ketika beratur untuk mendaftar di satu program untuk pelajar pmr
pagi pukul 8 kena datang sini daftar. si gadis di hantar oleh abang-abangnya. hati dia memang terpaksa join program ni. huhu. kerana di paksa oleh mereka. [ikutkan je la. demi kebaikan diri sendiri].
tiba-tiba..
gadis: eh, tadi bukan ke kat depan aku ni perempuan. nape boleh tukar jadi lelaki ni. [bisik dia dalam hati]
teruna: ya? ada masalah ke awak tengok saya macam tu. [tau la aku kacak] <-- dia saja yang perasan
gadis: hmm, saya rasa awak dah potong barisan. siapa datang dulu dialah daftar dulu.
teruna: ye ke? tak tahu pula saya. awak siapa nak cakap macam ni? awak ingat awak dah bagus sangat? awak tak tahu ke saya ni siapa?
gadis: apa kes mamat ni nak marah-marah. dia yang salah apa kes aku yang kene marah [cakap dalam hati saja]. eh, saya bayar tau nak masuk program ni. apa ingat saya ada pinjam duit awak? saya ada hantar borang nak masuk ni ke awak ke? mana pergi awak punya nilai-nilai murni. rasa hormat pada orang lain.
[hah! rasakan. aku dah lah penat, malas nak join program, kau cari fasal dengan aku. free-free dapat syarahan aku]
muka teruna itu tukar jadi merah. haha. nampak macam kelakar masa tu. haha. serius nak gelak tapi tahan. hehe.
teruna: isk! saya akan ingat hal ni! [muka tak puas hati]. suka-suka dia nak sound aku. tercabar sungguh. tengoklah nanti.
kawan teruna: eh, dah la. tadi kau yang potong barisan ni kan. memang kau yang salah. dah-dah, kita daftar pasnilah. mintak maaf la awak, kawan saya ni memang macam ni. dia mengigau kot. tidur berjalan. hehe.
teruna lagi la marah. kawan dia membela gadis yang tak di kenali ni.
gadis: takpe. lain kali kejutkan kawan awak ni. [hati gadis jadi sejuk tak marah sebab kawan teruna yang sangat gentleman. hehe] senyum. hehe.
dan.. sudahnya. kebetulan atau takdir, gadis dan teruna dapat kumpulan yang sama! ah! tidak. sejak dari itu, mereka saling tak menyenangi antara satu sama lain. aduh.
* kisah ini telah diringkaskan dan di edit untuk kemudahan bersama. haha.
* dan.. teruna adalah ahli keluarga kepada pengarah syarikat yang menganjurkan program ni. ayah dan abangnya orang kuat syarikat. ah! haha.
* adakah teruna dan rakan-rakan akan baca kisah ni? tak. ya. tak mungkin. hmm.
0 apa kata anda?:
Post a Comment