Monday, January 12, 2009

.kisah tentang bunga.


salam

sejak duduk kat rumah selepas habis li ni, saya sedar betapa rindunya saya dengan suasana masa kat u dan li. huhu. walaupun tak kerja, saya bangun awal tau. pukul 7 selalu. haha.

then, kena pergi kedai [tiap-tiap hari]. lepas tolong mak apa-apa yang patut, saya akan duduk depan tv. ada banyak cerita yang best. korea dan taiwan. hehe. jepun pun ada. tapi yang tak bestnya dia dah alih bahasa. tapi layankan je la. hehe.

petang selalu saya layan cita laila majnun. haha. mak saya pun suka. [saya tak berebut tau] haha. cerita ni boleh tahan best la. tapi betul ke wujud orang yang tak berhati perut macam ni di malaysia? dah terpengaruh dengan telenovela dari luar la ni. huhu. [kekejaman dan kejahatan yang agak berlebihan] huhu.

mak sekarang sibuk membaiki taman bunga dia. jadi saya adalah pekerja yang membantunya. hehe. siram pokok la, angkat pasu pindah sana sini. tapi saya suka gak, sebab adalah gak peluh yang keluar. mak saya sangat suka tanam-tanam pkok bunga ni. sejak saya rajin tolong ni, saya pun rasa menanam pokok ni memang best. lagi pun saya memang sukakan tumbuh-tumbuhan. hehe.

lain dari tu, saya suka kacau kucing-kucing saya. tengok ikan-ikan. tengok anak ayam yang baru menetas berlari-lari kejar mak dia. haha. best duduk kat kampung ni. hehe. selalu mesej-mesej dengan kawan-kawan yang belum dapat kerja lagi macam saya. ada rezeki nanti. InsyaAllah. =)

ok la. undur diri dulu. =]

* kat kampung malam sangat sejuk. matahari dah naik pun masih sejuk lagi. macam ada salji. hehe.

3 apa kata anda?:

keem said...

ape la .. tanam bunga konon...
jaga bunga konon,,, abih la bunga tu.. mesti mati nyer

ayobkelubi said...

ingat, pokok bunga takde jumper ok?. i just link u to my blog then.

haza said...

[keem]

eh, awk dtg la rumah sy.. tgok pokok2 yg menghijau kat sini. hehe..

ingat nnt nak buat bisnes bunga la. haha.

[ayopkelubi]

adeh. takde ke?
ingat ade td.. haha [cover malu je]


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors