Tuesday, September 29, 2009

.kisah 20 isi penting karangan.

salam

mood masih mood cuti. nak-nak bila khamis dan jumaat ni nak cuti lagi. cik ina pula cadang isnin ni sambung cuti. ha ha. haih, bila dah kerja rasa rugi je cuti. tapi bila dah cuti, nak mula kerja rasa malas je. hu hu. minggu lepas dan minggu ni ada banyak kisah yang berlaku dan ada dalam fikiran saya. kalau saya tulis macam karangan ada pula nanti sampai bermuka-muka surat. jadi saya jadikan mudah. isi-isi penting saja. [dah macam nak rangka karangan pula. he he]

1. pagi-pagi ni moody. cari kunci rumah tak jumpa.
2. habit tidur selepas maghrib semakin menjadi-jadi. sudahnya isyak selalu pukul 3, 4 pagi.haih..
3. city, vios, persona, viva atau lain-lain. malas nak fikir. biar mereka pilih. [kalau mereka nak bayarkan pun takpe. dialukan]
4. seorang kawan bagitau, seorang kawan kami dapat kerja. jawatan yang sama. tapi gaji dia lagi tinggi. takpe. manusia normal perlu ada perasaan cemburu.
5. dulu saya sangat tak suka tomato. saya tak faham kenapa orang boleh makan tomato. sekarang kalau saya makan tomato tiap hari pun saya tak kisah. saya pun tak faham kenapa. =)
6. saya tak suka orang serius-serius sangat, garang dan lebih senyap dari saya. ahad lepas saya jumpa orang yang macam tu. bayangkan saya duduk depan dia dari pukul 5-7. rasa macam sehari lamanya. hu hu.
7. pagi tadi saya iron baju. tapi saya tak on kan suiz iron. pandaikan.
8. pagi tadi saya masak air . tapi saya tak bawa pun pergi ofis.
9. hobi masa belajar macam sudah datang kembali. koleksi pertama tahun ini, bidadari.
10. kenapa susah nak kusyuk dalam solat? oh ya. syaitan susah lepas rupanya.
11. walaupun kamu bertudung labuh, wajah putih suci, perangai lemah lembut sopan. tak bermakna kamu boleh potong barisan orang lain. ada faham?
12. kenapa mesti ada orang yang suka tunjukkan kelamahan kita pada orang lain? untuk tunjuk dia lagi hebat. barangkali.
13. kalau kita jangkit batuk dari ofismate, kita patut marah dia tak? =p
14. kenapa kamu nak jauhkan diri dari dia tapi kamu masih ucap selamat malam kpdnya setiap hari?
15. jangan ingat kamu seorang saja ada bad mood. orang lain juga ada tau?
16. ofismata dapat tawaran kerja spa di putrajaya. tahniah. saya takde teman nak stay kerja sampai malam nanti. =(
17. saya nak beli langsir baru. tunggu gaji bulan depan. hu hu.
18. bila nak sambung belajar ni? ada master bolehlah tangga gaji naik. ha ha.
19. kamu perlu belajar cara menjaga hati orang lain. sebab kamu juga taknak ada orang sakiti hati kamu.
20. saya tak sabar nak jumpa kawan-kawan! untuk sama-sama bergraduasi. =)

ok. 20 fakta untuk kali ni. cukup isi-isi karangan untuk dapat full marks! ha ha. ada banyak lagi. tapi lain kali sajalah. entry format ini lagi senang. sikit baris untuk banyak info. jimat 20 entry kepada 1 entry sahaja. bagus-bagus.

5 apa kata anda?:

lisa said...

akhirnya awk dah boleh mkn tomato. he he.

-lisa-

keem said...

kita dan orang disekeliling tidak sama.,. tapi mempunyai hati dan perasaan yang sama

shaz haza said...

lisa

ya! tomato sgt sedap rupenye. he he

hakim
mmg. sebab tu la kite kne jga sesama hati kite. =p

CoOkiE MoNSter said...

ermm....sy pon xfaham knapa sy makan tomato dalam bihun walaupun pada hakikatnya sy benci tomato. i hate tomato! huhu.....

shaz haza said...

cookie

hu hu. ni tomato segar tu. tak masak pun. sedapnya.. =p

jumpe esok aisyah! =)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors