Tuesday, November 18, 2008

.kisah tentang asap atau jelaga.


Dulu-dulu semasa saya di zaman kanak-kanak riang ria, saya selalu bermain dengan abang saya, sepupu-sepupu saya dan jiran-jiran saya. Untuk pengetahuan semua, mereka semua lelaki dan saya seorang saja perempuan. Haha. Percaya tak? Betul, tak tipu ni. Hehe.

Satu hari, kami (saya dan sepupu saya) nak tidur di rumah Nyai (panggilan untuk nenek). Seingat saya masa tu hujung minggu sebab ahli keluarga yang lain pun ada juga.

Kami decide nak tidur di bilik arwah Yaie (panggilan untuk datuk). Bilik Yaie ni sangatlah terserlah tradisional dan klasiknya. Kamu tahu katil besi besar yang ada palang dan selalu akan diletak kelambu? Klasik bukan. Kemudian, ada sarang lebah di belakang almari yang bersebelahan tingkap. Percaya tak? Percaya, betul ni. Hehe. Selalu juga la saya kene sengat dengan lebah ni sebab terpijak lebah ketika dia sedang berjalan-jalan di lantai. Sakit dan akan rasa gatal. Haha. Yaie memag memelihara lebah dan mereka menjalani kehidupan lebah dengan selesanya di situ. Orang kata kalau ada lebah tinggal di dalam rumah, tandanya murah rezeki. Betul ke? Tolong jangan percaya.

Ok, kembali ke cerita asal.

Jadi ada yang nak tidur atas katil dan bentang tikar di lantai. Saya awal-awal dah chop nak tidur atas katil. Set! Tiada masalah. Kemudian, nak tidur tak boleh buka lampu sebab nanti lebah-lebah tu akan keluar dari sarangnya. Lebah-lebah ni pantang kalau ada lampi terbuka, nanti mulalah mereka nak berterbangan dan bermain-main di sekitar lampu tu. Mungkin pada mereka itu pelangi atau matahari. Mungkinlah.

Jadi, kami pun pasanglah lampu dulu-dulu yang menggunakan minyak tanah tu. Tahu tak? Lampu pelita.

Kemudian, selamat malam semua. Senyap. Tidur. Ayam berkokok. Keesokan harinya.

Saya terus pandang muka sepupu saya. Dan.... hahahaha.. saya gelak. Terus lari dan bagi tahu kat semua orang. Muka dia penuh dengan asap a.k.a jelaga dari lampu pelita. Apa lagi semualah gelak. Kemudian, baru saya perasan rupa-rupanya saya pun ada juga. Haha. Tengok la muka di depan cermin. Tidak di sangka, sampai macam tu sekali penangan jelaga dari pelita. Hehe.

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pasang lampu pelita kalau nak tidur. Serik! Tetapi memang comel semua masa tu. Hehe.

0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors