Thursday, September 24, 2009

.kisah tentang bosan.

salam


selamat kembali bekerja! hu hu. sunyi je office ni. nak buat kerja pun masih malas-malas lagi. he he.

1 hari raya sangat banyak makanan. tapi semua memang best dan sedap. lepas ambil gambar 1 family. he he. pergi raya dan paling best saya tetap dapat duit raya. he he. dan abang no 3 paling tak puas hati. kan dah kata, mukaku muka comel. macam budak-budak. ha ha.

2 hari raya duduk kat rumah. tunggu tetamu. saudara dari singapura datang. selalu dapat duit raya tapi kali ni tak. ha ha. sebab dah kerja. diskriminasi betul. nasib la. pastu pergi cari kasut konvo. mak ajak pergi tengok jam tangan. rasa nak belikan mak jam sebab jam mak saya pakai sekarang. dengan baik hatinya mak kata mak bagi je kat saya. hu hu. mak beli jam lain. abang no 3 asyik belek-belek je jam kat kedai tu. bila mak kata mak nak belikan, die jual mahal kata takpe. ha ha. sian. he he. tapi serius mak memang ada cita rasa yang tinggi fasal jam. cantik. yang penting ada kualiti. =)

balik je, ikut raya rumah makcik. [kali kedua saya raya rumah ni] ha ha. sebab semua orang pergi, takkan nak tinggal sendiri kat rumah. he he.

3 hari raya rehat-rehat je. makan. tengok tv. basuh baju, kemas rumah. layan tetamu datang raya. ramai. datang pakej, 3, 4 kereta sekali datang. bagus-bagus. hu hu. penat! kena sediakan air, kuih sendiri. hu hu.

4 hari raya hantar mak pergi klinik. cek doktor. mak kena makan ubat ok. jangan mengelak lagi. =) kemas-kemas baju. balik negeri. kena kerja dah.

sabtu ni balik kampung balik. he he. ok la. sambung nanti. nak buat kerja dulu. =)

apa pun bosan sungguh hari ni kerja.


0 apa kata anda?:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors