Friday, October 9, 2009

.kisah tentang tak nak, dah kata tak nak, tak naklah!.

salam

setiap hari berapa banyak tinggi kita terdedah dengan bahaya rokok? walaupun kita di golongan yang tak merokok, tapi si perokok tetap bagi kita sikit saham yang merugikan tu pada kita. alhamdulillah saya bukan seorang perokok. saya selalu tertanya-tanya apa hebatnya dan bagusnya rokok ni. saya rasa semua orang tahu, merokok tu tabiat yang buruk. 1 kebaikan pun takde. kesan buruk lagilah banyak. tapi ada segolongan manusia ni, jadikan merokok tu satu amalan harian.

mungkin saya bukan perokok, jadi saya tak faham apa yang si perokok ni cari. saya selalu tertanya, perokok ni tak sayang diri dia ke, perokok tak sayang mak ayah, isteri / suami, anak, keluarga, tunang, kekasih dia ke. sebab merokok tu beri kesan bukan pada dia saja, tapi orang sekeliling dia juga.

saya pernah tanya seorang kawan yang dulunya seorang perokok. kenapa dia merokok. jawapannya, dia nak rasa hebat, orang akan pandang dia, atau pun nampak macho. ha ha. serius, jujurnya saya tak pernah rasa orang yang merokok tu hebat atau macho. hu hu. maaf kepada perokok sekalian. =) selalu kat kedai makan, nak merokok pun agak-agaklah, orang lain nak makan, asap rokok si perokok tu boleh menganggu orang lain. tambahan lagi asap tu bahaya, bukan pada perokok saja, tapi pada orang lain juga.

ada tu kata untuk tenangkan hati. hu hu. pada saya ada banyak cara lagi nak tenangkan hati. kalau orang lain boleh tenangkan hati, hilangkan stress tanpa rokok, kenapa kita tak boleh buat. kalau nak nafsu kata nak merokok, maka merokok jugalah kita. dan ada juga gunakan alasan mengantuk ketika memandu. nak hilangkan mengantuk ada banyak cara. kenapa merokok juga yang dipilih? hu hu.

memang sikap atau habit kita, kita sendiri urus, tak perlu masuk campur, tapi sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir, kita perlulah jauhi dan jangan buat sesuatu yang kita tau benda tu akan memudaratkan kita.

kadang-kadang rasa meluat juga, macam-macam kempen dah buat, tapi hasilnya sama je. hanya perokok je la faham kenapa mereka terus nak membunuh diri mereka secara perlahan-lahan. tak terkesan langsung gambar yang ngeri kat depan kotak rokok tu. kita yang tak merokok ni pula takut nak tengok.


untuk perokok di luar sana, mulakanlah dari sekarang. bukan untuk orang lain. tapi untuk diri kita sendiri juga. jantung, paru-paru, hati semua tu susah nak cari ganti. nak tunggu orang derma duit pun susah, inikan pula nak tunggu penderma jantung, hati dan sebagainya. sama-samalah kita saling nasihat menasihati.

hargailah diri kita..

kerana..

diriku begitu berharga! :p

3 apa kata anda?:

CoOkiE MoNSter said...

ada pulak yg beri alasan "eh,suke atila aku nak merokok pun?". biar kite jwab, "eh, ko nak merokok kan, pi jauh-jauhhhhh,jgn depan batang idung aku, buleh??"

sebenarnya, perokok ni kebanyakan cam ketagih. nak berhenti,tp ketagih. Last2 merokok balik.

Moral: Jgnlah merokok.=)

haza said...

cookie

tau xpe. org lain dah sesak nafas tahan asap rokok die, die buat xtau je.

jgn merokok. jauhi rokok. belia benci rokok! :)

lisa said...

patut semua org kene sedar bhyanye rokok.

awk tau, abg lisa dah stop. :)
lame dulu. harap2 berterusan.

-lisa-


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors