga pakai baju kurung hijau dan tudung putih [krim pun kira putihlah eh]. aiyao! tak bestkan bila ada orang sama dengan kita. haha.

1st sekali kena buat ujian bertulis. pening. penat otak saya fikir. memang boleh tahan susah. [ke sebab saya yang tak berapa bagus nak fikir?] haha. memang ada yang main jawab je sebab tak cukup masa. huhu.

saya jadi orang pertama di temuduga. relax. saya buat muka tenang dan yakin. otak ingat balik tips menghadiri temuduga. haha. macam biasalah kena kenalkan diri. sekolah. kolej. universiti. sekarang buat apa. [saya rasa sedikit terkilan tak cerita banyak fasal universiti. huhu]. ada 1 soalan yang agak mencabar saya.

apa kaedah awak nak tarik minat warga emas belajar teknologi maklumat? [temuduga dalam bahasa melayu dan malam semalam saya dah karang dalam english]

saya jawab apa? hehe. rahsia. mana boleh bagi tahu. [saya pun rasa boleh pakai ke idea saya tu]. haha.

jadi, tunggu sajalah apa keputusannya. =]


perkara 2: majlis perpisahan

ok. semalam saya minta cuti dengan pn rohaizah. dia terkejut. macam-macam dia tanya. last sekali dia kata.

ok lah, there is no other option, kena bagi tahu juga. esok kami nak buat suprise kat kamu. majlis perpisahan.

saya?. haha. dah tak suprise. mereka kata lepas temuduga terus balik pedas. tak kira macam mana. then, kami makan di 'bilik rahsia' kami. hehe. ada kek, nasi impit, rendang, buahan+salad+mayonis [saya tak ingat nama dia apa. hehe. saya tolong banu buat semalam. niza pun.hehe], fresh oren. dapat hadiah. seronok. rasa sangat disayangi dan dihargai. terima kasih semua. =]

saya makan banyak juga sebab saya tak makan dari pagi. huhu. memang lapar. ada gambar tapi tak sempat nak tranfers. nanti eh. hehe. macam biasa kami makan sambil bersembang dan bergelak sama-sama. hehe. saya akan kenang dan ingat mereka sampai bila-bila. =]

* tak sabar nak buka hadiah kat rumah. hehe.

* saya dapat pengalaman yang baru hari ini. =]

1 apa kata anda?:

nowa said...

oi! you got tagged!


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors