Friday, August 14, 2009

.kisah tentang solat tahajud.

salam

sekejap dah hari jumaat. rasa macam baru je saya rasa malas sebab dah hari isnin. rasa cuti sabtu dan ahad tak cukup. hu hu. pada penghulu segala hari ini, saya nak kongsi sedikit info. semoga kita semua akan dapat keberkatan dariNYA. InsyaAllah. =)

solat tahajud. banyak kelebihan solat tahajud ni. tapi berapa ramai di antara kita yang sanggup bangun dari tidur, bangun dari lena yang diulik mimpi yang indah. termasuk saya juga.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan semangat untuk melawan rasa mengantuk, dingin di tengah malam untuk sujud kepadaNYA.

saya juga sangat tersentuh apabila mendengar lagu dendangan afgan. padaMU ku bersujud. sangat mendalam maksudnya.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

* Al-Fatihah untuk seorang bekas pelajar saya, Mohd Candra dan juga ketua kump Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim. Kita pasti rindu untuk mendengar suara lunaknya mengalunkan zikir-zikir dan lagu-lagu yang memberi pedoman untuk kita semua.

2 apa kata anda?:

CoOkiE MoNSter said...

terima kasih untuk ingatan ini. Semoga kita semua lebih menghargai khidupan dan masa yg ada sekarang utk beribadat kpdNYA..

selamat mnyambut RAMADAN..

ececece...semangat2!

haza said...

ye. mudah-mudahan. =)

selamat2.

tu semangat nak puasa ke raya??


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors