Wednesday, November 19, 2008

.kisah tentang pilihan dan bukan pilihan.


Sejak seminggu kebelakangan ini, saya rasa kurang tenteram. Berdebar-debar. Kenapa? Saya pun kurang pasti kenapa. Banyak perkara bermain-main dan berlegar-legar di fikiran saya. Buat otak, hati, jiwa dan raga saya penat. Penat.. Saya perlukan rehat. Mungkin barangkali.

Apa yang perlu saya lakukan. Pilihlah antara pilihan saya dan pilihan orang di sekeliling saya. Pilihan yang lama dan pilihan yang baru. Pilihan kehendak dan kemahuan saya atau terima saja kekangan dan halangan yang menghalang kehendak dan kemahuan saya. Adei, apa ni? Berbelit-belit simpul dah ayat ni.

Selalukan kita merancang tetapi kita tidak dapat pun seperti mana yang kita rancang. Dan selalu juga kita melakukan apa yang tidak dirancang. Dan walaupun ianya tidak dirancang tetapi kita tetap menerimanya dengan hati yang gembira. Betul? ya! Saya selalu menagalaminya di situasi yang berbeza. hehe.

.situasi 1.


Selalu terjadi ketika saya di UTeM. Dan selalu terjadi pada hari Jumaat. Agak-agak dapat teka tak? hehe. Balik kampung tanpa dirancang. Kawan serumah dengan saya pasti sudah masak dengan hal ini. Hehe. Selalu saya akan bertanya Eeka dia balik Batu Pahat tidak, dan bila dia kata balik mulalah saya rasa susah hati. Sebab saya pun nak balik juga. Huhu. Jadi, selepas habis kelas, balik hostel terus kemas-kemas baju, telefon mak dan abang cakap nak balik kampung. Kawan-kawan apa lagi, mulalah kata macam-macam, asyik-asyik balik rumah, mentang-mentang rumah dekat. hehe. 3 jam kemudian, saya sudah berada di hadapan rumah saya. Masa itu, saya terfikir, macam tidak disangka pula sekarang saya sudah berada di rumah. Hehe. Lapangnya hati kalau berada di rumah. Keluarga, kucing, ikan, ayam, semualah. Saya suka!

.situasi 2.

Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Bukit Jalil. Kami singgah di JJ Seremban 2. Saya pergi makan dan berjalan-jalan sekitar JJ. Kemudian, kaki ini laju saja menuju ke Kedai Buku Popular. Saya memang suka ke kedai buku. Tidak beli pun tak mengapa, dapat tengok buku pun jadilah. hehe. Saya pandang buku-buku yang tersusun rapi di rak. Banyak!. Tidak semena-mena tangan saya terus mencapai 1 novel. Dan kaki terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dan selepas itu, saya tengok novel di tangan saya dan masa itu saya terfikir. Saya sudah membeli sebuah novel berharga RM 24.90, dan ini tiada dalam perancangan kewangan bulanan saya! Tak mengapa (untuk sedapkan hati). Tetapi betul, hati saya rasa sedikit lega selepas saya beli novel itu. Hehe.

Jadi, memang betullah kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Kita sebagai hambaNya, berdoalah semoga apa yang dirancang dapat berjalan tanpa sebarang halangan dan rintangan.

* betul ke kalau kita merancang sesuatu jangan di heboh-hebohkan pada orang. sebab nanti tak menjadi. betul ke? =p

0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors