Thursday, February 19, 2009

.kisah tentang rahsia.


salam.

semua kisah ini berlaku minggu ni. kenapa rahsia? sebab saya rahsiakan dari mak saya. huhu. sebelum ini, kalau ada apa-apa saya mesti cerita pada dia. hmm, mungkin benda ini akan merisaukan dia, jadi saya simpan dulu. [hujung minggu ni insyaAllah saya balik kg. jadi tak tahu lagi saya boleh simpan ke tak. sebab saya memang suka bercerita dengan mak saya]

dugaan 1.

pagi. saya ada kelas pagi. on je la laptop tua saya ni. tinggal jap. balik kelas baru buat kerja. then, habis ke kelas saya tengok laptop saya gelap. ada orang tutup suiz kot sebab saya tengok lampu pada wayar untuk caj bateri tak nyala. saya onkan suiz. sudah. tak nyala gak lampu ni. plug ni rosak ke. saya cuba kat plug lain. waaa. tak boleh. wayar untuk caj bateri laptop sudah rosak! huhu. abang saya je tau sebab saya suruh dia survey berapa harga dia. dan mak tak tahu lagi. huhu.

dugaan 2.

ni tak cerita kat mak pun takpe. hal kecik je. kat sini guna thumb print [saya teringat kat nadiah. psm dia buat tajuk ni] ok. sistem ni baru lagi kat sini. leceh. saya lebih suka masukkan kad macam kat ilp dulu. [saya suka bunyi dia. haha] setiap kali saya letak ibu jari. mesin tu akan 'cakap' try again. try again. try again. argh! tension betul. lastnya saya give up. huhu. saya mesej zura [exec hr] cakap saya balik pukul 7 dan dia kan rekod dengan cara manual. huhu.

dugaan 3.

balik dengan suzie. remi hantar. suzie ajak beli makanan terus. malam malas nak turun. masa nak bayar. muka saya nampak sangat cemas. jantung berdegup cepat sangat. beg duit saya takde! aduh. kat mana ni. saya contact la kawan-kawan yang masih kat ofis. huhu. takde. malam tu contact plak encik maintenance sebab siangnya diaorang ada buat laporan ada dompet tertinggal kat lab. huhu. saya doa itu saya punya. malangnya tidak! [sekarang encik-encik itu semua sedang cari saya. haha.nak tahu saya yang mana 1] budak rumah of course la tau. then saya bagi tau abang saya. mak? saya tak sampai hati nak bagi tau. takut dia risau. saya hold dulu. kalau betul-betul hilang baru saya bagi tau.

saya bagi tau shahid. dia tanyalah macam-macam. adeh. masa cerita macam nak nangis je. huhu. nasib dapat control. hehe. buat saya rasa bersalah, dalam beg tu ada ic iza sekali. huhu. so, suzie suruh saya bertenang. tq so much suzie! esoknya kami pergi kedai makan maklong. pagi-pagi.
masuk je kedai, kakak tu dah senyum. then saya ceritalah dari a-z. dan. memang beg saya ada kat situ. huhu. tertinggal masa lunch. tiada perasaan lain selain dari syukur, lega dan gembira. =]

saya terus inform abang. ayat dia ringkas tapi saya suka. "cuailah.. kalau hilang betul-betulkan susah"
saya tau dia pun risau gak fasal saya. sayakan adik kesayangan dia. hehe. dan. sampai sekarang mak tak tau. at least mak tak perlu risaukan sayakan?

* semua perkara di atas adalah dugaan dan cabaran dari Yang Maha Esa. saya perlu bersyukur kerana semua ni menyedarkan saya. Alhamdulillah. =]

* hmm, saya sayang mak. saya rindu dia. nak balik kampung weekend ni. huhu.

2 apa kata anda?:

otty said...

salam ja..byk2 bersabar ja..setiap org akan ade dugaan dan cabaran masing2 sume setiap org akan berbezalah cabaran n dugaan nye tu..yang penting kite mesti tahu mcm mana nk handle..dun wori..ALLAH takkan sia2kan setiap usaha yg kite lakukan..ALLAH jugak akan balas dgn setiap kesabaran kite tu..wokeh my fren..ingt aku sentiasa ade dsmping ko..setiap kali ko perlukan seorg shbt..OK?

haza said...

u r my bestfriend tie! =]


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors