Friday, September 18, 2009

.kisah tentang sesuci lebaran.

salam

puasa dah nak sampai dipenghujungnya. sekejap je kan. harap-harap kita dapat lagi bertemu dengan ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

hari ni dah cuti. he he. petang ni nak balik kampung. he he. pagi tadi sahur bangun dengan rasa malas. sebab mengantuk tahap 7. dasyat punya ngantuk. nape? sebab awal pagi tadi, smar, si along bakal pengantin, tunang si along bakal pengantin dan jamie raz nak balik melaka dan mereka singgah sini. kononnya nak ajak sahur sama-sama. pedih mata tu, nak siap-siap. pakai tudung semua rasanya macam sambil tidur. ha ha.

dah tengah-tengah malam macam ni, mana ada kedai lagi buka. hmm, yang dekat-dekat dengan kawasan rumah la. mana boleh pergi jauh-jauh. dah la keluar tadi tak bagi tau mak. kak an je tau. hu hu. berdebar-debar je rasa. insaf taknak buat lagi. he he.

ok la. dah nak dekat raya ni, saya nak mengucapkan

selamat hari raya aidilfitri

maaf zahir dan batin


saya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan
dan kepada yang nak balik kampung, hati-hati dijalan raya
beringat-ingat makan di hari raya. he he
dan kepada yang dah lama tak balik kampung, baliklah
jenguklah kaum keluarga selagi berkesempatan
oh ya. lagi satu, jangan main mercun. bahaya. hu hu
ok. selamat hari raya semua! =)


dua tiga kucing berlari
kerana berebut si ikan patin
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin

2 apa kata anda?:

k.e.r.i. said...

selamat hari raya hajar.
maaf zahir batin.

haza said...

selamat2. =)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors